Dec 28, 2018

Hilangkan Lingkaran Gelap & Eye Bag Dengan Gel Rawatan Mata dari Cosmoderm


Masalah lingkaran gelap di bawah mata dan mata sembab@eye bag memang selalu terjadi di kalangan wanita ataupun lelaki...Jangan ingat lelaki pun tak ada masalah ni tau!!!!
Masalah ni la yang paling ditakuti oleh gologan wanita macam Eirna ni...Dah nampak macam mata "Panda"...Hahahaha...

Bukan senang nak lindung kesan lebam di mata ni.Letak bedak atau foundation pun tetap kekal lagi kesannya..Tambahan pula wanita berkerjaya macam Eirna ni yang memang sukakan natural makeup bila ke tempat kerja.Susah nak hilangkan kesan gelap tu.
Eirna pula selalu juga tidur lewat sebab kena uruskan suami dan anak-anak selepas balik dari berkerja.Lagi ketara la kesan lingkaran gelap di bawah mata Eirna ni.

Eirna cuba la goggle produk apa yang terbaik.Ternampak entry rakan blogger yg dah cuba satu produk ni.Produk dari Cosmoderm iaitu Gel Rawatan Mata.Produk Cosmoderm ni dijamin Halal dan Bersih.Yang ni part paling penting bila Eirna pilih produk kecantikan.Tak semua produk sesuai dgn kulit muka Eirna yg sensitif ni.



Apa bestnya Gel Rawatan Mata dari Cosmoderm ni

  1. Tiada Paraben/SLS/SLES
  2. Diperbuat daripada ekstrak tumbuhan,kolagen dan Co -Enzyme Q10 dengan Vitamin A
  3. Menyegarkan dan menyamankan kulit di sekitar mata.
  4. Sesuai utk kulit kering & sensitif.
  5. Menganjalkan kulit sambil mengurangkan lingkaran gelap.
  6. Tidak berminyak,licin dan mudah menyerap ke dlm kulit.
  7. Harga mampu milik..


 

Yang bestnya pasal produk ni ialah ia mengandungi Co-Enzyme Q10 di mana ia berfungsi membantu mengurangkan kesan penuaan yg berpunca daripada cahaya matahari.



Cara Pemakaian 
Digunakan 2x sehari di sebelah pagi dan malam.Lebih afdal selepas mandi la...Selepas korang cuci muka.Sapu rata di sekeling mata dan urut perlahan-lahan.



Eirna baru ja pakai produk ni,jadi tak dapat nak tunjuk kesan penggunaanya..Nanti Eirna update lain ya...

Bagi korang yang berminat nak cuba produk Cosmoderm ni,korang boleh cari di Guadian,Watsons atau farmasi yang terpilih.Nak lagi senang,order ja secara online di laman web Cosmoderm.


Website http://www.cosmoderm.com.my//

Facebookwww.facebook.com/Cosmoderm

Instagramwww.instagram.com/cosmoderm


Dec 20, 2018

Mudah dan Cepat dengan Zakat Online@FPX


Zakat ......
Apa yang korang tahu tentang zakat?Selalunya kalau tiba bulan Ramadan mesti korang akan sibuk untuk bayar zakat...Itu Zakat Fitrah.Zakat tu memang wajib untuk semua individu lelaki dan perempuan tak kira umur. 

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagikan untuk golongan tertentu.
Zakat adalah Farhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi sehala syarat-syarat wajib. 
Zakat juga merupakan Rukun Islam yang ke lima.
Sebenarnya zakat ni terbahagi kepada 2 jenis iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta.


  Dalil tentang Zakat

 Zakat Harta ada pula jenis-jenisnya seperti Zakat Simpanan,Zakat Pendapatan,Zakat Perniagaan,Zakat Emas & Perak,Zakat Pelaburan,Zakat KWSP dan Zakat Takaful.


HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
  1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan berada kepada golongan kurang berada.
  2. Membersihkan diri pembayar zakat.
  3. Membersihkan dan meyuburkan harta pembayar zakat.
  4. Menwujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan orang berada.
  5. Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan gologan yang kurang bernasib baik.
  6. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

Sekarang ni korang tak perlu beratur atau ke kaunter untuk membayar zakat.Korang boleh bayar secara atas talian. Mudah dan cepat. Semuanya hanya di hujung jari...Lembaga Zakat Selangor pun turut sediakan kemudahan macam ni.

Lembaga Zakat Selangor telah memperkenalkan e-Zakat Pay dimana ia merupakan satu kaedah pembayaran online di www.zakatselangor.com.my
Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor.

Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet.


Untuk pembayaran zakat,korang cuma perlu melayari portal e-zakat di www.zakatselangor.com.my dan klik pada pembayaran E-Zakat untuk pembayaran.
Ikut saja langkah-langkah yang diberikan dan urusan pembayaran zakat selesai.

 

 Mudah kan? Betul tak apa yang Eirna terangkan dari awal tadi.Jangan risau atau susah hati bila terlambat atau terlupa nak bayar zakat. Semuanya dapat diselesaikan dengan e-Zakat Pay.


KEMPEN ZAKAT ONLINE@FPX

Eirna ada berita baik utk korang semua di mana Lembaga Zakat Selangor ada mengadakan promosi Kempen Zakat Online@FPX yang berlangsung pada 15 November ~ 31 Disember 2018 ni.
Ia diadakan bagi menggalakkan pembayar zakat menggunakan kemudahan bayaran secara online dan memberi ganjaran bagi pembayar zakat yang bertuah.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan pun tak kurang hebatnya.Tunggu apa lagi. Bayar sekarang dan tunggu..Mana tahu rezeki berkat membayar zakat.



Maklumat lanjut berkaitan zakat,boleh layari laman web Lembaga Zakat Selangor bagi mengetahui dengan lebih detail lagi.