Showing posts with label The Kabin. Show all posts
Showing posts with label The Kabin. Show all posts

Dec 13, 2016

Banyaknya reader goggle pasal The Kabin ni !!!

 ** Sumber : The Kabin

Sejak akhir-akhir ni,Eirna perhati dalam blog yang entry pasal The Kabin paling popular diterjah..Almaklumlah cuti sekolah panjang ni...Cari port travel dan bercuti bersama keluarga tersayang.Tak sangka pula ramai readers yang berminat bercuti di The Kabin.......

Sampai ada yang komen untuk booking di The Kabin.....Alamak!!!!! 
Nak jawap apa yerk?



Ni entry asal yang Eirna pernah post sebelum ni.......The Kabin,Kuala Selangor.
Eirna up enrty pasal The Kabin ni sebab suka keunikan rekabentuk kontena yang diubah kepada bilik hotel.
Bukan apa..Eirna menyokong usaha anak muda Melayu yang berani mencuba dalam industri ini...
Dengar cerita yang The Kabin dah upgrade lagi bilik kontena dan dewan.Semakin maju bisnes korang ya....Memang terbaik....

 
 

Ni  senarai harga untuk bilik di The Kabin

 
Sesiapa yang berminat nak booking di The Kabin,sila layari online booking ni ya..... 

@
  
Selamat bercuti korang.....



May 7, 2015

The Kabin,bilik kontena di Pantai Remis,Kuala Selangor.

Bagi sesiapa yang gemar bercuti dan sukakan kelainan atau lokasi percutian yang unik,boleh cuba menginap di  The Kabin  iaitu bilik penginapan bertaraf hotel dimana ia diperbuat menggunakan kontena.Pelik kan?


The Kabin terletak di Pantai Remis,Kuala Selangor.Ia mula dibuka pada 20 November 2014 dan diusahakan oleh beberapa anak muda Melayu.The Kabin mempunyai 18 buah kontena dan mampu menampung kira-kira 80 pengunjung dalam satu sama.

Selain untuk bercuti,ia juga boleh dijadikan lokasi untuk hari keluarga,program motivasi atau majlis perkahwinan.
 
Kontena-kontena tersebut dinamakan  mengikut nama perlabuhan kontena di dunia seperti Felixstowe,Hamburg,Durban,Santos,Balboa,Klang,Long Beach,Vancouver,Shanghai,Singapore,Rotterdam,Antwerp,Sharjah,Busan,Keihin,Ho Chi Minh,Colombo dan Melbourne.

1. Jenis bilik : Busan,Keihin,Ho Chi Minh,Colombo,Klang dan Melbourne.
Rate : RM240 (Normal) / RM290 (Peak)


2. Jenis bilik : Rotterdam
Rate : RM440 (Normal) / RM490 (Peak)

 3. Jenis bilik :Shanghai,Singapore dan Sharjah
Rate : RM260 (Normal) / RM310 (Peak) 

4. Jenis bilik :Santos dan Balboa
Rate : RM290 (Normal) / RM340 (Peak) 

5. Jenis bilik : Durban
Rate : RM190 (Normal) / RM240 (Peak) 

6. Jenis bilik : Felixstowe,Hamburg dan Antwerp
Rate : RM390 (Normal) / RM440 (Peak) 

7. Jenis bilik : Long Beach dan Vancouver
Rate : RM290 (Normal) / RM340 (Peak) 

Setiap bilik mempunyai balkoni dan turut disediakan kerusi juga meja untuk pengunjung bersantai.

Selain itu terdapat juga kolam renang,kafe atau kedai serbaguna,bilik serbaguna,tempat BBQ,bilik karoke,taman permainan kanak-kanak,rumah pokok,basikal utk disewa,pengawasan selama 24jam dan yang paling penting sekali untuk blogger ialah WIFI

Eirna pun teringin juga nak stay kat The Kabin ni sebab menarik sangat.Coming soon,sampai sana.Kena simpan duit dlm tabung dulu ni.



Nak tahu lebih lanjut tentang The Kabin atau apa lagi yang disediakan,boleh la terjah website dan FB

Website : The Kabin

Facebook : https://www.facebook.com/TheKabinMalaysia