Nov 17, 2014

Petua Untuk Sedapkan Ayam Goreng

Ayam goreng selalunya disukai oleh kanak-kanak termasuklah anak Irna Si Qayyum.Menu harian mesti ada ayam goreng..Bertambah nasi kalau ada ayam goreng.

Selalunya ayam goreng ni biasa ja rasanya kan?Rasa masin sikit2 ja.Jadi Irna nak bagi petua nak sedapkan ayam goreng.

Setiap kali Irna goreng ayam,Irna akan ambil bawang besar atau bawang merah.Pastu potong kepada 4 bahgian tanpa buang kulitnya.Selepas masukkan ayam dalam kuali,tggu dulu selama 5 minit dan masukkan bawang yang dipotong tadi ke dalam kuali.Automatik,bau ayam goreng tu wangi satu rumah.Petua ni asalnya dari mak mertua Irna.