Aug 10, 2016

Teringin nak stay kat Lexis Suites Penang....

Pagi ni bukak email,terus masuk email dari Expedia pasal promosi yang diaorang buat untuk member...Saja buka promosi hotel di Penang...Tiba-tiba ternampak la promosi untuk Lexis Suites Penang ni...Harga dia memang standard macam Lexis Hibiscus PD sebab satu company.Hotel mewah katakan...

Lexis Suites Penang ni baru dibuka beberapa bulan yang lepas.Terletak berdekatan Teluk Kumbar dan 10 minit dari lapangan terbang.


Luas tau suites yang Lexis sediakan.Cuma ada 2 jenis suites yang terdapat di Lexis ni iaitu Premium Pool Suites dan Executive Pool Suites.Bezanya ialah keluasan setiap suites.Setiap suites ada 2 katil King Size.


Suites di Lexis ni memang cantik sangat.Dengan keluasan suites yang luas dan selesa,sesuai untuk bawa keluarga bercuti dan menikmati keindahan laut.



 Yang paling bestnya pasal Lexis Suites Penang ni ialah ada private pool.Tak payah la korang susah-susah nak mandi kat luar macam kebanyakan hotel sediakan.Tak perlu la korang kongsi dengan orang lain.Betul tak? Terutama bagi orang yang berhijab.


Ruang simpanan dan meja solek.Luas kan? Bath tub pun menghala ke arah laut.
Boleh hilangkan stress tu...


 Kalau korang teringin nak stay kat suites ni boleh la booking di Expedia.com.my sebab ada promosi RM471 bagi Executive dan RM540 bagi Premium.

Kena kumpul duit khas utk stay kat Lexis Suites ni....Teringin merasa tidur kat hotel mewah dengan Mr E dan anak-anak....

Amin...


Lokasi Lexis Suites Penang 

28, Jalan Teluk Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang, Malaysia. 
Tel :   +604-628 2888
Fax :   +604-628 2889
Email :   reservations@lexissuitespenang.com
Website    :   www.lexissuitespenang.com


8 comments:

  1. sama laa teringin jugak nak terjah hotel mewah macam nih.. memang puas hati laa kalau dapat spend time dengan family kat hotel macam nih.. yang paling seronok anak2 laa sebab setiap masa boleh berendam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu semestinya..Biar bayar berbaloi...

      Delete
  2. Bestnya...same la...teringin nak pergi lexis ni sebab kolam mandi dia..xyah nak share2 dengan orang...pasang impian dulu la..hehe

    ReplyDelete
  3. Lebih murah daripada yg ada kat PD tu eh...wahhh! tak sangka..Penang makin membangun betul la skrg ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sally..Saja survey.Memang murah berbeza di PD tu..Sama ja satu company..

      Delete
  4. jom hantr email dkt depa kak. kot2 dapat review free. ubai pun teringin nak pi :)

    ReplyDelete
  5. heheh lexis pd dekat ni pun kami tak sampai lagi..

    Salam kenal dari Mama Jue.. Mama Followers #153

    ReplyDelete

Thanks a lot for your comment..