Showing posts with label ZenWatch. Show all posts
Showing posts with label ZenWatch. Show all posts

Jan 21, 2015

Peraduan Reka Muka Jam Asus ZenWatch

 
 Peraduan ini dikenali sebagai " Face The Future " dimana orang ramai diberi peluang untuk mereka muka jam Asus ZenWatch yang merupakan jam tangan Android dimana ia direka khas untuk digunakan bersama telefon pintar Android 4.3+

Untuk menyertai peraduan ini,pserta dikehendaki membuat rekaan pada templete yang disediakan di mana ia boleh dimuat turun dari laman web http://apps.asus.com/zenwatch-design/en/detail.html
Setiap rekaan hendaklah dimuat naik pada lama web yang sama sebelum 10 Febuari 2015.
Peserta dan orang ramai boleh membuat pilihan pada 10 Febuari 2015
Terdapat 6 kategori yang dipertandingkan iaitu  Pingat Emas,Paling Cantik,Paling Kreatif,Paling Praktikal,Rekaan Terbaik Pelajar dan Pilihan Peminat.
Setiap rekaan akan diadili oleh pasukan reka bentuk ASUS dari Pusat Rekaan ASUS.

6 peranti Asus ZenWatch akan diberikan kepada pemenang berserta sijil ASUS sebagai perhargaan
Selain itu,rekaan pemenang akan menjadi salah satu paparan pilihan bagi pengguna Asus ZenWatch.

p/s :Tunggu apa lagi..Sesiapa yang ada bakat melukis tu boleh la join..Hadiah menarik tu..Mahal pulak...

http://apps.asus.com/zenwatch-design

Sep 11, 2014

ASUS ZenWatch (W1500Q),SmartWatch Utk Zenfone

Product Image 

ASUS ZenWatch direka untuk digandingkan bersama smartphone ZENFone.Direka menggunakan bahan-bahan premium. Rekabentuk yang canggih dengan lapisan warna emas.Talinya diperbuat daripada kulit dan dijahit rapi.

Terdapat 100+ gabungan muka jam untuk menyesuaikan mood dan personaliti si pemakai.Skrin daripada paparan AMOLED Vivid dan Corning Gorilla Glass 3.

Fungsinya :
  • Membuka kunci telefon anda secara automatik.
  • Membantu mencari telefon anda dengan aplikasi Tap Tap dan Find My Phone
  • Boleh membisukan panggilan masuk dengan menutup ZenWatch dengan tangan anda. 
  • ASUS Camera Remote membolehkan pengguna mengambil gambar dari sudut yang kreatif.
  • Digunakan sebagai alat kawalan jauh dan pengurus masa apabila memberi persembahan perniagaan atau syarahan mengunakan Presentation Control.
  • Memantau dan mengesan statistik kesihatan dengan aplikasi ASUS Wellness seperti kadar jantung,berapa kalori dibakar,tempoh aktiviti.