Jan 27, 2015

Beli Beg Sekolah di ZALORA.


Alhamdulilah,sampai dah barang yang Irna dari ZALORA.Irna order beg sekolah untuk Qurratul disebabkan beg yang lama dah rosak.Kali ni lambat sikit Irna beli sebab sibuk dengan 2Q yang baru nak masuk tadika.

Ni la beg yang Irna beli ZALORA.Sesuai untuk anak dara kecil Irna tu..
 


Backpack Bag 
RM 49.99



Actual beg yang Irna dapat memang sama warna macam pic dari website ZALORA tu.Irna snap pic pakai camera tab ja.Tak berapa clear sgt la warnanya.

Part yang paling best bila shopping di ZALORA ni ialah dari segi penghantaran.Memang tip top la servis yang diaorang buat.Mana taknya,Irna order barang pagi Khamis,tengahari esok tu dah sampai.
Terbaik la.

Sekiranya barang yang korang dapat ada masalah mcm koyak ka,tak sama saiz ka,kualiti tak elok atau yang berkaitan,ZALORA dah sediakan Return Slip berserta Pos Laju Returns Label (Consignment Slip )untuk diisi oleh pembeli.
Selepas diisi,terus hantar bungkusan asal di Pejabat Pos Laju terdekat dalam tempoh 30 hari selepas pembelian.

Wang akan dipulangkan dalam bentuk "store credit" dalam akaun ZALORA anda.


Free Sample :Starter Pack Dumex Mamil Active dari Dumex


Awal bulan hari tu,Irna dapat satu lagi bungkusan.Besar pula tu.Tengah fikir..Contest apa yang Irna join.
Buka-buka,terus nampak kotak susu tepung dari Dumex.

Rupanya Irna pernah request starter pack Dumex Mamil Active.Irna dapat satu kotak susu Dumex Mamil tu.Tak silap Irna la,sekotak dalam RM40 keatas.

Irna request Dumex Mamil Active untuk umur 4-6 tahun.Sesuai la untuk Qayyum dan Qayyim.Bau pun dah sedap.Patut la mahal.



Ayam Panggang dengan Perencah Berlada Hitam MAGGI



Setiap hari minggu,Irna akan masak menu yang direquest oleh Mr E dan 3Q.Jadi kali ni,Irna masak ayam panggang diperap menggunakan Perencah Berlada Hitam dari MAGGI.

Irna selalu guna perencah MAGGI ni untuk masak daging masak hitam.Jadi ada lagi baki yang tak guna lagi.Irna cuba untuk perap ayam..

Memang sedap.Tak payah susah-susah dah blend lada hitam.Tuang saja dan gaul..
Tapi pic hasinya x sempat nak snap..Sebab pakat tunggu nak makan.

Mudah dan boleh digunakan untuk 4 hidangan.


Giveaway Mudah Voted Kempen #givealittle Ambank

Copy gambar dan linkkan ke entri ini 
Klik banner utk join....

Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Entri ini adalah entri untuk Giveaway Mudah di blog amirnawawi.com. Saya begitu teruja untuk turut serta dalam giveaway ini. Giveaway ini cukup mudah dan pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang. Jom kita semua sertai bersama.

Berikut adalah antara hadiah yang ditawarkan

1. Panasonic Digital Cordless Phone
2. Plush Toy dari LINE
3. Wang Tunai RM10 untuk 4 pemenang
4. Review blog untuk 3 pemenang.
5. CD Karmin dan Glee Original dari Sony BMG
6. Patung Churp-churp yang comel lagi kiut miut
7. Dan pelbagai hadiah lain yang akan dikemaskini
(Hadiah akan ditambah dari semasa ke semasa)
Referall terbanyak akan menerima hadiah khas iaitu RM30 & Buku Pilihan


 Giveaway mudah ini berlangsung dari 25 Januari hingga 31 Januari 2015

  1. Azhafizah
  2. Akif Imtiyaz
  3. Irrayan.com


Give Away Syiling Peringatan Jubli Intan TLDM


 Klik banner utk join...

Entry Irna

"Saya perlu memiliki Syiling Peringatan Jubli Intan kerana saya adalah pengumpul syiling lama dan saya ingin menambah lagi koleksi saya"