May 7, 2015

The Kabin,bilik kontena di Pantai Remis,Kuala Selangor.

Bagi sesiapa yang gemar bercuti dan sukakan kelainan atau lokasi percutian yang unik,boleh cuba menginap di  The Kabin  iaitu bilik penginapan bertaraf hotel dimana ia diperbuat menggunakan kontena.Pelik kan?


The Kabin terletak di Pantai Remis,Kuala Selangor.Ia mula dibuka pada 20 November 2014 dan diusahakan oleh beberapa anak muda Melayu.The Kabin mempunyai 18 buah kontena dan mampu menampung kira-kira 80 pengunjung dalam satu sama.

Selain untuk bercuti,ia juga boleh dijadikan lokasi untuk hari keluarga,program motivasi atau majlis perkahwinan.
 
Kontena-kontena tersebut dinamakan  mengikut nama perlabuhan kontena di dunia seperti Felixstowe,Hamburg,Durban,Santos,Balboa,Klang,Long Beach,Vancouver,Shanghai,Singapore,Rotterdam,Antwerp,Sharjah,Busan,Keihin,Ho Chi Minh,Colombo dan Melbourne.

1. Jenis bilik : Busan,Keihin,Ho Chi Minh,Colombo,Klang dan Melbourne.
Rate : RM240 (Normal) / RM290 (Peak)


2. Jenis bilik : Rotterdam
Rate : RM440 (Normal) / RM490 (Peak)

 3. Jenis bilik :Shanghai,Singapore dan Sharjah
Rate : RM260 (Normal) / RM310 (Peak) 

4. Jenis bilik :Santos dan Balboa
Rate : RM290 (Normal) / RM340 (Peak) 

5. Jenis bilik : Durban
Rate : RM190 (Normal) / RM240 (Peak) 

6. Jenis bilik : Felixstowe,Hamburg dan Antwerp
Rate : RM390 (Normal) / RM440 (Peak) 

7. Jenis bilik : Long Beach dan Vancouver
Rate : RM290 (Normal) / RM340 (Peak) 

Setiap bilik mempunyai balkoni dan turut disediakan kerusi juga meja untuk pengunjung bersantai.

Selain itu terdapat juga kolam renang,kafe atau kedai serbaguna,bilik serbaguna,tempat BBQ,bilik karoke,taman permainan kanak-kanak,rumah pokok,basikal utk disewa,pengawasan selama 24jam dan yang paling penting sekali untuk blogger ialah WIFI

Eirna pun teringin juga nak stay kat The Kabin ni sebab menarik sangat.Coming soon,sampai sana.Kena simpan duit dlm tabung dulu ni.



Nak tahu lebih lanjut tentang The Kabin atau apa lagi yang disediakan,boleh la terjah website dan FB

Website : The Kabin

Facebook : https://www.facebook.com/TheKabinMalaysia


25 comments:

  1. Perggghhh mcm best je hotel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca review nampak mcm best..Budak Melayu buat ni...

      Delete
  2. memang cantik la.. dekat jugak dgn rumah mama ni.... hihi,
    tapi tak tahu bila boleh perginya..

    ReplyDelete
  3. Dari kabin.. Tapi menarik reka bentuk dan lanskapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irna pun berkenan jgk tgk...ingat ramai org tahu...

      Delete
  4. nampak menarik! rasa macam nak g jugak sekali...tgk la kalau ada masa rezeki lebih :P

    ReplyDelete
  5. 1st time tau ade cmni kt malaysia..tq share

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...tau2 ja terus goggle..nanti nk try stay kat situ sehari dua...

      Delete
  6. not bad. murah-murah juga tu harganya.

    ReplyDelete
  7. cam best jugak ni.. setahu k lily the Cabin ada kat langkawi je now ade dekat sini bolehlah pi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Langkawi tu memang ada...cantik jgk tp ni dok dalam kontena terus...nampak unik...

      Delete
  8. Hai boleh saya tahu x pakej untuk family 6kanak-kanak n 2dewasa pd 19/12 selama 3hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Container-type boutique resort | Remis Beach, Kuala Selangor | Vacation | Family Day | Team Building | Wedding | 0176783825 | info@thekabin.com.my

      Delete
  9. Menarik je nampak the cabin ni. Macam nak kena pergi jugak la kalau ada masa terluang...

    ReplyDelete

Thanks a lot for your comment..