Dec 2, 2016

Ostania Mangosteen Amrita,produk kesihatan dari Furley Bioextracts


Kali ni Eirna nak review produk dari Furley Bioextracts iaitu Ostania Mangosteen Amrita. Produk ini adalah produk kesihatan berasaskan buah manggis. Tak sangka buah manggis boleh dibuat sebagai supplemen kesihatan. Terlalu banyak khasiatnya yang kita sendiri tak tahu....Betul kan ? Setakat makan biasa,tahu la.


Inilah produk yang Eirna katakan tu.Cantik kan botol dia ? Unik cara packagingnya.  Nampak macam mahal sgt produknya.
Ostania Mangosteen Amrita ni adalah minuman yang diformulasikan keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulitnya sekali. Ianya penuh dengan antioksidan dan ditambah baik dengan campuran ekstrak epal,roselle,acai beri,anggur dan delima.

Kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai " Xanthones " di mana ia lebih berkesan daripada Vitamin C dan Vitamion E...wOW.....

* Sumber dari Furley Bioextracts


Ianya mempunyai rasa masam dan lazat serta boleh digunakan untuk seisi keluarga tak kira usia.
Boleh diminum begitu sahaja atau campur dengan air (ratio 1 :1 )
 Boleh tahan selama 24 bulan ( 2 tahun ) dan perlu disimpan dalam peti sejuk.

Kelebihan Ostania Mangosteen Amrita ialah : -

1. Mampu mengembalikan tenaga dan menghilangkan dahaga.

2. Membantu pengerakan sistem penghadaman sekaligus mampu mengurangkan berat badan.

3. Tinggi dengan antioksidan dan membantu dalam peneutralan radikal-radikal bebas dalam badan seperti anti kanser.

4. Membantu sistem pencernaan dengan Vitamin C dan juga meningkatkan sistem imun.

5. Mempunyai kelebihan anti-bakteria dan anti-fungi untuk melawan jangkitan kuman,fungi dan yis.

6. Mempunyai banyak potensi terapeutik seperti anti alergi,anti radang,anti tuberculosis,anti tumor,membantu sistem penafasan,sistem imunisasi,otot dan sendi juga kardiovaskular.

7. Mmapu merendahkan paras kolestrol . 

8. Tiada tambahan gula dan pewarna.

Kalau korang berminat nak cuba produk berasaskan manggis ni, boleh order secara online di website Furley Bioextracts dengan harga RM 49.90 untuk satu botol atau RM130.00 untuk 3 botol.

* Sumber dari Furley Bioextracts

Maklumat lanjut mengenai Ostania Mangosteen Amrita boleh cari di  laman sosial seperti di bawah : -








Ostania Mangosteen Amrita,produk kesihatan dari Furley Bioextracts