Showing posts with label 2016. Show all posts
Showing posts with label 2016. Show all posts

Sep 30, 2016

WePrint,Cetak Gambar dengan Pantas Menggunakan Applikasi WeChat


Kalau cakap pasal gambar,mesti banyak gambar yang korang snap dalam handphone korang kan? Banyak sangat sampai penuh memori kan? Nak cetak makan masa pula....Malas lagi....Tapi sayang nak buang pula...Kini dah ada mesin pencetak yang boleh cetak gambar korang " on the spot " tau !

WePrint ialah mesin pencetak segera yang mengahsilkan gambar yang berkualiti tinggi.
Dengan WePrint,korang boleh print menggunakan aplikasi WeChat tau...Ianya yang pertama di Malaysia sejak tahu 2015.
Nak tahu macam mana rupa mesin WePrint tu

Ni la rupanya mesin pencetak WePrint tu...


Selain cetak gambar di atas kertas gambar,ia juga boleh mencetak di atas button badge,casing handphone,keychain dan sebagainya.



 Gambar yang dicetak menggunakan mesin WePrint

  



Cara Menggunakan Mesin WePrint

 

atau ikut video ini...




Kelebihan WePrint bagi Umum

Dengan adanya WePrint,organisasi atau syarikat dapat mengunakannya sebagai satu tarikan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka kepada umum. Ia dapat digunakan di majlis syarikat, korporat ,photobooth dan sebgainya. WePrint turut menyediakan templete yang membolehkan korang meletakkan logo,nama syarikat atau sebagainya mengenai syarikat atau organisasi korang.




Cara Mendapatkan Khidmat WePrint 


Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
Add: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang, Selangor.

Contact number: 019-985 8151 (Elaine)
 
Email: order@libertyprinting.com.my 
atau 

Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)
 



Kalau korang ternampak mesin WePrint ni di mana-mana,korang boleh guna kod di bawah ni ya...Dapat diskaun 10% bagi setiap pembelian.
Hanya sah sehingga 30 November 2016

 



Sep 23, 2016

Harum Malam,Supplemen Dalaman Utk Wanita.



Harum Malam diformulasi dengan ekstrak ros yang sememangnya bagus untuk menangani masalah
bau badan. Harum Malam ini sebenarnya supplement khusus untuk kaum wanita. Supplemen yang
dapat membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Bukan itu saja, malah dapat merawat
masalah seperti keputihan, gatal² vagina, mengetatkan vagina, hilang hanyir haid dan lain² lagi.
Harum Malam bukan untuk wanita yang sudah berkahwin sahaja tetapi sesuai juga untuk anak dara.
Boleh di ambil setiap hari walaupun period, dalam pantang dan menyusu bayi. Untuk wanita yang mengandung  tidak digalakkan untuk consume sebab takut akan mengalami kesukaran bersalin
(sempit).
 Golongan yang sesuai ambil minuman kesihatan Harum Malam:

✔ Wanita Berkahwin
✔ Anak Dara
✔ Wanita Berpantang
✔ Sesuai untuk yang menyusukan anak
✔ Sesuai untuk usia 50 tahun ke atas


Kelebihan dan khasiat minuman kesihatan Harum Malam:

✔ Membantu menyegar dan menyihatkan badan.
✔ Mencantikkan dan menaikkan seri wajah.
✔ Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
✔ Melegakan panas badan.
✔ Menegangkan payudara.
✔ Memulihkan rasa rapat.
✔ Mengencang otot kewanitaan.
✔ Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
✔ Menambah keharmonian suami isteri.
✔ Menyihatkan rahim.
✔ Mencantikkan payudara agar sihat dan montok.
✔ Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
✔ Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
 ✔ Membantu membunuh bakteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
✔ Meningkatkan sistem tahan tubuh serta menstabilkan hormon
✔ Mengurangkan tekanan dan tension
✔ Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan

Kandungan:

Ekstrak Ros, Sirih, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani,
Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica, strawberry, senna.
100% ramuan asli


Pantang Larang Semasa Mengamalkan Harum Malam:

– Elakkan minuman berais
– Ibu mengandung tidak dibenarkan
– Minum ikut sukatan yang dibenarkan sahaja ( Tidak digalakkan mengambil lebih dari sukatan )
– Untuk kesan yang maksimum,amalkan setiap hari.

Aug 30, 2016

Selamat Hari Kemerdekaan Yg Ke-59,Malaysia.


Esok 31 Ogos 2016 genaplah 59 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Betul tak ? 
Hari yang ditunggu-tunggu oleh Eirna dan Mr E. Salah satu acara wajib untuk bawa 3Q belajar erti kemerdekaan.

Pagi Merdeka adalah momen yang paling best untuk 3Q teroka dan fahami betapa susahnya Malaysia mencapai kemerdekaan.

Slogan tahun ini sama macam tahun lepas juga iaitu Sehati Sejiwa.


 
Cakap pasal merdeka dan kibar jalur gemilang...korang tahu tak siapa sebenarnya insan yang mencipta Jalur Gemilang ni?

Beliau ialah Mohamed Hamzah



Nanti Eirna korek lagi pasal kemerdekaan ni..Jom layan lagu Hari Kebangsaan 2016 iaitu Sehati Sejiwa dari Aziz Satar.



Aug 1, 2016

Althea Turns 1 - Happy Birthday Althea !!!

 


Tak sabar nak wish kat Althea hari ni...Sempena ulangtahun yang pertama..

Happy 1st Birthday,Althea.
Semoga berjaya!!!!!

Mesti korang heran kan? Apa benda Althea ni ?
Althea ni sebenarnya laman shopping online produk kecantikan,penjagaan diri dan alat solek khas dari Korea.Althea ni dah bertapak di 5 buah negara iaitu Korea,Malaysia,Singapura,Indonesia dan Thailand.

Sesiapa yang minat dengan produk Korea ni,boleh la cuba shopping di laman Althea ni.Harga jauh lagi murah berbanding di Malaysia.Yang bestnya tentang Althea ni,produk diterbangkan terus dari Korea tau...

Setiap pembelian RM150 ke atas akan dapat penghantaran percuma. Jadi korang boleh la kongsi dengan roomate ka,adik beradik ka untuk dapat caj percuma tu.Berbaloi..

Althea punya birthday...Tapi Eirna yang dapat limited edition birthday box dari Althea.
Kotak warna pink + DIY party kit lagi.
 
 Korang yang shopping di Althea bermula hari ini hingga 31 Julai 2016,korang akan dapat Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit macam Eirna dapat tu.
#selagi stok masih ada.

 

Sempena ulang tahun Althea yang pertama,Althea menganjurkan pelbagai hadiah dan contest seperti beg goodies bersaiz besar secara percuma,birthday giveaway dan instagram contest.
Hadiah yang ditawarkan betul-betul menarik.
Rugi tak cuba join.

 *Khas buat 1,500 pembeli pertama akan mendapat goodies bag percuma.
Pastikan korang guna kod " ALTHEATURNS1 " .

Althea Birthday Giveaway : Pilih 3 produk Top Seller dan korang akan dapat rebate 100% dalam akaun Althea.


Instagram Contest : Korang design sendiri party hat yang korang dapat dalam limited edition box tu dan post pic korang dengan party kit dalam instagram dengan hashtag #altheaturns1.
Mana tahu korang berpeluang menang hadiah menarik seperti Macbook Air,iPad Air 2,iPhone 6S,Canon EOS M10 Selfie Camera,kredit dari Althea dan hamper kecantikan dari Althea









Jul 29, 2016

Ride To Hajj 2016,Ekspedisi Bermotosikal Kapcai Pertama Ke Mekah


Ride To Hajj 2016 merupakan ekspedisi bermotosikal pertama menggunakan motosikal kapcai dari Pulau Pinang ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan haji.
Ekspedisi ini mengambil masa lebih kurang 40 hari sejauh 11,500 km untuk sampai ke sana.

Ekspedisi ini adalah hasil cetusan idea bekas pelumba lagenda Cuprix iaitu Saudara Wazi Abdul Hamid selaku ketua ekspedisi.Beliau akan ditemani oleh 4 ahli yang lain iaitu Saudara Azman Baharuddin selaku penasihat ekspedisi di mana beliau menerajui Kembara Bumi Suci dan Kembara Musafir Umrah ke Mekah,Saudara Meor Azhar Meor Raflan,Saudara Othman Darus dan Saudara Napiah Mohd Noor.

Sumber dari BikesRepublic.Com

Ekspedisi ini akan berlepas ke Mekah pada 29 Julai 2016 dan akan berhenti singgah di kilang MODENAS pada 30 Julai 2016  untuk acara khas.

Ekspedisi ini telah mendapat tajaan daripada beberapa syarikat yang terkenal di Malaysia iaitu MODENAS,Pengilang aksessori motosikal GIVI dan Castrol.

MODENAS telah menaja 5 buah motosikal keluarannya iaitu GT128 Versi Harimau Malaya bagi ahli tersebut menjayakan ekspedisi tersebut.
Motosikal tersebut turut dilengkapi aksessori daripada GIVI bagi memudahkan ahli membawa kelengkapan masing-masing.

Sumber dari BikesRepublic.Com

Semoga ekspedisi tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya.Nantikan sebarang perkembangan ekspedisi ini di laman Facebook,Twitter dan Instagram.







Jul 22, 2016

Berkenan pulak dengan HUAWEI MateBook ni....

Berkenan la Huawei MateBook ni.....Produk terbaru dari HUAWEI...Yang pertama dikeluarkan oleh HUAWEI.
Dengar cerita akan masuk ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat ni.
Bakal dijual dengan harga RM3,700 seunit.(bukan harga sebenar). 


Huawei MateBook ni adalah gabungan antara tablet dan notebook.Kiranya 2 dalam 1 fungsinya.
Ia boleh digunakan sebagai tablet atau notebook.
Yang bestnya ia nampak elegan dan profesional. Biasa la...Eirna ni memang suka tengok benda baru ni terutama sekali bila bab gajet ni.Berhantu dibuatnya.

Nasib la mahal..Kalau tak,Eirna la orang pertama yang beli nanti.Harga pun boleh tahan juga tu..
Hampir 4K nilainya.Tak termasuk lagi aksessori tu.....


Spefikasi Huawei MateBook 
  1. Menggunakan 6th Gen Intel Core M7 Dual Core Processor dengan Windows 10.
  2. RAM : 4GB/8GB LPDDR3
  3. Storage SSD : 128GB/256GB/512GB
  4.  Saiz skrin : 12 inci 2160 x 1440 IPS TFT LCD 
  5.  Ukuran : 278.8mm x 194.1mm x 6.9mm
  6. Berat : 640g
  7. Touch Panel : Capacitive,10 - point,Support MatePen
  8. Kamera : Kamera depan 5MP,Fixed Focus
  9. Bunyi : Dual Speakers
  10. Network :  Wi-Fi: 2.4/5 GHz
  11. Connectivity:Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac MIMO, Bluetooth 4.1
  12. Sensors: Ambient light sensor, fingerprint, accelerometer, gyroscope, hall sensor
  13. MIC: Dual digital MIC
  14. Ports: 3.5mm Headset jack / 1USB 3.0 Type-C *1
  15. Battery: Typical: 33.7Wh(4430mAh@7.6V)
  16. Power adapter: 12V/9V/5V/2A USB-C power adapter; USB-C power port

 Dikeluarkan dengan 2 variasi warna iaitu Gray dan Golden



Video Product





 Kalau korang nak guna Huawei MateBook ni sebagai notebook,boleh la korang beli aksessori yang djual bersama iaitu keyboard case, MatePen dan MateDock



MatePen boleh digunakan sebagai Laser Pointer dan Presentation Clicker semasa korang guna untuk kerja atau study.
Bagi korang yang memang minat melukis,boleh la guna MatePen ni sebab ia senang digunakan dan mempunyai pelbagai fungsi bagi memudahkan korang guna nanti.




Huawei MateBook ni pun mengunakan fingerprint sensor untuk unlock screen dengan sekali sentuhan.

Nak tahu lebih lajut tentang Huawei MateBook ni,boleh la tengok di laman web HUAWEI.
Mana la tahu korang berkenan pula nanti ni....

** Eirna pun nak cari juga la....Nak pegang yang real punya...Ni baru tengok dalam website.... 

** Sumber gambar dari website Huawei

Website : Huawei



Jun 6, 2016

Salam Ramadhan buat Semua..


Sekejap ja masa berlalu...Dah masuk bulan Ramadhan..Disini Eirna nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam dan semoga Ramadhan korang diberkati Allah.

Disini Eirna memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa selama ini.

Salam Ramadhan Al Mubarak dari Eirna...

Jun 2, 2016

Qayyim genap 6 tahun hari ni....


Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin
 Klik banner utk join

Antara hadiah yang di tawarkan untuk Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin ini ialah :-


* 1 kotak BS Fibre dari Beauty Sweet + Kad Raya Azlinda Alin untuk 3 Pemenang

* Tudung Raya dari Rina Salleh Clothing + Kad Raya Azlinda Alin untuk 2 Pemenang

* Duit Raya RM10 + Kad Raya Azlinda Alin untuk 2 Pemenang

* Brooch Tudung / Butang Baju Melayu + Kad Raya untuk 2 Pemenang

* Bloglists (untuk daily blog walking) + Kad Raya untuk 5 Pemenang


Tarikh Mula Giveaway : 
2 Jun 2016 (Anniversary / Ulang Tahun Perkahwinan)

Tarikh Tamat Giveaway :  
25 Jun 2016 11.59 malam (Hari Jadi Dzal Aidi Fiqry) 

Tarikh keputusan pemenang akan di umumkan pada : 
27 Jun 2016 (Isnin)

Jun 1, 2016

Welcome June.....


Sekejap ja dah masuh bulan Jun..Setengah tahun dah berlalu...Bulan ni juga kita bakal menyambut Ramadhan....Bulan ni juga my "Baby Qayyim" cukup 6 tahun....

Semoga bulan Jun taun ini dilalui dengan penuh keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T.
Amin Ya Rabbal Ala Lamin..


May 27, 2016

Terjatuh cinta pada ZTE Blade V7 Lite...?


ZTE ?
 Pernah dengar nama tapi tak tahu pula sekarang dah keluarkan model handphone terbaru...Dengar ura-ura function handphone terbaru ni setanding dengan jenama terkenal sekarang...Betul ka?
Nak tahu apa model ZTE terbaru tu? 

Model terbaru ZTE yang menjadi bualan di media sosial tu ialah ZTE Blade V7 Lite.
Cantik juga design ZTE ni...Terjatuh cinta pula dengan model terbaru ni...Hehehehe...

Kebetulan Eirna dapat invitation dari Involve Asia untuk join Blogger Contest LAZADA ZTE Blade V7 Lite..Boleh la Eirna review lebih lanjut pasal model terbaru ni..

Model ZTE Blade V7 Lite ini adalah baru lancarkan pada Februari lepas.Menggunakan Android OS V6.0 iaitu Marshmallow,bersaiz 5.0 inci dan direka untuk dual sim.
Direka dengan menggunakan Quad Core processor,2GB RAM dan 16GB ROM.

 

Fungsi ZTE Blade V7 Lite yang Eirna paling suka ialah Fingerprint Sensor.Tak payah susah nak sentuh skrin untuk unlock..Cuma sentuh ja sensor di belakang dan boleh unlock handphone.
Mudah ja...Skrin pun tak terjejas..Selalu sangat masalah skrin tak boleh sentuh  jadi bila Eirna guna handphone sekarang. 

 

Selain tu Eirna suka fungsi Multitouch model ni...Nak tahu sebab apa?Setiap jari yang menyentuh skrin mewakili setiap aplikasi yang kita suka...

 


Rekabentuk model ZTE ni pun boleh tahan juga...Menggunakan aluminium alloy,direka di German dan berukuran 7.9mm bagi ketebalannya.
Nampak moden dan elegan...



Bab kamera pula,ni spec yang paling penting Eirna survey kalau nak beli handphone.
Untuk model ZTE ni, kamera belakang adalah 13MP dengan Autofocus.


Siap ada Pro Mode dan Auto Mode....Dah macam DSLR.

 

 

 Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan 8MP dengan LED Flash.

Kiranya kedua-dua kamera bagi model ZTE ni ada flash la....Wah..menariknya..Selalunya cuma dengar kamera belakang ja yang ada flash....

Model ZTE Blade V7 Lite ni cuma dikeluarkan dengan warna silver sahaja..Harga untuk model ni tak silap Eirna cuma RM669....Murah kan ? Dengan spec yang begitu tinggi boleh dibeli dengan harga di bawah RM1k....

Kalau beli kat Lazada.my ,boleh dapat harga lagi murah tau.... Klik link ni....ZTE Blade V7 Lite




This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. ZTE Blade V7 Lite and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

Apr 14, 2016

Filem Redha-Beautiful Pain khas sempena Hari Autisme Sedunia


Alina dan Razlan bergelut untuk membesarkan anak lelaki mereka Danial yang mengidap autisme. Razlan yang tidak dapat menerima hakikat telah menyebabkan rumah tangga mereka goyah. Namun Alina terus berusaha dan mereka berjaya mengurus dan membesarkan Danial dalam tempoh sukar, malah mereka berjaya memperbaiki kualiti hidup anak mereka. Tetapi apabila satu insiden berlaku, ia sekali lagi menguji keluarga itu.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 April 2016
Genre: Drama / Kekeluargaan
Durasi: 1 Jam 45 Minit
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Namron, Junainah, Harith Haziq, Izzy Reef, Nadiya Nissa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, Susan Lankester
Pengarah: Tunku Mona Riza
Format: 2D

# sumber dari cinema.com


Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Eirna sebab filem Redha akan ditayangkan di Malaysia,Singapura dan Indonesia.

Apa bestnya filem Redha ni?
Filem ni berkisarkan sepasang suami isteri membesarkan anak lelaki mereka yang menghidap autisme. Filem ini dibuat sempena hari kesedaran Autisme Sedunia.

Pengarah Redha,Tunku Mona Riza menerbitkan filem ini berkisahkan kisah benar sahabat lamanya yang mempunyai anak autisme.

Di Malaysia,kesedaran mengenai Autisme kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat malah mendapat pandangan negatif bila berdepan dengan anak autisme ini.

Masyarakat banyak memberi pendapat bahawa autisme ni adalah penyakit tapi hakikatnya punca Autisme ini sampai sekarang tidak diketahui.

Eirna sendiri pernah alami pengalaman sebegini semasa Qayyum dikesan menghidap autisme ketika usia 3 tahun.
Mild Autisme + High Functioning

Membesarkan Qayyum banyak dugaan dimana Eirna cuma buat research melalui " Mr Google " dan mendapat sokongan dari keluarga,kawan dan group FB Autisme Malaysia dan blog Pak Yeop Autisme

Alhamdulilah,sekarang Qayyum dah 7 tahun dan bersekolah di PPKI Ambangan Height.

 Eirna sebagai ibu kepada anak istimewa serta wakil kepada parents yang lain berharap Filem Redha dapat memberi kesedaran kepada penonton dan sedia membantu dan menyokong kami memperjuangkan hak anak-anak isitimewa ini.

Jom ramai-ramai tonton Filem Redha bermula hari ini ( 14 April 2016 ) di pawagam.
Kena bawa tisu lebih sebab dengar cerita sedih sgt....
  



Trailer filem Redha - Beautiful Pain

#sumber dari YouTube