About Me

Pakej Murah Seoul 2017

Our Location

728 x 90

Follow us on instagram

Aug 13, 2014

Review Product : Dove Deo 7 days Challenge

dove-deo 
 
Dove Malaysia telah menganjurkan Dove Deo 7 days Challenge dimana Dove Malaysia akan memberikan sampel deadorant percuma kepada yg mendaftar.

Cepat sebelum stok habis..

Klik link ni utk sampel percuma 

Irna pun dh dapat sampel deadorant DOVE ni 2 minggu lepas.Saja ja request..Irna kan peminat fanatik sampel produk..Hehehe..Saja nak try jenama DOVE ni sebab Irna memang ada masalah ni.Masalah ni jadi semasa Irna preggy anak sulung dan sampai sekarang susah nk hilang.Mcm2 produk dah Irna guna..Tapi tak berkesan langsung.

Irna cuba pakai deodorant DOVE ni dan ia benar-benar berkesan dalam masa 7 hari.Alhamdulilah,masalah bawah lengan Irna selama ni hilang.Selain itu,ia juga mempunyai bau yang menyegar dan bahagian bawah lengan Irna mulai lembut berbeza dengan sebelum ni agak kasar.
Lepas ni,Irna akan beralih ke jenama DOVE pulak utk penjagaan diri..


Terima kasih,Dove Malaysia.

Apa itu Virus Ebola?

Ebola merupakan penyakit maut yang menjangkiti manusia dan juga haiwan mamalia lain seperti monyet,gorila dan cimpanze.Ebola ialah satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus.Virus ini baru dikenalpasti sebagai satu virus yang paling berbahaya di dunia.Ebola mudah berjangkit dan boleh menyebabkan kematian.


Simptom dan Fakta Virus Ebola

  • Ia dijangkiti oleh sejenis virus bernama Ebola dan ianya dikesan pd tahun 1976.
  • Ebola boleh berjangkit melalui darah,menyentuh barangan yg dicemari dengan virus Ebola seperti jarum suntihan atau menyentuh atau memakan daging haiwan yang dijangkiti virus Ebola
  • Pesakit Ebola akan mengalami demam,sakit kepala,sakit sendi,sakit tekak dan disususli dengan muntah-muntah dan cirit birit.Pada peringkat akhir penyakit Ebola,pesakit akan mengalami ruam dan pendarahan dalaman serta luaran.
  •  Virus Ebola menyebabkan pesakit lemah,lesu,keliru dan kekurangan air dlm badan.
  • Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 hingga 16 hari disebabkan kejutan dan kehilangan darah yg teruk.

Vaksin & Rawatan

  • Tiada vaksin berlesen utk Ebola.Beberapa vaksin sedang dikaji.
  • Tiada rawatan khusus.
  • Pesakit memerlukan penjagaan sokongan yang intensif.Pesakit akan sering megalami dehidrasi  dan memerlukan dehidrasi oral yang mengandungi elektrolit atau cecair intravena.
  • Utk mengelak penularan virus ini ialah tidak berhubung dengan pesakit.Pihak perubatan akan memakai sut khas seperti sut angkasawan utk melindungi seluruh badan.

Di Malaysia,pihak Kesihatan Malaysia telah mempunyai keupayaan utk mengesan dan merawat penyakit maut tersebut. Kerajaan Malaysia kini dlm langkah berjaga-jaga bagi menangani virus Ebola ini.Sehingga kini,tiada lagi kes penularan virus ini di Malaysia.