About Me

Pakej Murah Seoul 2017

Our Location

728 x 90

Follow us on instagram

Apr 28, 2016

Kelas Berenang utk Anak Istimewa ada di Supersharkz Swim School Shah Alam.


Pernah dengar tak  Supersharkz Swim School baru-baru ni ?
 Sapa yang pernah tengok filem Redha mesti tahu kan?
Remy Ishak yang berlakon sebagai pengajar renang utk Supersharkz tu.

Irna ingat cuma rekaan ja.Rupanya mmg wujud la sekolah berenang ni.
Hehehe...Jadi,Eirna pun  goggle la dalam internet.. 

Kebetulan Eirna ada terbaca dalam FB Autisme Malaysia,ada seorang ibu anak autisme mencari kelas renang untuk anak anaknya .Puas dia mencari dan kebanyakannya tak terima anak autisme ni sebagai pelajar.

Shah Alam Swimming School & Swimming Class


Supersharkz Swim School ni terletak kat Pusat Akuatik Darul Ehsan,Shah Alam.Sekolah ni dah ada beberapa cawangan tau iaitu di Kota Damansara dan Puchong.Kiranya di Shah Alam ni adalah HQ dia la..
 Diasaskan oleh 2 adik beradik yang masing-masing berpengalaman dalam bidang renang ni.

Terdapat 8 program renang yang disediakan di Supersharkz Swim School ni.
Salah satu darinya ialah kelas renang untuk anak istimewa.
Bagi parents yang ada anak istimewa,boleh la bawa ke Supersharkz ni.
Bagus tau untuk anak istimewa ni...Ia dipanggil " terapi air ".

Eirna pun selalu juga bawa Qayyum buat terapi ni di pantai. Kebetulan Qayyum memang suka main air.
Mula-mula dulu takut juga,dah selalu bawa mandi manda ni...terus pandai sikit berenang.

Nak tahu details pasal program untuk anak istimewa,boleh la " walk in " di Supersharkz Shah Alam setiap hari Sabtu atau call ja di  +03-55261513 atau email di info@supersharkz.com



  

Supersharkz@Kota Damansara Open Day



 Lokasi Supersharkz Swim School dan Swim Centre 






Apr 26, 2016

Entopia,nama baru Taman Rama-Rama Penang

 
Entopia ?
Ni la nama baru bagi Taman Rama-Rama Penang yang telah ditutup pada tahun lepas untuk tujuan naiktaraf.
Tahu pun sebab kebetulan la masa Raya Cina baru-baru ni.Heran juga nak buat apa.
Eirna pernah pergi 2 kali..Tu pun 7 tahun lepas.


Nama Entopia ni kira rebranded secara rasmi pada 05 Ogos 2015 dengan visi " Living in Harmony with Mother Nature ".
  

 
Entopia bakal dibuka kepada orang awam pada 02 Mei 2016.Soft opening katanya...
Official opening pula pada 08 Julai 2016
Tak sabar nak bawa anak-anak pergi.Mesti cantik sebab tengok gambar dalam laman web pun dah cantik.

Harga Tiket Entopia


Tapi sempena pembukaan Entopia pada Mei ni, dapat diskaun istimewa iaitu " Beli 1 Percuma 1"
Cuma bayar RM49 sahaja,terus dapat 2 tiket masuk.

 Tiket tersebut boleh dibeli di RoadShow Entopia atau secara "online" melalui website Entopia https://entopia.my/index.php


 Cara Tempah Tiket Secara "Online"

1. Masuk website Entopia :  https://entopia.my/index.php

2. Klik " Select ".
3. Isi detail korang ya.



4. Boleh bayar melalui Online Banking atau Credit Card.


5. Klik " Proceed to Payment ".
Terus masuk ke link pembayaran yang korang pilih.

6.Korang akan dapat confirmation utk E-pass selepas pembayaran selesai.

 # E-Pass ni korang kena redeem di kaunter Entopia untuk ditukarkan ke 2 unit wristbands.

E-Pass ni terhad tau...Hanya untuk 10,000 pass sahaja.Siapa cepat,dia dapat.


Sumber : Youtube



Entopia Penang Butterfly Farm

Twitter : https://twitter.com/myentopia

Facebook : https://www.facebook.com/myentopia


Lokasi Entopia 

Map of 830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia


Apr 14, 2016

Filem Redha-Beautiful Pain khas sempena Hari Autisme Sedunia


Alina dan Razlan bergelut untuk membesarkan anak lelaki mereka Danial yang mengidap autisme. Razlan yang tidak dapat menerima hakikat telah menyebabkan rumah tangga mereka goyah. Namun Alina terus berusaha dan mereka berjaya mengurus dan membesarkan Danial dalam tempoh sukar, malah mereka berjaya memperbaiki kualiti hidup anak mereka. Tetapi apabila satu insiden berlaku, ia sekali lagi menguji keluarga itu.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 April 2016
Genre: Drama / Kekeluargaan
Durasi: 1 Jam 45 Minit
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Namron, Junainah, Harith Haziq, Izzy Reef, Nadiya Nissa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, Susan Lankester
Pengarah: Tunku Mona Riza
Format: 2D

# sumber dari cinema.com


Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Eirna sebab filem Redha akan ditayangkan di Malaysia,Singapura dan Indonesia.

Apa bestnya filem Redha ni?
Filem ni berkisarkan sepasang suami isteri membesarkan anak lelaki mereka yang menghidap autisme. Filem ini dibuat sempena hari kesedaran Autisme Sedunia.

Pengarah Redha,Tunku Mona Riza menerbitkan filem ini berkisahkan kisah benar sahabat lamanya yang mempunyai anak autisme.

Di Malaysia,kesedaran mengenai Autisme kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat malah mendapat pandangan negatif bila berdepan dengan anak autisme ini.

Masyarakat banyak memberi pendapat bahawa autisme ni adalah penyakit tapi hakikatnya punca Autisme ini sampai sekarang tidak diketahui.

Eirna sendiri pernah alami pengalaman sebegini semasa Qayyum dikesan menghidap autisme ketika usia 3 tahun.
Mild Autisme + High Functioning

Membesarkan Qayyum banyak dugaan dimana Eirna cuma buat research melalui " Mr Google " dan mendapat sokongan dari keluarga,kawan dan group FB Autisme Malaysia dan blog Pak Yeop Autisme

Alhamdulilah,sekarang Qayyum dah 7 tahun dan bersekolah di PPKI Ambangan Height.

 Eirna sebagai ibu kepada anak istimewa serta wakil kepada parents yang lain berharap Filem Redha dapat memberi kesedaran kepada penonton dan sedia membantu dan menyokong kami memperjuangkan hak anak-anak isitimewa ini.

Jom ramai-ramai tonton Filem Redha bermula hari ini ( 14 April 2016 ) di pawagam.
Kena bawa tisu lebih sebab dengar cerita sedih sgt....
  



Trailer filem Redha - Beautiful Pain

#sumber dari YouTube