Aug 30, 2016

Selamat Hari Kemerdekaan Yg Ke-59,Malaysia.


Esok 31 Ogos 2016 genaplah 59 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Betul tak ? 
Hari yang ditunggu-tunggu oleh Eirna dan Mr E. Salah satu acara wajib untuk bawa 3Q belajar erti kemerdekaan.

Pagi Merdeka adalah momen yang paling best untuk 3Q teroka dan fahami betapa susahnya Malaysia mencapai kemerdekaan.

Slogan tahun ini sama macam tahun lepas juga iaitu Sehati Sejiwa.


 
Cakap pasal merdeka dan kibar jalur gemilang...korang tahu tak siapa sebenarnya insan yang mencipta Jalur Gemilang ni?

Beliau ialah Mohamed Hamzah



Nanti Eirna korek lagi pasal kemerdekaan ni..Jom layan lagu Hari Kebangsaan 2016 iaitu Sehati Sejiwa dari Aziz Satar.



Aug 10, 2016

Teringin nak stay kat Lexis Suites Penang....

Pagi ni bukak email,terus masuk email dari Expedia pasal promosi yang diaorang buat untuk member...Saja buka promosi hotel di Penang...Tiba-tiba ternampak la promosi untuk Lexis Suites Penang ni...Harga dia memang standard macam Lexis Hibiscus PD sebab satu company.Hotel mewah katakan...

Lexis Suites Penang ni baru dibuka beberapa bulan yang lepas.Terletak berdekatan Teluk Kumbar dan 10 minit dari lapangan terbang.


Luas tau suites yang Lexis sediakan.Cuma ada 2 jenis suites yang terdapat di Lexis ni iaitu Premium Pool Suites dan Executive Pool Suites.Bezanya ialah keluasan setiap suites.Setiap suites ada 2 katil King Size.


Suites di Lexis ni memang cantik sangat.Dengan keluasan suites yang luas dan selesa,sesuai untuk bawa keluarga bercuti dan menikmati keindahan laut.



 Yang paling bestnya pasal Lexis Suites Penang ni ialah ada private pool.Tak payah la korang susah-susah nak mandi kat luar macam kebanyakan hotel sediakan.Tak perlu la korang kongsi dengan orang lain.Betul tak? Terutama bagi orang yang berhijab.


Ruang simpanan dan meja solek.Luas kan? Bath tub pun menghala ke arah laut.
Boleh hilangkan stress tu...


 Kalau korang teringin nak stay kat suites ni boleh la booking di Expedia.com.my sebab ada promosi RM471 bagi Executive dan RM540 bagi Premium.

Kena kumpul duit khas utk stay kat Lexis Suites ni....Teringin merasa tidur kat hotel mewah dengan Mr E dan anak-anak....

Amin...


Lokasi Lexis Suites Penang 

28, Jalan Teluk Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang, Malaysia. 
Tel :   +604-628 2888
Fax :   +604-628 2889
Email :   reservations@lexissuitespenang.com
Website    :   www.lexissuitespenang.com


Aug 1, 2016

Althea Turns 1 - Happy Birthday Althea !!!

 


Tak sabar nak wish kat Althea hari ni...Sempena ulangtahun yang pertama..

Happy 1st Birthday,Althea.
Semoga berjaya!!!!!

Mesti korang heran kan? Apa benda Althea ni ?
Althea ni sebenarnya laman shopping online produk kecantikan,penjagaan diri dan alat solek khas dari Korea.Althea ni dah bertapak di 5 buah negara iaitu Korea,Malaysia,Singapura,Indonesia dan Thailand.

Sesiapa yang minat dengan produk Korea ni,boleh la cuba shopping di laman Althea ni.Harga jauh lagi murah berbanding di Malaysia.Yang bestnya tentang Althea ni,produk diterbangkan terus dari Korea tau...

Setiap pembelian RM150 ke atas akan dapat penghantaran percuma. Jadi korang boleh la kongsi dengan roomate ka,adik beradik ka untuk dapat caj percuma tu.Berbaloi..

Althea punya birthday...Tapi Eirna yang dapat limited edition birthday box dari Althea.
Kotak warna pink + DIY party kit lagi.
 
 Korang yang shopping di Althea bermula hari ini hingga 31 Julai 2016,korang akan dapat Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit macam Eirna dapat tu.
#selagi stok masih ada.

 

Sempena ulang tahun Althea yang pertama,Althea menganjurkan pelbagai hadiah dan contest seperti beg goodies bersaiz besar secara percuma,birthday giveaway dan instagram contest.
Hadiah yang ditawarkan betul-betul menarik.
Rugi tak cuba join.

 *Khas buat 1,500 pembeli pertama akan mendapat goodies bag percuma.
Pastikan korang guna kod " ALTHEATURNS1 " .

Althea Birthday Giveaway : Pilih 3 produk Top Seller dan korang akan dapat rebate 100% dalam akaun Althea.


Instagram Contest : Korang design sendiri party hat yang korang dapat dalam limited edition box tu dan post pic korang dengan party kit dalam instagram dengan hashtag #altheaturns1.
Mana tahu korang berpeluang menang hadiah menarik seperti Macbook Air,iPad Air 2,iPhone 6S,Canon EOS M10 Selfie Camera,kredit dari Althea dan hamper kecantikan dari Althea