Kali ni Irna nak review lip balm dari Maybelline iaitu Maybelline Baby Lips Love Color..
Maybelline Baby Lips Love Color Lip Balm amat sesuai utk wanita yang suka mengenakan solekan simple macam Irna.Tambahan pula Irna memiliki kulit yang amat sensitif dan susah untuk mencari produk kecantikan yang sesuai.
Ia juga mampu melembabkan bibir Irna yang sering kering akibat cuaca yang tidak menetu sekarang.
Melembabkan bibir sehingga 6 jam dan mempunyai tona warna yang cantik dan menawan.Terdapat 5 variasi warna yang dipasarkan iaitu Berry Crush,Cherry Kiss,Coral Flush,Pink Lolita dan Rose Addict.
Untuk bibir Irna,Irna pilih tona warna yang gelap sedikit..iaitu BERRY CRUSH.