Kalau cakap pasal Vitamin C,mesti korang fikir yang ia mesti bagus untuk kulit sahaja...Betul kan?
Kalau Eirna pun fikir benda yang sama.Selain dari ianya bagu untuk kulit,apa lagi fungsi Vitamin C ni ya?
Bila Eirna search dalam Mr Google..banyak kelebihan sebenarnya Vitamin C ni.Jangan ingat ia bagus untuk kulit ja tau...Hehehehe..Sebelum pergi lebih lanjut pasal Vitamin C ni,perkara pertama yang perlu tahu ialah apa itu Vitamin C sebenarnya.
Apa itu Vitamin C?
Vitamin C sebenarnya terdiri dari 3 unsur kimia iaitu Ascorbate Free Radical,Ascorbic Acid dan Dehyroascorbate di mana bertanggungjawab untuk penyebaran dan aktiviti penting bagi reaksi biokimia,pelindung intracelular sel dan anti-oksidan.
Vitamin C hanya boleh didapati melalui sumber makanan.Ianya mudah larut air dan mudah hilang dari tubuh badan mausia.Kiranya kalau korang stress,merokok,demam atau kurang tidur,vitamin C automatik hilang dari badan.Bukan senang tau nak kekalkan Vitamin C dalam badan kita.
Apa Fungsi Vitamin C ?
Vitamin C diperlukan dalam badan kita untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua anggota badan kita.Vitamin C juga membantu badan kita membuat kolagen iaitu protein penting yang digunakan untuk membina kulit,rawan,tendon,ligamen dan saluran darah.
Selain itu,ia bagus untuk tulang,gigi dan merawat atau menyembuhkan luka.
Fungsi lain kena la cari sendiri ya....Hahahaha..
Eirna sendiri pun masih baru bab pengambilan Vitamin C ni.Banyak produk Vitamin C di pasaran sekarang tapi kena berwaspada bab memilih produk kesihatan ni.
Kena tengok kesesuaian dengan badan kita juga.Jangan pakai bedal ja sebab taksub nak nampak cantik.
Macam Eirna lebih suka beli di farmasi sebab badan Eirna ni tak boleh terima sebarangan ubat.Boleh mudarat badan dibuatnya kalau salah pilih.Untuk Vitamin C, Eirna gunakan produk dari CCM iaitu Flavettes Vitamin C Effervescent Triple Advantage.
Eirna pilih Flavettes ni sebab selain Vitamin C,ia juga mengandungi Vitamin D dan Kalsium dan bebas gula.Bagus juga untuk Eirna yang ada penyakit darah tinggi dan susah makan ubat.
Setiap tablet disimpan dalam kertas aluminium bagi menjamin kualiti setiap tablet.
Satu tiub ada 10 tablet x 1 kali sehari = Boleh tahan sehingga 10 hari.
Tak susah untuk amalkan pengambilan Flavettes Vitamin C Effervescent. Cuma ambil satu tablet dan larutkan dalam segelas air kosong 1 x sehari.
Siap untuk diminum. Rasa masam buah oren.
Bagi korang yang ragu-ragu mengenai Vitamin C ni, jangan risau jika korang ambik secara berlebihan.Ianya tidak memudaratkan badan korang.Nak tahu sebab apa? Badan kita cuma menggunakan sikit sahaja Vitamin C dimana yang selebihnya akan disingkirkan dari badan melalui air kencing.