May 25, 2015
May 22, 2015
Autism Awareness Day di Gurney Plaza,Penang
Pernah dengar tak apa itu Autisme? Mesti ada yang pernah dengar kan?Autisme ialah satu sindrom di mana otak kanak-kanak atau bayi mengalami kerosakan dan meyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah dalam komunikasi,pembelajaran dan sebagainya.Kanak-kanak autisme sering hidup dalam dunianya yang tersendiri iaitu dunia fantasi.
Irna sendiri pun anak yang mempunyai Autisme.Qayyum adalah kanak-kanak autisme kategori Mild Autisme.
Baru-baru ni,Eirna ada terbaca mengenai event ini di telegram group Autisme Utara .Jadi Eirna pun ajak Mr E untuk join event ni di Groud Floor Gurney Plaza,Penang.Terdapat beberapa aktiviti yang diadakan di situ.
Seisi sensori untuk kaki
Seisi sensori untuk tangan
Event ini dianjurkan oleh Prospect Rainbow iaitu salah satu pusat khas untuk kanak-kanak yang memerlukan penjagaan khas seperti masalah pembelajaran,masalah komunikasi dan tingkahlaku.Sesiapa yang memiliki anak istimewa dan mencari pusat yang menyediakan penjagaan khas,boleh menghubungi Prospect Rainbow Centre di talian 604-890 0870
atau layari website : www.prospectrainbow.com
Restoran Pen Mutiara,restoran khas buat pengemar makanan laut
Minggu lepas,Eirna ada update di FB gambar Kari Kepala Ikan semasa bussiness trip di Penang.Kali ni Eirna update entry restoran yang Eirna pergi tu.
First time tahu ada restoran macam tu di Batu Maung,Penang.Tunggu apa lagi.Sampai ja menu yang ditempah,terus keluarkan My Asus untuk fotografi..Hehehehe.Bos siap tolong prepare hidangan utk seisi fotografi tak bertauliah ni.
Nama restoran yang Eirna pergi ni ialah Restoran Pen Mutiara.Ianya dibuka pada tahun 2006 sebagai usahasama antara Persatuan Nelayan Pulau Pinang dan Lembaga Kenajuan Ikan Malaysia.Terletak di Wisma Nelayan Pulau Pinang,Batu Maung dimana ia berhampiran dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas dan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas.Terdapat satu lagi cawangan Restoran Pen Mutiara iaitu di Taman Selat,Butterworth.
Suasana di dalam restoran ini mewah,komtemporari dan moden. Kugiran juga disediakan untuk menghiburkan pelanggan yang datang menjamu selera di situ.Selain itu,terdapat ruang letak kereta percuma,kemudahan internet Wi-Fi,bilik mesyuarat dan bilik karaoke.
Sumber : Website Restoran Pen Mutiara |
Di Pen Mutiara,anda akan menikmati makanan laut yang segar kerana berdekatan dengan dermaga Batu Maung
Menu yang paling popular di Restoran ini ialah Kari Kepala Ikan Pulau Pinang.
Kari Kepala Ikan Pulau Pinang |
Sambal Udang |
Ikan Siakap Tiga Rasa |
Set Delima |
Set Baiduri
(RM410.43 setiap meja – maksima 10 orang semeja)
- Nasi
- Kari Kepala Ikan
- Siakap Tiga Rasa
- Sotong Goreng Tepung
- Kangkong Belacan
- Kerabu Mangga
- Telur Dadar
- Pencuci Mulut
- Limau Asam Boi
Set Delima
(RM474.56 setiap meja – maksima 10 orang semeja)
- Nasi
- Kari Kepala Ikan
- Siakap Tiga Rasa
- Sotong Goreng Tepung
- Udang Cabai
- Kailan Ikan Masin
- Kerabu Mangga
- Telur Bungkus
- Sambal Ulam
- Pencuci Mulut
- Limau Asam Boi
Set Mutiara
(RM538.69 setiap meja – maksima 10 orang semeja)
- Nasi
- Kari Kepala Ikan
- Siakap/Bawal Tiga Rasa
- Sotong Goreng Tepung
- Udang Kunyit
- Ikan Masin
- Siput Lala Berlada
- Sayur Campur
- Telur Bistik
- Kerabu Mangga
- Sambal Ulam
- Pencuci Mulut
- Limau Asam Boi
May 15, 2015
Restoran Arabian Mendy (SP) ,Sungai Petani Utara,Kedah
Dah lama teringin nak makan Nasi Mendy ni..Satu hari,Mr E tiba-tiba ja ajak cari Nasi Mendy utk dinner.
Hahaha..Tunggu apa lagi..Hajat di hati memang nak makan sgt Nasi Mendy ni..Kebetulan memang nak bawa hero-hero kecik ni tukar selera lain pula.
Cari punya cari kat Sg.Petani ni,akhirnya jumpa juga restoran yang jual Nasi Mendy ni.
Restoran Arabian Mendy (SP) ni terletak di Lagenda Height.Area Tesco Taman Ria.
Buka pintu restoran,dah terbau aroma rempah ratus makanan Arab ni.Begitu harum dan menyelerakan.
Rasa tak sabar nak makan.
Disebabkan kami cuma berempat,Mr E order 1 Nasi Mendy Ayam untuk Qayyum dan Qayyim dan 1 Nasi Mendy Kambing kami berdua.
Nasi Mendy Ayam : RM9.00 (seorang)
Nasi Mendy Kambing : RM14.00 (seorang)
Ini Nasi Mendy Ayam yang Mr E order untuk hero-hero kecil.Nampak sedap kan?
Memang sedap pun.
Untuk Nasi Mendy Kambing,Eirna tak sempat nak snap sebab semua pakat dah lapar termasuk la photographer tak bertauliah ni.
Servis di Restoran Arabian Mendy bagus juga..Cepat..Dari segi makanan,memang sedap sampai Mr E order pula 1 lagi Nasi Mendy Ayam.Berebut pula dengan hero-hero kecik ni.
Eirna bagi 4 bintang untuk menu ni.
Lokasi Restoran Arabian Mendy (SP)
Jalan Lagenda Height 9, Sungai Petani Utara,Kedah
*Dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 11.00 malam kecuali hari Jumaat dari pukul 3 petang hingga 11 malam
Harga dari RM9 - RM15 untuk seorang.
May 7, 2015
The Kabin,bilik kontena di Pantai Remis,Kuala Selangor.
Bagi sesiapa yang gemar bercuti dan sukakan kelainan atau lokasi percutian yang unik,boleh cuba menginap di The Kabin iaitu bilik penginapan bertaraf hotel dimana ia diperbuat menggunakan kontena.Pelik kan?
The Kabin terletak di Pantai Remis,Kuala Selangor.Ia mula dibuka pada 20 November 2014 dan diusahakan oleh beberapa anak muda Melayu.The Kabin mempunyai 18 buah kontena dan mampu menampung kira-kira 80 pengunjung dalam satu sama.
Selain untuk bercuti,ia juga boleh dijadikan lokasi untuk hari keluarga,program motivasi atau majlis perkahwinan.
Kontena-kontena tersebut dinamakan mengikut nama perlabuhan kontena di dunia seperti Felixstowe,Hamburg,Durban,Santos,Balboa,Klang,Long Beach,Vancouver,Shanghai,Singapore,Rotterdam,Antwerp,Sharjah,Busan,Keihin,Ho Chi Minh,Colombo dan Melbourne.
1. Jenis bilik : Busan,Keihin,Ho Chi Minh,Colombo,Klang dan Melbourne.
Rate : RM240 (Normal) / RM290 (Peak)
2. Jenis bilik : Rotterdam
Rate : RM440 (Normal) / RM490 (Peak)
3. Jenis bilik :Shanghai,Singapore dan Sharjah
Rate : RM260 (Normal) / RM310 (Peak)
4. Jenis bilik :Santos dan Balboa
Rate : RM290 (Normal) / RM340 (Peak)
5. Jenis bilik : Durban
Rate : RM190 (Normal) / RM240 (Peak)
6. Jenis bilik : Felixstowe,Hamburg dan Antwerp
Rate : RM390 (Normal) / RM440 (Peak)
7. Jenis bilik : Long Beach dan Vancouver
Rate : RM290 (Normal) / RM340 (Peak)
Setiap bilik mempunyai balkoni dan turut disediakan kerusi juga meja untuk pengunjung bersantai.
Selain itu terdapat juga kolam renang,kafe atau kedai serbaguna,bilik serbaguna,tempat BBQ,bilik karoke,taman permainan kanak-kanak,rumah pokok,basikal utk disewa,pengawasan selama 24jam dan yang paling penting sekali untuk blogger ialah WIFI
Eirna pun teringin juga nak stay kat The Kabin ni sebab menarik sangat.Coming soon,sampai sana.Kena simpan duit dlm tabung dulu ni.
Nak tahu lebih lanjut tentang The Kabin atau apa lagi yang disediakan,boleh la terjah website dan FB
Website : The Kabin
Facebook : https://www.facebook.com/TheKabinMalaysia
Website : The Kabin
Facebook : https://www.facebook.com/TheKabinMalaysia
Pernah Makan Tak Jeruk Maman?
Pernah dengar tak nama Jeruk Maman? Eirna sendiri pun tahu dari mertua.Ayah mertua yang ajar makan. Nampak macam biasa ja.Daun maman yang dijeruk dengan air dan nasi. Pertama kali makan, sedap rupanya. Sejak tu, nampak ja kat pasar tani atau pasar malam, mesti beli. Bukan selalu ada jual. Kalau ada kira rezeki tu.
Ini la rupa Jeruk Maman yang Eirna kata tu
Mudah ja cara hidangannya. Cuma perlu tambah bawang besar dan cili api sahaja.Gaul dengan jeruk maman yang sudah dibuang airnya. Tapi bukan semua ya tp tinggalkan sedikit untuk digaul dengan bawang dan cili api. Dah siap. Senang bukan?
Subscribe to:
Posts (Atom)