Oct 30, 2013

Kebaikan Coklat

Ramai org berpendapat coklat ni mengemukkan terutama bagi golongan wanita.Hakikatnya,coklat mempunyai kebaikan kepada tubuh badan kita.Jadi jangan bimbang jika anda pengemar coklat.Ia tidak memudaratkan jika diambil dengan kuantiti yang sederhana.Antara kebaikannya ialah:





  1. Coklat boleh mengelakkan stress.
  2. Coklat juga membantu meningkatkan pengaliran darah kerana koko mempunyai anti-pembekuan darah sama seperti aspirin.
  3. Coklat boleh membantu meningkatkan kadar penglihatan kerana ia boleh meningkatkan pengaliran darah ke retina mata.
  4. Coklat boleh membuatkan anda bijak.
  5. Coklat boleh memberikan mood yang baik kepada pengemar coklat.
  6. Coklat juga boleh menlindungi kulit anda.Coklat gelap baik utk kulit anda kerana ia mempunyai anti-oksidan bernama Flavonoid dimana ia melindungi kulit dari kerosakan UV matahari.
  7. Coklat boleh menigkatkan sensitiviti insulin dlm badan dimana ia mengurangkan risiko diabetis.
  8. Coklat mampu bertindak melawan peradangan seperti merendahkan tekanan darah,kadar kolestrol dalam badan dan risiko menghidap penyakit jantung.
  9. Coklat boleh mengurangkan kadar serangan strok.
  10. Khas utk wanita yang mengamalkan diet,ia mampu membuat anda kenyang dan kurang lapar.Sebaiknya pilih coklat gelap berbanding coklat susu.