May 7, 2015

The Kabin,bilik kontena di Pantai Remis,Kuala Selangor.

Bagi sesiapa yang gemar bercuti dan sukakan kelainan atau lokasi percutian yang unik,boleh cuba menginap di  The Kabin  iaitu bilik penginapan bertaraf hotel dimana ia diperbuat menggunakan kontena.Pelik kan?


The Kabin terletak di Pantai Remis,Kuala Selangor.Ia mula dibuka pada 20 November 2014 dan diusahakan oleh beberapa anak muda Melayu.The Kabin mempunyai 18 buah kontena dan mampu menampung kira-kira 80 pengunjung dalam satu sama.

Selain untuk bercuti,ia juga boleh dijadikan lokasi untuk hari keluarga,program motivasi atau majlis perkahwinan.
 
Kontena-kontena tersebut dinamakan  mengikut nama perlabuhan kontena di dunia seperti Felixstowe,Hamburg,Durban,Santos,Balboa,Klang,Long Beach,Vancouver,Shanghai,Singapore,Rotterdam,Antwerp,Sharjah,Busan,Keihin,Ho Chi Minh,Colombo dan Melbourne.

1. Jenis bilik : Busan,Keihin,Ho Chi Minh,Colombo,Klang dan Melbourne.
Rate : RM240 (Normal) / RM290 (Peak)


2. Jenis bilik : Rotterdam
Rate : RM440 (Normal) / RM490 (Peak)

 3. Jenis bilik :Shanghai,Singapore dan Sharjah
Rate : RM260 (Normal) / RM310 (Peak) 

4. Jenis bilik :Santos dan Balboa
Rate : RM290 (Normal) / RM340 (Peak) 

5. Jenis bilik : Durban
Rate : RM190 (Normal) / RM240 (Peak) 

6. Jenis bilik : Felixstowe,Hamburg dan Antwerp
Rate : RM390 (Normal) / RM440 (Peak) 

7. Jenis bilik : Long Beach dan Vancouver
Rate : RM290 (Normal) / RM340 (Peak) 

Setiap bilik mempunyai balkoni dan turut disediakan kerusi juga meja untuk pengunjung bersantai.

Selain itu terdapat juga kolam renang,kafe atau kedai serbaguna,bilik serbaguna,tempat BBQ,bilik karoke,taman permainan kanak-kanak,rumah pokok,basikal utk disewa,pengawasan selama 24jam dan yang paling penting sekali untuk blogger ialah WIFI

Eirna pun teringin juga nak stay kat The Kabin ni sebab menarik sangat.Coming soon,sampai sana.Kena simpan duit dlm tabung dulu ni.



Nak tahu lebih lanjut tentang The Kabin atau apa lagi yang disediakan,boleh la terjah website dan FB

Website : The Kabin

Facebook : https://www.facebook.com/TheKabinMalaysia


Pernah Makan Tak Jeruk Maman?

Pernah dengar tak nama Jeruk Maman? Eirna sendiri pun tahu dari mertua.Ayah mertua yang ajar makan. Nampak macam biasa ja.Daun maman yang dijeruk dengan air dan nasi. Pertama kali makan, sedap rupanya. Sejak tu, nampak ja kat pasar tani atau pasar malam, mesti beli. Bukan selalu ada jual. Kalau ada kira rezeki tu.

Ini la rupa Jeruk Maman yang Eirna kata tu



Mudah ja cara hidangannya. Cuma perlu tambah bawang besar dan cili api sahaja.Gaul dengan jeruk maman yang sudah dibuang airnya. Tapi bukan semua ya tp tinggalkan sedikit untuk digaul dengan bawang dan cili api. Dah siap. Senang bukan?