Feb 2, 2017

Filem Pendek Sempena Tahun Baru Cina 2017@Tahun Ayam dari Tenaga Nasional Berhad.

Hai korang...

Sempena tahun Baru Cina tahun ini,Eirna ucapkan Gong Xi Fatt Chai buat silent readers Eirna yang berbangsa Cina.Semoga tahun ini @ tahun ayam  memberi banyak keuntugan kepada korang...

Korang nak tahu tak apa yang paling best bila musim perayaan mcm ni? Mesti la filem pendek dalam televisyen....Betul tak?....Korang dah tengok filem pendek dari TNB? 

Jom kita tengok apa yang menariknya filem pendek dari TNB ni..



Dah tengok kan? Penuh maksud yang tersirat dan tersurat kan?

Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan kekeluargaan sesama ahli keluarga.Mahu yang jauh atau dekat.

Tradisi makan besar memang sinonim bagi kaum Cina kerana ahli keluarga yang hadir untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa yang terhidang di atas meja.Bukan senang untuk berkumpul sesama keluarga serta saudara mara bagi merayakan hari perayaan begini.

Dalam filem pendek ini,korang boleh tengok setiap menantu yang ingin menambat hati ibu mertua dengan masakan mereka dan masing-masing menunjukkan kehebatan masing-masing di mana ia menjadi punca pertelingkahan di musim perayaan.Terutama dalam keluarga yang ramai.
Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis,saiz,rasa dan rupa,begitulah juga ahli keluarga kita.

Bak kata pepatah Melayu............Bersatu kita teguh,Bercerai kita roboh.

Kebahagian tercipta apabila kita bersatu hati dan mesra antara satu sama lain.Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.

Table Of Harmony

Sekarang kita main satu permainan pula...iaitu "Table Of Harmony" di mana korang akan mendapat "Mystery Dish"
Jom tengok apa hidangan misteri korang....Ikut arahan di bawah ya....


2. Klik " Unveil Mystery Dishes "


3. Klik " Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table "


 4. Korang pilih mana satu yang korang rasa bersesuaian..
Lepas klik,jawapan yang korang nantikan akan muncul...


Yang ini Eirna punya result....
 Tofu by woman with freckles 
**Lembut tapi tegas dlm buat keputusan..Ya ka? 


Jangan lupa tau join permainan Table Of Harmony ni utk dapatkan Mystery Dishes korang...
Filem tu pun jgn lupa tgk tau...Penuh makna....
Ajak kawan-kawan korang join sekali dan share dlm fb.....