Sep 11, 2014

ASUS ZenWatch (W1500Q),SmartWatch Utk Zenfone

Product Image 

ASUS ZenWatch direka untuk digandingkan bersama smartphone ZENFone.Direka menggunakan bahan-bahan premium. Rekabentuk yang canggih dengan lapisan warna emas.Talinya diperbuat daripada kulit dan dijahit rapi.

Terdapat 100+ gabungan muka jam untuk menyesuaikan mood dan personaliti si pemakai.Skrin daripada paparan AMOLED Vivid dan Corning Gorilla Glass 3.

Fungsinya :
  • Membuka kunci telefon anda secara automatik.
  • Membantu mencari telefon anda dengan aplikasi Tap Tap dan Find My Phone
  • Boleh membisukan panggilan masuk dengan menutup ZenWatch dengan tangan anda. 
  • ASUS Camera Remote membolehkan pengguna mengambil gambar dari sudut yang kreatif.
  • Digunakan sebagai alat kawalan jauh dan pengurus masa apabila memberi persembahan perniagaan atau syarahan mengunakan Presentation Control.
  • Memantau dan mengesan statistik kesihatan dengan aplikasi ASUS Wellness seperti kadar jantung,berapa kalori dibakar,tempoh aktiviti.

Jenama Motosikal Apa Yang Korang Minat?

Motosikal....Selalu sinonim utk Mat Rempit kan?Tak semua orang naik motosikal tu mat rempit...Hehehe...Irna pun minat jugak dengan motorsikal jugak....Dari kecil tak penah teringin nak ada kereta tapi nak ada motor berkuasa tinggi...

So,jenama apa yang korang suka kalau nak beli motor?
Irna paling suka jenama MODENAS..Motosikal Nasional tau!!! Walaupun banyak orang kata motor jenama MODENAS ni tak bagus,Irna tetap peminat setia jenama ni.Hubby Irna pun pakai motor MODENAS iaitu Kriss..Tetap teguh sampai sekarang menemani tuan empunya...Hehehe..

Bagus atau tak bagus sesebuah jentera tu terletak pada tuan yang menjaganya.Elok dijaga,elok la perkhidmatannya..Bukan pada jenteranya...Kalau ada pun 1 dari 1000..

Irna paling suka model ACE115 ni..Edisi Harimau Malaya..


 
 
 
 
Yang ni model GT128...

Proton Iriz akan dilancarkan 24 September 2014 ini..

PROTON bakal melancarkan model kereta baru iaitu Proton Iriz pada 24 September 2014 ini di Tanjung Malim,Perak.Proton Iriz digelar sebagar "Game Changer" kerana menampilkan platform dan enjin serba baru.

Harga
 Utk Standard dari RM38,000.00
 Utk Executive dari RM42,800.00 - RM51,300.00
Utk Premium pula RM54,800.00 (Solid) dan RM55,300.00 (Metallic)


Jom kita layan gambar rekaan luaran dan dalaman Proton Iriz ni...Irna sendiri pun teruja tengok rekabentuknya..Sesuai utk perempuan...


REKAAN DALAMAN

 
 Skrin sesentuh 6.2 inci yang menggunakan Sistem Andround utk varian 1.6 Premium

 
Dilengkapi juga dengan kamera undur
 
 
Butang "Push-Start" dengan kemudahan tanpa kunci 

Enjin serba baru


 
 Kerusi bersalut kulit dan dilengkapi anchor ISOFIX utk kerusi kanak-kanak.

 
 
REKAAN LUARAN
 
 
 
 
 
 
*Gambar dari www.paultan.org