Aug 21, 2015

Asus ZenPad S 8.0 (Z580CA),model terbaru Asus.

 
Minggu lepas,saja Eirna buka website Asus untuk tgk aksessori untuk Fonepad..Rasa macam ada model baru...Cantik tu...Nampak elegan.Namanya pun comel...Asus Zenpad S 8.0.Masa tu tak dengar lagi ura-ura nak keluar model baru untuk tablet.

Seminggu lepas tu,baru keluar paper model baru ni...Katanya akan launch pada 28 Ogos 2015.Pakat opismate berkenan la design ni.Kalau tengok dekat website Asus,Zenpad ni ada 3 saiz iaitu 7" , 8" dan 10". Jadi sapa yang berkenan yang kecil,boleh pilih 7" atau 8" dan yang minat yang saiz besar,boleh pilih saiz 10".

Jom kita tengok spec untuk model terbaru ni...



 
HDTV -Asus VisualMaster 

 



Asus Tru2Life


 

Asus TruVivid



Aug 17, 2015

Bingsu,pencuci mulut popular dari negara Korea.

 
Sumber : Google

Terliur ja tengok orang update makan Bingsu...Bingsu ni adalah salah satu pencuci mulut popular dari negara Korea. Terutama tiba musim panas.
Rupanya seakan ais sagat dan ABC,cuma bahan sahaja yang berbeza.

Bingsu adalah pencuci mulut yang diperbuat daripada ais sagat,susu pekat manis,kacang merah dan kuih beras.Semua tu adalah asas untuk Bingsu.Tapi sekarang ni dah pelbagai bahan digunakan dalam Bingsu.

Kalau nak makan Bingsu ni,boleh la cari di Caffebene.
Caffebene bermaksud Good Cafe dimana menampilkan kafe unik budaya Korea dan Eropah.
Terdapat pelbagai variasi Bingsu di situ dimana kita sendiri rambang mata untuk memilih yang mana satu yang nak dimakan.

Selain Bingsu,terdapat juga Latte,Frappeno,Waffle,HoneyBread,Coffee dan Gelato.


 


Lokasi atau outlet Caffebene di Malaysia

1. Sunway Pyramid Shopping Mall

Lot OB5, G-2 Oasis Boulevard, Ground Floor, Sunway Pyramid Shopping Mall.

Business Hours: 10.00am - 10.30pm

2. Solaris Mont Kiara

K-G-04, Solaris Mon't Kiara, No.2, Jalan Solaris , 50480 Kuala Lumpur.

Business Hours: 9.30am - 11.00pm

3. Jaya Shopping Centre (Section 14)

Lot G.17, Jaya Shopping Centre, Jalan Semangat, 46100 Petaling Jaya.

Business Hours: 10.00am - 10.00pm

4. Gurney Paragon Mall, Penang

163D-1-06, Persiaran Gurney, 10250 Penang.

Business Hours: 10.00am - 10.30pm

5. Gamuda Walk
(Kota Kemuning)

G-18, Gamuda Walk, Kota Kemuning Seksyen 31, 40460 Shah Alam

Business Hours: 10.00am - 10.30pm

6. Terminal Pahlawan
Malacca

Lot G69-G70, Ground Floor,
Terminal Pahlawan, 75000 Melaka

Business Hours: 10.00am - 10.30pm

7. iOi Mall (Puchong)

LOT EG002A, Ground Floor, IOI Mall, Batu 9 Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Business Hour: 10.00am – 10.30pm

Aug 14, 2015

#sehatisejiwa,tema Hari Kemerdekaan Tahun 2015.

Logo Merdeka Hari Kebangsaan 2015 


Tak lama lagi,negara kita akan menyambut Hari Kemerdakaan dan seperti biasa tema dan logo akan dicipta bagi rakyat Malaysia menghayati bulan kemerdekaan setiap tahun.

Untuk tahun ini iaitu 2015,temanya ialah #sehatisejiwa di mana ia mencerminkan roh kesepaduan,kesefahaman,kekitaan dan kemanusian seluruh rakyat selain melambangkan semangat kesepaduan di kalangan rakyat walaupun di mana berada.

Sebelum ini,hari kemerdekaan disambut mengikut ulangtahun tapi berbeza dengan tahun ini dan seterusnya,ia akan disambut mengikut tahun.



Aug 12, 2015

Apa itu Hiperhidrosis?


Pernah tak korang hadapi masalah peluh berlebihan id anggota badan? Terutama sekali di tapak tangan,ketiak atau tapak kaki?

Contoh macam di bawah ini....



Segelintir dari kita mengalaminya atau pernah mengalaminya sebelum ini.Rupa-rupanya Eirna sendiri mengalami masalah ini dimana Eirna telah terbaca  mengenainya di satu keratan akhbar.Tak sangka ia sebenarnya adalah satu penyakit.Bertahun-tahun Eirna mengalaminya dan berbagai cara,produk atau petua dilakukan tetapi tidak berjaya.

Nak tahu ia dipanggil apa?Ia merupakan satu penyakit dimana ia dipanggil Hiperhidrosis.Ramai daripada kita anggap ia cuma masalah kesihatan biasa tetapi sebenarnya ia adalah satu penyakit yang teruk dimana boleh meyebabkan seseorang penghidap rasa tidak selesa untuk berdepan dengan orang ramai serta menjejaskan aktiviti seharian.

Terdapat 3 jenis hiperhidrosis iaitu hiperhidrosis berpunca daripada emosi yang melibatkan tapak tangan,tapak kaki dan ketiak,hiperhidrosis setempat dan hiperhidrosis menyeluruh yang melibatkan seluruh anggota badan. Punca terjadinya hiperhidrosis ialah ia dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf simpatetik dalam badan atau pembawaan genetik.
Hiperhidrosis menyeluruh pula berkaitan dengan masalah penyakit kanser seperti diabetes,gout,menopous dan sebagainya.

Simptom Hiperhidrosis ialah peluh berlebihan di : -
  • Tapak tangan
  • Ketiak
  • Tapak kaki
  • Muka
Rawatan :
  1. Suntikan toksin Botulinum atau Botox amat berkesan untuk rawatan hiperhidrosis di tapak tangan dan ketiak.
  2. Ubat anti peluh seperti Ostematrix dari Shaklee
  3. Ubat anti-kolinergik
  4. Pembedahan ETS.Cuma terdapat beberapa hospital di Malaysia yang boleh menawarkan pembedahan ini iaitu Institut Jantung Negara (IJN),Hospital Sultanah Aminah,Hospital Pantai Bangsar,Hospital Sime Darby Subang Jaya.
  5.  Rawatan Iontophoresis
Ostematrix dari Shaklee

 Rawatan Iontophoresis

    6. Produk Anti-Perspirant.

 
Perspirex
Hiperhidrosis 
Driosec 

Aug 10, 2015

Rania Turn's 1 GiveAway!

http://lobaksusue.blogspot.in/2015/08/rania-turns-1-giveaway.html 

Jom join ramai-ramai..Boleh blogwalking sama....

Aug 9, 2015

Terjumpa Mangkuk Tingkat Lama di Pasar Karat..


Aktiviti lain hari ni ialah pergi pasar tani Taman Ria Jaya..Nak beli ikan untuk masak lauk tengah hari.Tak sangka ada pasar karat sama di situ..Selalu ada hari Ahad sahaja..Apa lagi,jamu mata la kami tiga beranak cari benda rare.

Terjumpa la mangkuk tingkat warna biru ni.Terus ambil pic sebab teringat kat Mat Gebu...Tiffin biru la katakan..Entah berapa harganya.Cuba angkat..Berat tu..

Kalau beli ni,boleh geng la dengan Mat Gebu...Hehehhee..

Qayyum tidur di nurseri bunga.???


Disebabkan hari ni hari minggu,Eirna dan Mr E jalan-jalan cari pasu..Untuk pokok kat rumah.Kali ni cuma ada Qayyum ja sebab Qayyim kena ganti sekolah sempena raya.

Sampai saja kat nurseri,terus kami berdua cari benda yang dicari sambil kawal Qayyum.Bukan apa,takut dia lari keluar.Sambil cari barang,sambil cakap dengan Qayyum supaya dia tak bosan.

Tiba-tiba beralih muka nak tengok Qayyum buat apa.Rupa-rupanya Qayyum baring atas kerusi batu dalam nurseri...Dia kata sejuk tidur sini.
Alahai Qayyum...Buat macam rumah sendiri pulak..

Nasib la tauke nurseri ni sporting...Tak pa la..Janji tak merayau keluar.

Aug 6, 2015

Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015



Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com
Antara hadiah yang ditawarkan adalah :



+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *
+ 2 keping tiket Aquaria KLCC
+ Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365
+ RM30 Voucher Parkamaya
+ RM150 Voucher Parkamaya
+ RM50 Voucher Pak John Steamboat
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)
+ Outdoor Photoshoot by Islam (Website)
+ 5 set Chrochet Heart (5 pemenang)

Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015.


Anjuran blog : www.sayaiday.com, www.ayueidris.com, akumohdfakhrulislam.blogspot.com

Klik Link ini untuk join contest : http://goo.gl/H0lgNa

Aug 4, 2015

Is Your Child The Next Insta Superstar?

MY_Blog_IGkidscomp_Week2 


Simply:

1) Follow @Mysale on Instagram 2) Snap share your cutie on Instagram with the hashtags #astarisborn2015 and #mysaleloves 3) Tag @Mysale in your pic (so that we can validate your entry)

Entries are valid until 12th August, so get in quick! Scroll down to see the terms and conditions.

Untuk maklumat lanjut,klik link di bawah :