Jun 20, 2016

TAG La Bluetooth Tracker,Gajet untuk Mengesan Benda Hilang..


Korang ada tak masalah sering lupa ? Terutama sekali bila lupa letak mana kunci rumah,kunci kereta,handphone atau dompet. Masalah ni selalu berlaku kan?
Tambah pula bila kita kejar masa.Time tu la hilang segala barang yang nak guna....


Nak ingat balik tempat yang letak,mesti susah punya.Dah pernah cuba.Habis sakit kepala dibuatnya.
Jadi Eirna diperkenalkan dengan satu gajet untuk kesan barang yang hilang ni iaitu TAG La Bluetooth Tracker. 
Dikeluarkan oleh TAG La Trading,syarikat Malaysia yang menghasilkan gajet berteknologi tinggi untuk kegunaan harian.

Ni la tracker yang Eirna katakan tu...



Comel ja tracker ni.Ringan dan ringkas.Senang dibawa sebab tak berat pun.
Mesra pengguna.

Senang ja nak guna tracker ni.Tapi korang kena install app dia dulu dalam Playstore iatu " Troika Find "
.Baru boleh guna.


Lepas install,kena connect dulu tracker dengan handphone korang.
Baru boleh guna.
Yang bestnya dengan TAG La ni ialah korang  tak payah pakai data internet,cuma on Bluetooth di handphone korang ja. 
TAG La boleh digunakan dalam lingkungan jarak 75 kaki .

Eirna cuba guna untuk track anak Eirna iaitu Qayyum ketika shopping di Tesco baru-baru ni.Qayyum ni hyper sikit dan susah kawal sebab dia suka bebas.Jadi Eirna letak TAG La ni dalam poket jeans Qayyum.



Eirna connect TAG La dengan handphone dulu. Bila Qayyum jauh dari Eirna,TAG La dalam poket Qayyum akan berbunyi dan mudah Eirna boleh kesan lokasi dia berada.


 

Selain boleh kesan manusia,boleh juga korang selit TAG La dalam wallet,gantung pada kunci rumah atau kunci kereta atau motor,letak dalam beg laptop atau benda peribadi yang selalu korang guna.

Selain itu, kita boleh trace balik lokasi akhir benda yang kita letak tu dalam handphone korang.
Semua detail lokasi telah direkod dan ia memudahkan korang cari di lokasi yang dipaparkan.

Sekiranya korang terlupa letak handphone korang,TAG La boleh tolong dengan hanya tekan 2x dan handphone korang akan berbunyi walaupun dalam mod senyap.

 Ada lagi satu kegunaan TAG La ni iaitu sebagai shutter untuk korang selfie atau welfie dengan keluarga dan rakan-rakan.


TAG La ni dikeluarkan dalam 6 koleksi warna iaitu Hitam,Merah,Kuning,Hijau,Biru dan Putih.Jadi korang boleh pilih mana satu warna yang korang suka.

Harga bagi se unit TAG La ni iala RM 59.90 dan korang boleh beli secara online di lawan web  
TAG LA.

 Berita baik untuk all readers, korang akan dapat diskaun 10% jika korang guna kod " EIRNA " semasa membuat pembelian di lama web TAG La.

 Maklumat lanjut mengenai TAG La , boleh search di  :

Laman Web : http://tagla.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/taglaTM

You Tube : https://www.youtube.com/channel/UCxePfisCZHl9aUeeA-sbu1w















Jun 9, 2016

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini). Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah.

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz


Jun 6, 2016

Salam Ramadhan buat Semua..


Sekejap ja masa berlalu...Dah masuk bulan Ramadhan..Disini Eirna nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam dan semoga Ramadhan korang diberkati Allah.

Disini Eirna memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa selama ini.

Salam Ramadhan Al Mubarak dari Eirna...

Jun 3, 2016

Awasi Anak-anak dari Pedofilia...


Petang semalam terbaca dalam FB pasal warga Britain Richard Huckle seorang pedofilia, yang mengaku telah merogol kanak-kanak di Malaysia..Ya Allah..ramainya...Rasa sedih bila teringat apa yang terjadi pada anak yang menjadi mangsa nafsu gila dia tu......

Dah lama rupanya dia buat kerja jahat dengan menyambar sebagai guru bahasa Inggeris...Kes ni jadi pada tahun 2006 hingga 2014.....Mangsanya pula dari usia 6 bulan hingga 12 tahun.....Polis Malaysia pun baru tahu bila Richard ni ditangkap di lapangan terbang London pada tahun 2014...Bukan setakat rogol dan serangan seksual ja si Richard ni buat.....gambar dan rakaman video mangsa pun ditangkap dan disebarkan ke laman web pedofilia yang dipanggil Love Zone.....
 



Apa itu Pedofilia ?

Sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa tertarik secara seksual kepada kanak-kanak yang belum baligh/di bawah umur..
Individu yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks.

Jadi kita sebagai ibu bapa kena ajar anak-anak untuk alert dengan masalah pedofilia ni....
Eirna pun ada anak-anak yang masih kecil...Sentiasa pesan pada anak-anak supaya jangan percaya atau ikut orang yang tak dikenali..

Selalu juga Eirna ceritakan dan ajar anak-anak peraturan Sentuhan anggota sulit....Rasanya di sekolah pun,cikgu ada ajar bab ni...
 

Ajar anak-anak kalau nampak orang yang tak dikenali cuba buat benda pelik..terus lari...
Zaman sekarang ni,saudara sendiri pun tak boleh dipercayai....Sentiasa ajar anak batas-batas pengaulan bila bergaul dengan golongan berlainan jantina...

Semoga Allah melindungi anak-anak dari anasir-anasir jahat...Amin Ya Rabbal Alamin...



Jun 2, 2016

Qayyim genap 6 tahun hari ni....


Terrarium,Konsep Seni Taman Mini Yang Luarbiasa.....


Eirna memang minat dengan seni taman mini ni..Ringkas dan Mudah...Boleh diletak di mana sahaja...Eirna pun ada mini terrarium sendiri di rumah...Tapi tak la secantik macam kat atas ni....Boleh jadi rambang mata bila nak beli bahan-bahan nak buat terrarium ni...
Hobi baru Eirna dan Mr E....

Perkataan Terrarium ni berasal dari bahasa Greek dimana "terra" bermaksud tumbuhan dan "rium" bermaksud kaca...

Terrarium ialah konsep taman mini yang dihasilkan dalam botol kaca dengan mengekalkan ekosistem bagi ruangan tertutup.

Kebiasaannya pokok yang ditanam ialah pokok kaktus atau pokok "air plant" sebab ianya sesuai untuk ditanam di Malaysia dan senang dijaga.

Macam Eirna ni jarang ada di rumah sebab bekerja..Tak ada masa la nak berkebun..Cuti pula selalu balik kampung....Jadi sesuai la Eirna berkebun dengan terrarium ni..Tak perlu penjagaan yang rapi...

 


Jenis-jenis Terrarium
 


 



Pokok Yang Sesuai ditanam...Berwarna-warni....



Kalau korang teringin nak ada terrarium sendiri....ikut tutorial ni..Dapat dari laman web Ikea...



ataupun dari video YouTube ni... Harap dapat membantu korang ya..

Tak silap Eirna,baru-baru ni kan ada Pesta Floria 2016 di Putrajaya...Jadi sesiapa yang pernah pergi,mesti singgah di booth Terrarium......Siap ada bengkel lagi.....untuk belajar buat terrarium...

Bagi sesiapa yang berminat dan nak belajar cara-cara nak buat terrarium ni,boleh la terjah Facebook Terrariums Malaysia.



Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin
 Klik banner utk join

Antara hadiah yang di tawarkan untuk Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin ini ialah :-


* 1 kotak BS Fibre dari Beauty Sweet + Kad Raya Azlinda Alin untuk 3 Pemenang

* Tudung Raya dari Rina Salleh Clothing + Kad Raya Azlinda Alin untuk 2 Pemenang

* Duit Raya RM10 + Kad Raya Azlinda Alin untuk 2 Pemenang

* Brooch Tudung / Butang Baju Melayu + Kad Raya untuk 2 Pemenang

Bloglists (untuk daily blog walking) + Kad Raya untuk 5 Pemenang


Tarikh Mula Giveaway : 
2 Jun 2016 (Anniversary / Ulang Tahun Perkahwinan)

Tarikh Tamat Giveaway :  
25 Jun 2016 11.59 malam (Hari Jadi Dzal Aidi Fiqry) 

Tarikh keputusan pemenang akan di umumkan pada : 
27 Jun 2016 (Isnin)

Jun 1, 2016

Welcome June.....


Sekejap ja dah masuh bulan Jun..Setengah tahun dah berlalu...Bulan ni juga kita bakal menyambut Ramadhan....Bulan ni juga my "Baby Qayyim" cukup 6 tahun....

Semoga bulan Jun taun ini dilalui dengan penuh keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T.
Amin Ya Rabbal Ala Lamin..


May 31, 2016

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM

http://www.duniashida.com/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
Klik banner atas ni untuk join ya !!!!


Pendapat Eirna tentang blog Shida ialah ianya menarik,banyak info yang boleh dikongsi ramai,warna yang menarik iaitu biru muda....Susun atur dalam blog Shida tersusun dan senang cari...




May 27, 2016

Terjatuh cinta pada ZTE Blade V7 Lite...?


ZTE ?
 Pernah dengar nama tapi tak tahu pula sekarang dah keluarkan model handphone terbaru...Dengar ura-ura function handphone terbaru ni setanding dengan jenama terkenal sekarang...Betul ka?
Nak tahu apa model ZTE terbaru tu? 

Model terbaru ZTE yang menjadi bualan di media sosial tu ialah ZTE Blade V7 Lite.
Cantik juga design ZTE ni...Terjatuh cinta pula dengan model terbaru ni...Hehehehe...

Kebetulan Eirna dapat invitation dari Involve Asia untuk join Blogger Contest LAZADA ZTE Blade V7 Lite..Boleh la Eirna review lebih lanjut pasal model terbaru ni..

Model ZTE Blade V7 Lite ini adalah baru lancarkan pada Februari lepas.Menggunakan Android OS V6.0 iaitu Marshmallow,bersaiz 5.0 inci dan direka untuk dual sim.
Direka dengan menggunakan Quad Core processor,2GB RAM dan 16GB ROM.

 

Fungsi ZTE Blade V7 Lite yang Eirna paling suka ialah Fingerprint Sensor.Tak payah susah nak sentuh skrin untuk unlock..Cuma sentuh ja sensor di belakang dan boleh unlock handphone.
Mudah ja...Skrin pun tak terjejas..Selalu sangat masalah skrin tak boleh sentuh  jadi bila Eirna guna handphone sekarang. 

 

Selain tu Eirna suka fungsi Multitouch model ni...Nak tahu sebab apa?Setiap jari yang menyentuh skrin mewakili setiap aplikasi yang kita suka...

 


Rekabentuk model ZTE ni pun boleh tahan juga...Menggunakan aluminium alloy,direka di German dan berukuran 7.9mm bagi ketebalannya.
Nampak moden dan elegan...



Bab kamera pula,ni spec yang paling penting Eirna survey kalau nak beli handphone.
Untuk model ZTE ni, kamera belakang adalah 13MP dengan Autofocus.


Siap ada Pro Mode dan Auto Mode....Dah macam DSLR.

 

 

 Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan 8MP dengan LED Flash.

Kiranya kedua-dua kamera bagi model ZTE ni ada flash la....Wah..menariknya..Selalunya cuma dengar kamera belakang ja yang ada flash....

Model ZTE Blade V7 Lite ni cuma dikeluarkan dengan warna silver sahaja..Harga untuk model ni tak silap Eirna cuma RM669....Murah kan ? Dengan spec yang begitu tinggi boleh dibeli dengan harga di bawah RM1k....

Kalau beli kat Lazada.my ,boleh dapat harga lagi murah tau.... Klik link ni....ZTE Blade V7 Lite




This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. ZTE Blade V7 Lite and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

May 26, 2016

Food Review : Spagetthi@Makaroni Bebola Sotong dengan Sardin bersama Sos Tomato TC Boy


TC Boy ni sebenarnya produk buatan Malaysia dan dah lama menapak iaitu pada tahun 1991. Ada kisah disebalik nama TC Boy ni tau...Kasih seorang ayah kepada anaknya yang membawa tuah kepadanya...

TC Boy ni terkenal sebagai produk makanan dalam tin di seluruh ASEAN. Wah...dah lama rupanya jenama ni kan...

Pelbagai jenis makanan yang dihasilkan oleh TC Boy iaitu sardin,tuna,kacang panggang,kelapa laut dan sebagainya.



Kali ni Eirna nak buat review dengan menggunakan produk dari TC Boy.

 Ni la produk yang Eirna dapat dari TC Boy.....Terkejut juga dapat macam-macam jenis tuna...
Boleh buat menu baru untuk anak-anak...


 Ni salah satu resepi yang Eirna cipta untuk sarapan untuk anak..Spagetti@Makaroni Bebola Sotong dengan Sardin bersama Sos Tomato TC Boy.

Spagetti@Makaroni Bebola Sotong dengan Sardin bersama Sos Tomato TC Boy



Sebelum nak buat kuah,kena la rebus spagetthi@makaroni dulu...Tambah sedikit minyak utk tak bagi melekat dalam periuk nanti..Dah rebus selama 15-20 minit,tapis dan letak tepi ya....

Sekarang kita buat kuah pula,

 Cara Membuat Kuah 

1. Tumis bawang putih + bawang besar menggunakan sedikit minyak..Jangan letak banyak tau..Tumis bagi naik bau..

2. Masukkan tomato puri + sardin ke dalam kuali.Kacau dan masukkan air secukupnya berpadanan dengan spagetthi yang direbus tadi...Biar masak sampai pekat dan naik bau....

3. Masukkan pula bebola sotong dan kacau bagi rata....Masak lagi dalam 5 minit...Tutup api dan boleh hidang dengan spagetthi @makaroni yang direbus tadi...

4. Siap untuk dimakan.....


* selain bebola sotong,boleh juga guna menu lain seperti daging,ayam,sosej atau ikut tekak korang la nak letak  apa....Eirna  cuma tambah benda yang ada dalam peti sejuk ja....

Dah siap.....Tada.....2Q makan sampai bertambah la....