May 15, 2015

Restoran Arabian Mendy (SP) ,Sungai Petani Utara,Kedah

 

Dah lama teringin nak makan Nasi Mendy ni..Satu hari,Mr E tiba-tiba ja ajak cari Nasi Mendy utk dinner.
Hahaha..Tunggu apa lagi..Hajat di hati memang nak makan sgt Nasi Mendy ni..Kebetulan memang nak bawa hero-hero kecik ni tukar selera lain pula.

Cari punya cari kat Sg.Petani ni,akhirnya jumpa juga restoran yang jual Nasi Mendy ni.
Restoran Arabian Mendy (SP) ni terletak di Lagenda Height.Area Tesco Taman Ria.

Buka pintu restoran,dah terbau aroma rempah ratus makanan Arab ni.Begitu harum dan menyelerakan.
Rasa tak sabar nak makan.
 Disebabkan kami cuma berempat,Mr E order 1 Nasi Mendy Ayam untuk Qayyum dan Qayyim  dan 1 Nasi Mendy Kambing kami berdua.

Nasi Mendy Ayam : RM9.00 (seorang)
Nasi Mendy Kambing : RM14.00 (seorang)

 
 

Ini Nasi Mendy Ayam yang Mr E order untuk hero-hero kecil.Nampak sedap kan?
Memang sedap pun.


Untuk Nasi Mendy Kambing,Eirna tak sempat nak snap sebab semua pakat dah lapar termasuk la photographer tak bertauliah ni.

Servis di Restoran Arabian Mendy bagus juga..Cepat..Dari segi makanan,memang sedap sampai Mr E order pula 1 lagi Nasi Mendy Ayam.Berebut pula dengan hero-hero kecik ni.
Eirna bagi 4 bintang untuk menu ni.


Lokasi Restoran Arabian Mendy (SP)

Map of Arabian Mendy

Jalan Lagenda Height 9, Sungai Petani Utara,Kedah

*Dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 11.00 malam kecuali hari Jumaat dari pukul 3 petang hingga 11 malam

Harga dari RM9 - RM15 untuk seorang.










1 comment:

  1. klau turun SP roger la kak Eirna...Nanti kak Eirna bwk ke sana..

    ReplyDelete

Thanks a lot for your comment..