Siapa pernah dengan tentang Telekung Project? Irna join page tu tahun lepas selepas Irna tertarik dengan cara pengasas Telekung Project iaitu waqaf telekung..Jarang2 dengar kan?
Jom baca mcmana ia bermula..
Mana la tahu klau uols pun berminat nk join buat amal ni..
RENGEKAN anak sulongnya, Sofea Najihah untuk tidak mahu
bersolat kerana telekung wakaf yang disediakan kotor dan busuk semasa
berhenti menunaikan solat Maghrib sebuah perhentian
menjadi pencetus idea kepada Norazila Abdul Aziz atau panggilan
mesranya, Zila untuk menjalankan aktiviti kebajikan mencuci telekung
wakaf.
"Memandangkan ketika itu usia Sofea menjangkau 7 tahun, saya cuba melatih dia untuk bersolat dan memang Sofea tidak pernah tinggal solat sehinggalah kejadian itu. Sedang kami bersiap-siap untuk balik Sofea bersoal jawab mengenai kebersihan dalam Islam.
"Mama cakap Islam itu bersih, tapi kenapa Sofea tengok orang dewasa tak jaga kebersihan telekung di sini?” Sehinggalah Sofea berkata lagi, "Mama, bukankah kita kena buat baik, kalau ini telekung wakaf, kenapa kita tak tolong cuci? Telekung di sini dah terlalu kotor. Kitakan kena selalu buat baik," katanya kepada Rehal.
Menurut Zila, anaknya berhenti bersoal jawab apabila dia bersetuju untuk membawa balik telekung berkenaan sementara meninggalkan telekung yang dibawa sebagai ganti.
Jujur Zila katakan dia berbuat begitu hanya untuk memuaskan hati anaknya. Langsung tidak terfikir di benaknya untuk melangkah sejauh ini.

"Cucian demi cucian, saya dan Sofea lakukan. Kami menjadi lebih
bersemangat apabila ada pengguna yang mula sedar telekung di situ
semakin bersih dan tertanya-tanya siapa yang mencucinya.
"Saya mendidik Sofea untuk menyimpan kebaikan yang dilakukan kerana ia rahsia antara hamba dan ALLAH. Sofea faham dan ini menjadikannya aktiviti yang lebih menarik dan kami namakan Telekung Project (TP) sebagai tagline projek rahsia kami," kata suri rumah sepenuh masa ini.
Menurutnya, aktiviti TP dilakukan secara rahsia lebih kurang lapan bulan. Sehinggalah Zila mendengar kuliah Maghrib dan ustaz itu membincangkan mengenai kebaikan yang perlu disorok dan perlu disebarkan.
Pada 14 October 2011, kelab peminat TP di laman sosial Facebook yang pertama ditubuhkan. Pada 15 Ogos 2012, TP berdaftar secara rasmi sebagai sebuah badan bukan kerajaan berdaftar (NGO) di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia terus bergerak sebagai sebuah NGO sehingga kini.
Zila menjalankan aktiviti cuci telekung ini di kawasan yang mampu Zila beristiqamah iaitu berdekatan rumah dan mana-mana laluan yang dilalui semasa menghantar anak sekolah.
Namun, melalui perkongsian FB boleh dikatakan TP berkembang ke seluruh Malaysia dengan cepat.
"Telekung yang dicuci ada tanda TP dan jujurnya untuk saya sendiri lebih suka ‘berahsia’ walaupun TP sudah meluas. Saya masih menggunakan tanda butang yang dijahit seperti bunga untuk saya menjalankan project TP. Kerana butang dan bunga itu simbolik mula-mula saya dan Sofea berTP.
"Ramai yang beranggapan TP ini adalah sebuah perniagaan menjual telekung dan ramai yang terkejut bila saya katakan TP adalah sebuah NGO. Ramai yang bertanya kenapa pilih nama TP, saya akan jawab dengan bertanya , “Bilakan waktu kita pakai telekung?” dan ramai yang menjawab waktu solat. Waktu solat adalah waktu yang cukup istimewa dan perletakkan telekung itu juga cukup istimewa, ia tidak dipakai untuk aktiviti yang sia-sia.
"Maknanya telekung itu melambangkan keistimewaan dan project pula melibatkan fasa-fasa idea, perancangan dan perlaksanaan, pendek kata TP bermaksud projek yang istimewa," katanya di akhir bicara.
Setakat ini FB TP dilike seramai 114000 dan TP diikuti individu yang mempunyai semangat yang sama. Sahabat Telekung Kuantan (STK) adalah ‘adik’ TP dan kini mereka juga telah berdaftar sebagai satu badan NGO lain walaupun sama aktiviti.
Betapa berpuas hatinya Zila jika lebih banyak NGO lahir daripada usaha cuci telekung ini. Kerana tidak logik dan tidak mungkin Zila mampu cuci telekung satu Malaysia dan TP adalah medan untuk Zila menjayakan aktiviti ini. Di TP, Zila mengamalkan konsep sukarelawan terbuka (nak buat…. tak nak …. tak mengapa…). Sebab rezeki itu milik ALLAH dan rezeki kita tidak sama.

*Sumber dari Sinar Harian
FB FanPage Telekung Project : The Telekung Project