Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Jul 1, 2015

Iftar Bersama HIJABEY2015 | SP Arena,Seberang Prai,Penang.


 Sabtu lepas,Eirna join iftar bersama anak-anak yatim dalam event Hijabey2015 di SP Arena,Seberang Prai,Penang sebagai media under KBBA.

Sampai ja di event,terus cari Kak Jue iaitu penganjur event Hijabey2015.Cantik orangnya.Sementara menunggu waktu berbuka,Eirna ronda dulu di booth yang terdapat dlm dewan.
Terdapat booth hijab yang terkenal iaitu Aidijuma dan Naelofar Hijab.Selain booth hijab,ada juga booth menjual pakaian,makanan dan produk kecantikan.

 



Banyak hijab dan pakaian yang cantik-cantik kat event ni.Rambang mata dibuatnya.

Selepas selesai iftar dengan anak-anak yatim,seisi penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim bermula.




Sebelum balik....posing dulu ala " red carpet ".



May 25, 2015

Pesta Bunga Pulau Pinang 2015





May 22, 2015

Restoran Pen Mutiara,restoran khas buat pengemar makanan laut

Minggu lepas,Eirna ada update di FB gambar Kari Kepala Ikan semasa bussiness trip di Penang.Kali ni Eirna update entry restoran yang Eirna pergi tu.

First time tahu ada restoran macam tu di Batu Maung,Penang.Tunggu apa lagi.Sampai ja menu yang ditempah,terus keluarkan My Asus untuk fotografi..Hehehehe.Bos siap tolong prepare hidangan utk seisi fotografi tak bertauliah ni.

Nama restoran yang Eirna pergi ni ialah Restoran Pen Mutiara.Ianya dibuka pada tahun 2006 sebagai usahasama antara Persatuan Nelayan Pulau Pinang dan Lembaga Kenajuan Ikan Malaysia.Terletak di Wisma Nelayan Pulau Pinang,Batu Maung dimana ia berhampiran dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas dan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas.Terdapat satu lagi cawangan Restoran Pen Mutiara iaitu di Taman Selat,Butterworth.

Suasana di dalam restoran ini mewah,komtemporari dan moden. Kugiran juga disediakan untuk menghiburkan  pelanggan yang datang menjamu selera di situ.Selain itu,terdapat ruang letak kereta percuma,kemudahan internet Wi-Fi,bilik mesyuarat dan bilik karaoke.

Sumber : Website Restoran Pen Mutiara


Di Pen Mutiara,anda akan menikmati makanan laut yang segar kerana berdekatan dengan dermaga Batu Maung
Menu yang paling popular di Restoran ini ialah Kari Kepala Ikan Pulau Pinang.
Kari Kepala Ikan Pulau Pinang

 
Sambal Udang

 
Ikan Siakap Tiga Rasa

 
Set Delima

  

Set Baiduri

(RM410.43 setiap meja – maksima 10 orang semeja)
  • Nasi
  • Kari Kepala Ikan
  • Siakap Tiga Rasa
  • Sotong Goreng Tepung
  • Kangkong Belacan
  • Kerabu Mangga
  • Telur Dadar
  • Pencuci Mulut
  • Limau Asam Boi

Set Delima

(RM474.56 setiap meja – maksima 10 orang semeja)
  • Nasi
  • Kari Kepala Ikan
  • Siakap Tiga Rasa
  • Sotong Goreng Tepung
  • Udang Cabai
  • Kailan Ikan Masin
  • Kerabu Mangga
  • Telur Bungkus
  • Sambal Ulam
  • Pencuci Mulut
  • Limau Asam Boi

Set Mutiara

(RM538.69 setiap meja – maksima 10 orang semeja)
  • Nasi
  • Kari Kepala Ikan
  • Siakap/Bawal Tiga Rasa
  • Sotong Goreng Tepung
  • Udang Kunyit
  • Ikan Masin
  • Siput Lala Berlada
  • Sayur Campur
  • Telur Bistik
  • Kerabu Mangga
  • Sambal Ulam
  • Pencuci Mulut
  • Limau Asam Boi
*Harga termasuk GST.


Website : Restoran Pen Mutiara,Penang