Feb 28, 2019

REVIEW : Annona Vitamin C Serum.

 

Ingat tak sebelum ni Eirna ada up entry pasal Vitamin C ? Yang guna Flvattes tu..Eirna memang amalkan pengambilan Flavettes tu sampai sekarang sbb ada kesannya.Hehehehehe...Tak sia-sia cuba jenama tu..Tapi kali ni bukan nak cerita pasal Flavettes tau tapi produk lain...Masih sangkut juga dengan Vitamin C ni.

Produk yang Eirna nak promote kali ni ialah Vitamin C Serum dari Annona.Sebenarnya produk dari Annona ni dah lama dalam pasaran Malaysia ni..Kebetulan pula ada billboard besar pasal produk ni area Sg.Petani.Lagi sahih la apa yang Eirna tahu sebelum ni.

Sebelum nak cerita lebih lanjut pasal produk Annona ni,Eirna nak beritahu korang yang sebenarnya Vitamin C penting sangat utk tubuh badan kita.Merangkap dari hujung kepala hingga ke hujung jari la..Terutama kulit wajah kita ni.


Bukan senang nak merawat kulit muka yang terdedah dengan pelbagai radiasi ni.Sebab itu serum dicipta untuk membantu masalah ini.Nak tahu apa bestnya Annona Vitamin C Serum ni ?
 

 
Kelebihan Annona Vitamin C Serum ni ialah ia mempunyai 10x ganda Vitamin C dan ia akan memberikan kesan yang lebih pantas berbanding biasa. Cuma guna beberapa titis sahaja.
Ia tiada campuran alkohol,pewarna dan pewangi tiruan dan tanpa Paraben.
Serum ni juga mendapat kelulusan dari KKM tau!!


Ia diperbuat daripada air dan tidak melekit jika digunakan pada kulit wajah korang.
Yang paling best,serum ni boleh tahan sampai 2 bulan tau..JIMAT duit kan????
    

Vitamin C
  • Mencegah dan memperbaikin sel kulit yang rosak akibat jerawat,sinaran matahari dan kosmetik beracun.
  • Memberikan kesan cerah yang sekata.
  • Mengurangkan tompok hitam pada kulit.
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Meransang penghasilan kolagen secara semulajadi.

Asid Hyaluronik
  •  Memelihara kelembapan kulit
  • Mmebuat kulit lebih licin,halus dan anjal.

Ekstrak Akar Pokok Peony
  • Bersifat anti radang dan membantu mengurangkan sensitiviti pada kulit.
  • Menaikkan seri wajah. 

Glutathione
  • Digelar"Mother of AntiOxidant" kerana kuasa anti oksidannya yang sangat kuat dan mampu mencerahkan kulit kusam.
  • Memudarkan parut.
  • Menghaluskan dan mengecilkan liang pori
  • Mengawal masalah kulit yang berjerawat.

Ekstrak Daun Saxifraga
  • Mmepunyai kesan pencerahan pada kulit.
  • Bersifat astringent iaitu mengetatkan liang pori yang besar.

Ekstrak Akar Pokok Skullcap
  • Melembapkan kulit.
  • Melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV.
  • Membantu meredakan kulit yang sensitif.

Ekstrak Buah Delima
  • Melawan penuaan dan sebagai anti kedut.

Harga - RM39/5ML & RM90/15ml





HOTLINE : 010-8424243