Sumber dari Harian Metro
Gambar di atas adalah dari seorang ibu muda bersama anaknya yang baru berusia setahun.Ibu muda ini dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Nilai dengan menaiki ERL (Express Rail Link).
Disebabkan ketika itu tren dipenuhi penumpang dan tiada tempat duduk,ibu muda ini terpaksa menyusukan anaknya di lantai ERL selama 40 minit.
Orang sekeliling cuma memandangnya tanpa rasa simpati.
Inikah sikap rakyat Malaysia yang sebenar?Dimanakah sikap prihatin anda semua?Sekiranya terjadi kepada diri anda.apa yang anda akan rasa?Mungkin bukan hari..mungkin esok anda pula diperlakukan sebegini...