Apr 21, 2017

Darulaman Hobbies And Toys Fest 2017


Sesiapa yang memang collector Hot Wheels atau minat kereta macam ni,Eirna nak bagitau sikit kat korang ni. 
Darul Aman Toys Collectors ( DATC ) akan buat satu fest best lagi gempar iaitu 
 " Darulaman Hobbies And Toys Fest 2017".
29 April 2017 di The Carnivall Sungai Petani,Kedah

Event ni turut mendapat kerjasama dari Cinta Sayang Resort,Majlis Perbandaran Sungai Petani dan KumpulanNiaga Mahmud Taib Sdn Bhd.
 Masuk adalah PERCUMA ya....


Selain Hot Wheels,ada juga jenama yang lain seperti Majorette,Takara Tomy,LEGO,
BAN DAI,RMZCity,MatchBox dan lain-lain lagi.
So,korang boleh la pilih mana yang korang suka nanti.

 
Aktiviti yang akan diadakan ialah : -


HOT WHEELS
• Display / Show off
• Race
• Customize Competition
• Sale
• Gathering

TOMICA
• Display / Show off
• Race
• Sale
• Gathering

GSHOCK
• Display / Show off
• Demo customize
• Sale
• Gathering

Others Collectible / Hobbies / Toys dari pelbagai jenama dan skala.
  


Selain jualan toys,terdapat juga pameran yang berkaitan seperti SuperCar,SportCar,PerformanceCar dan Audio.Pelbagai jentera yang akan turut serta dari pelbagai model.
  • Lamborghini
  • Dodge
  • Nissan
  • Mitsubishi
  • Honda 
  • Jentera ModiFight
Konsep Fest ini adalah santai bersama keluarga sambil mengisi masa lapang dengan hobi dan menambah koleksi peribadi seperti mainan, jam dan lain-lain lagi.Selain korang boleh join fest ni,korang boleh la bawa anak-anak bermandi-manda di taman tema The Carnivall Sungai Petani  dengan harga tiket istimewa iaitu RM18 SAHAJA untuk semua kategori umur pada hari tersebut.Bukan senang nak dapat rate murah macam ni kan?

Bagi korang yang ingin merancang nak bercuti di situ, pihak Cinta Sayang Resort juga menyediakan bilik penginapan dengan flat rate dan harga paling istimewa sempena fest ini.

Tunggu apa lagi !!!!! Korang lock date tau utk hari tu...Mana tahu korang boleh jumpa koleksi yang korang cari2 tu.....Hehehehe...Jumpa korang kat sana ya nanti...........