May 22, 2015

Autism Awareness Day di Gurney Plaza,Penang


Pernah dengar tak apa itu Autisme? Mesti ada yang pernah dengar kan?Autisme ialah satu sindrom di mana otak kanak-kanak atau bayi mengalami kerosakan dan meyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah dalam komunikasi,pembelajaran dan sebagainya.Kanak-kanak autisme sering hidup dalam dunianya yang tersendiri iaitu dunia fantasi.

Irna sendiri pun anak yang mempunyai Autisme.Qayyum adalah kanak-kanak autisme kategori Mild Autisme.

Baru-baru ni,Eirna ada terbaca mengenai event ini di telegram group Autisme Utara .Jadi Eirna pun ajak Mr E untuk join event ni di Groud Floor Gurney Plaza,Penang.Terdapat beberapa aktiviti yang diadakan di situ.

Seisi sensori untuk kaki


Seisi sensori untuk tangan


Event ini dianjurkan oleh Prospect Rainbow iaitu salah satu pusat khas untuk kanak-kanak yang memerlukan penjagaan khas seperti masalah pembelajaran,masalah komunikasi dan tingkahlaku.Sesiapa yang memiliki anak istimewa dan mencari pusat yang menyediakan penjagaan khas,boleh menghubungi Prospect Rainbow Centre di talian 604-890 0870
atau layari website : www.prospectrainbow.com

Restoran Pen Mutiara,restoran khas buat pengemar makanan laut

Minggu lepas,Eirna ada update di FB gambar Kari Kepala Ikan semasa bussiness trip di Penang.Kali ni Eirna update entry restoran yang Eirna pergi tu.

First time tahu ada restoran macam tu di Batu Maung,Penang.Tunggu apa lagi.Sampai ja menu yang ditempah,terus keluarkan My Asus untuk fotografi..Hehehehe.Bos siap tolong prepare hidangan utk seisi fotografi tak bertauliah ni.

Nama restoran yang Eirna pergi ni ialah Restoran Pen Mutiara.Ianya dibuka pada tahun 2006 sebagai usahasama antara Persatuan Nelayan Pulau Pinang dan Lembaga Kenajuan Ikan Malaysia.Terletak di Wisma Nelayan Pulau Pinang,Batu Maung dimana ia berhampiran dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas dan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas.Terdapat satu lagi cawangan Restoran Pen Mutiara iaitu di Taman Selat,Butterworth.

Suasana di dalam restoran ini mewah,komtemporari dan moden. Kugiran juga disediakan untuk menghiburkan  pelanggan yang datang menjamu selera di situ.Selain itu,terdapat ruang letak kereta percuma,kemudahan internet Wi-Fi,bilik mesyuarat dan bilik karaoke.

Sumber : Website Restoran Pen Mutiara


Di Pen Mutiara,anda akan menikmati makanan laut yang segar kerana berdekatan dengan dermaga Batu Maung
Menu yang paling popular di Restoran ini ialah Kari Kepala Ikan Pulau Pinang.
Kari Kepala Ikan Pulau Pinang

 
Sambal Udang

 
Ikan Siakap Tiga Rasa

 
Set Delima

  

Set Baiduri

(RM410.43 setiap meja – maksima 10 orang semeja)
  • Nasi
  • Kari Kepala Ikan
  • Siakap Tiga Rasa
  • Sotong Goreng Tepung
  • Kangkong Belacan
  • Kerabu Mangga
  • Telur Dadar
  • Pencuci Mulut
  • Limau Asam Boi

Set Delima

(RM474.56 setiap meja – maksima 10 orang semeja)
  • Nasi
  • Kari Kepala Ikan
  • Siakap Tiga Rasa
  • Sotong Goreng Tepung
  • Udang Cabai
  • Kailan Ikan Masin
  • Kerabu Mangga
  • Telur Bungkus
  • Sambal Ulam
  • Pencuci Mulut
  • Limau Asam Boi

Set Mutiara

(RM538.69 setiap meja – maksima 10 orang semeja)
  • Nasi
  • Kari Kepala Ikan
  • Siakap/Bawal Tiga Rasa
  • Sotong Goreng Tepung
  • Udang Kunyit
  • Ikan Masin
  • Siput Lala Berlada
  • Sayur Campur
  • Telur Bistik
  • Kerabu Mangga
  • Sambal Ulam
  • Pencuci Mulut
  • Limau Asam Boi
*Harga termasuk GST.


Website : Restoran Pen Mutiara,Penang