May 31, 2016

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM

http://www.duniashida.com/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
Klik banner atas ni untuk join ya !!!!


Pendapat Eirna tentang blog Shida ialah ianya menarik,banyak info yang boleh dikongsi ramai,warna yang menarik iaitu biru muda....Susun atur dalam blog Shida tersusun dan senang cari...




May 27, 2016

Terjatuh cinta pada ZTE Blade V7 Lite...?


ZTE ?
 Pernah dengar nama tapi tak tahu pula sekarang dah keluarkan model handphone terbaru...Dengar ura-ura function handphone terbaru ni setanding dengan jenama terkenal sekarang...Betul ka?
Nak tahu apa model ZTE terbaru tu? 

Model terbaru ZTE yang menjadi bualan di media sosial tu ialah ZTE Blade V7 Lite.
Cantik juga design ZTE ni...Terjatuh cinta pula dengan model terbaru ni...Hehehehe...

Kebetulan Eirna dapat invitation dari Involve Asia untuk join Blogger Contest LAZADA ZTE Blade V7 Lite..Boleh la Eirna review lebih lanjut pasal model terbaru ni..

Model ZTE Blade V7 Lite ini adalah baru lancarkan pada Februari lepas.Menggunakan Android OS V6.0 iaitu Marshmallow,bersaiz 5.0 inci dan direka untuk dual sim.
Direka dengan menggunakan Quad Core processor,2GB RAM dan 16GB ROM.

 

Fungsi ZTE Blade V7 Lite yang Eirna paling suka ialah Fingerprint Sensor.Tak payah susah nak sentuh skrin untuk unlock..Cuma sentuh ja sensor di belakang dan boleh unlock handphone.
Mudah ja...Skrin pun tak terjejas..Selalu sangat masalah skrin tak boleh sentuh  jadi bila Eirna guna handphone sekarang. 

 

Selain tu Eirna suka fungsi Multitouch model ni...Nak tahu sebab apa?Setiap jari yang menyentuh skrin mewakili setiap aplikasi yang kita suka...

 


Rekabentuk model ZTE ni pun boleh tahan juga...Menggunakan aluminium alloy,direka di German dan berukuran 7.9mm bagi ketebalannya.
Nampak moden dan elegan...



Bab kamera pula,ni spec yang paling penting Eirna survey kalau nak beli handphone.
Untuk model ZTE ni, kamera belakang adalah 13MP dengan Autofocus.


Siap ada Pro Mode dan Auto Mode....Dah macam DSLR.

 

 

 Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan 8MP dengan LED Flash.

Kiranya kedua-dua kamera bagi model ZTE ni ada flash la....Wah..menariknya..Selalunya cuma dengar kamera belakang ja yang ada flash....

Model ZTE Blade V7 Lite ni cuma dikeluarkan dengan warna silver sahaja..Harga untuk model ni tak silap Eirna cuma RM669....Murah kan ? Dengan spec yang begitu tinggi boleh dibeli dengan harga di bawah RM1k....

Kalau beli kat Lazada.my ,boleh dapat harga lagi murah tau.... Klik link ni....ZTE Blade V7 Lite




This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. ZTE Blade V7 Lite and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

May 26, 2016

Food Review : Spagetthi@Makaroni Bebola Sotong dengan Sardin bersama Sos Tomato TC Boy


TC Boy ni sebenarnya produk buatan Malaysia dan dah lama menapak iaitu pada tahun 1991. Ada kisah disebalik nama TC Boy ni tau...Kasih seorang ayah kepada anaknya yang membawa tuah kepadanya...

TC Boy ni terkenal sebagai produk makanan dalam tin di seluruh ASEAN. Wah...dah lama rupanya jenama ni kan...

Pelbagai jenis makanan yang dihasilkan oleh TC Boy iaitu sardin,tuna,kacang panggang,kelapa laut dan sebagainya.



Kali ni Eirna nak buat review dengan menggunakan produk dari TC Boy.

 Ni la produk yang Eirna dapat dari TC Boy.....Terkejut juga dapat macam-macam jenis tuna...
Boleh buat menu baru untuk anak-anak...


 Ni salah satu resepi yang Eirna cipta untuk sarapan untuk anak..Spagetti@Makaroni Bebola Sotong dengan Sardin bersama Sos Tomato TC Boy.

Spagetti@Makaroni Bebola Sotong dengan Sardin bersama Sos Tomato TC Boy



Sebelum nak buat kuah,kena la rebus spagetthi@makaroni dulu...Tambah sedikit minyak utk tak bagi melekat dalam periuk nanti..Dah rebus selama 15-20 minit,tapis dan letak tepi ya....

Sekarang kita buat kuah pula,

 Cara Membuat Kuah 

1. Tumis bawang putih + bawang besar menggunakan sedikit minyak..Jangan letak banyak tau..Tumis bagi naik bau..

2. Masukkan tomato puri + sardin ke dalam kuali.Kacau dan masukkan air secukupnya berpadanan dengan spagetthi yang direbus tadi...Biar masak sampai pekat dan naik bau....

3. Masukkan pula bebola sotong dan kacau bagi rata....Masak lagi dalam 5 minit...Tutup api dan boleh hidang dengan spagetthi @makaroni yang direbus tadi...

4. Siap untuk dimakan.....


* selain bebola sotong,boleh juga guna menu lain seperti daging,ayam,sosej atau ikut tekak korang la nak letak  apa....Eirna  cuma tambah benda yang ada dalam peti sejuk ja....

Dah siap.....Tada.....2Q makan sampai bertambah la....


May 23, 2016

Qayyum punya angkara....


Habis la casing handphone ni.....Sedih lorr........Ni semua angkara si Qayyum..Gara-gara nak layan Youtube "tutorial main bowling".....Habis patah dibuatnya....

Pandai pulak boh masking tape untuk sambung balik.Konon tak nak bagi mak dia perasan la tu......
Eirna yang sedap lena atas katil terkejut sebab tiba-tiba si Qayyum hulur handphone sekali dengan casing yang dah patah ni...

Aduhai anak..Tanya macam mana boleh tercabut ni....Dia kata terjatuh masa nak ambil atas meja komputer.
Dia tahu mak dia tak bagi main handphone..Dia ambil secara senyap-senyap....

Dalam marah-marah tu....Nak tergelak juga sebab si Qayyum usaha untuk betulkan balik casing yang patah tu dengan balut dgn masking tape Mr E.....

Sempat lagi si Qayyum ni fikir cara nak selesaikan masalah yang dia buat ni...Almaklum la mak dia ni garang macam singa....

Sabar ja la.....

May 20, 2016

Bila anak-anak dah mula bersekolah....

 

Bila anak-anak dah mula bersekolah,rasa sunyi sepi kat rumah.Tinggal kami berdua ja...Tak ada riuh-rendah si Qayyum dan Qayyim.Main sama-sama macam ada 10 orang anak dalam rumah.
Belum kira bergaduh berebut mainan lagi.Tambah si adik Qayyim yang suka menyakat si abang Qayyum.

Nak tambah lagi?......
Memang rindu suara baby kat rumah...Sama juga dengan Mr E tapi kami redha atas apa yang Allah rancangkan untuk kami berdua.

Cemburu juga dengan rakan sepejabat yang preggy.Nak ubat rindu...dukung anak kawan-kawan...
Masa tu teringat memori masa preggy 3Q...
Macam-macam ada.....


Rindu sangat moment masa anak-anak masih kecil.Selalu juga belek gambar masa 3Q kecil dan tak sangka sekarang dah besar panjang.Tambah budak montel yang kat atas ni.....Geram sangat tengok..My last baby..
Sampai sekarang panggil " Baby " lagi tau...

Ingat lagi pesanan Mr E masa Qayyim masih baby....
"  Baby jangan cepat besar tau...biar jadi besar ni ja...Nanti abah rindu adik masa kecik.... "

Hehehehehe..........






May 19, 2016

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)


Klik banner utk join ya..

Sally akan memilih 10 orang blogger menggunakan random.org..

Hadiahnya : 5 keping poskad DIY by Sally, 5 Key-chain/Fridge Magnet

Mula : 12hb Mei 2016 (9.45pm) | Tamat : 20hb Mei 2016 (11.59pm)

Kepada yang tiada Instagram atau Facebook...takpe...masih boleh join tapi jangan la takde blog ye...yang penting syarat-syarat nombor 1,2,3,6 tu wajib...