Oct 30, 2013

Kebaikan Coklat

Ramai org berpendapat coklat ni mengemukkan terutama bagi golongan wanita.Hakikatnya,coklat mempunyai kebaikan kepada tubuh badan kita.Jadi jangan bimbang jika anda pengemar coklat.Ia tidak memudaratkan jika diambil dengan kuantiti yang sederhana.Antara kebaikannya ialah:





  1. Coklat boleh mengelakkan stress.
  2. Coklat juga membantu meningkatkan pengaliran darah kerana koko mempunyai anti-pembekuan darah sama seperti aspirin.
  3. Coklat boleh membantu meningkatkan kadar penglihatan kerana ia boleh meningkatkan pengaliran darah ke retina mata.
  4. Coklat boleh membuatkan anda bijak.
  5. Coklat boleh memberikan mood yang baik kepada pengemar coklat.
  6. Coklat juga boleh menlindungi kulit anda.Coklat gelap baik utk kulit anda kerana ia mempunyai anti-oksidan bernama Flavonoid dimana ia melindungi kulit dari kerosakan UV matahari.
  7. Coklat boleh menigkatkan sensitiviti insulin dlm badan dimana ia mengurangkan risiko diabetis.
  8. Coklat mampu bertindak melawan peradangan seperti merendahkan tekanan darah,kadar kolestrol dalam badan dan risiko menghidap penyakit jantung.
  9. Coklat boleh mengurangkan kadar serangan strok.
  10. Khas utk wanita yang mengamalkan diet,ia mampu membuat anda kenyang dan kurang lapar.Sebaiknya pilih coklat gelap berbanding coklat susu.

Oct 28, 2013

Bajet 2014

Bajet 2014 telah dibentangkan pada 25 Oktober 2013 jam 3ptg.Antara perkara2 yang dibentangkan dlm Bajet tersebut ialah :

  • Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dimana utk individu yg berpendapatan RM3000 kebwh menerima bantuan dari RM500 ke RM650 manakala bagi bujang menerima RM300 dari RM250.
  • Kakitangan awam menerima bonus setengah gaji dimana akan dibayar pd awal Januari depan.
  • Bantuan persekolahan RM100 dan baucer buku RM250 akan diteruskan.
  • Pembayar cukai tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan mulai 2014 jika berpuas hati dengan Pemotongan Cukai Berjadual.
  • Kerajaan memperuntukkan RM1.9 billion bina rumah mampu milik.
  • Subsidi gula dimansuhkan.

Hari Raya Aidiladha 2013~Perlis

Hari Raya yg lalu,aku sekeluarga pulang ke rumah my mertua kat Perlis.Selalunya time raya haji,memang balik coz my FIL selalu buat korban kambing untuk anak cucu.Tahun ni lain skit coz mak saudara my hubby pun buat jugak korban.Jadinya ada 2 ekor kambing la.Yang paling excited nk tgk ialah my little hero,Qayyim.
My BIL
Khuyuk melapah my hubby ni..

Oct 25, 2013

TryMasak -Online Resepi

Nak belajar memasak dlm 5 minit?Mudah dan ringkas.Tidak perlu bahan yg banyak dan mudah didapati.
Layarilah laman web TryMasak dimana ia dikelolakan oleh syarikat Geoflex Sdn Bhd dan disokong oleh MOSTI dan The Malaysia Book of Records.Laman web ini ditaja oleh beberapa penaja makanan terkenal seperti Adabi,Alif,Baba's dan Tamin.Laman web ini dilengkapi dengan resepi dari chef terkenal seperti Chef Sabri,Chef Arm dan Chef Zam.Ia juga mempunyai senarai resepi dari TryMasak,ahli yg berdaftar dan sebagainya.
Sila klik link ini utk tahu dengan lebih lanjut http://www.trymasak.my/


Oct 22, 2013

Jalan2 ~Gunung Jerai,Kedah

Sebulan lepas, hubby bawa jalan2 di Gunung Jerai.Saja2 makan angin di sana.First time pergi,tak dapat naik sana sebab tanah runtuh.Kiranya kali ke-3,baru la boleh naik sana.Itu pun hujan renyai2.Pemandangan di atas tu memang cantik gila.Sapa2 nk bermalam di sana,ada resort di sana iaitu The Regency Jerai Hill Resort.Resort di situ memang menarik.Harga pun boleh tahan juga.Permandangan di waktu malam lagi menyeronokkan.
 Nk tau lebih lanjut mengenai resort ni,klik link ni jeraihill.theregency.com.my/‎.




Taman Tema Air Legoland



Legoland Malaysia secara rasminya membuka Taman Tema Air Legoland pada 21 Oktober 2013.
Taman tema itu telah siap 75% dan menawarkan lebih 20 gelungsor air dan 70 model Lego.
Ia juga mempunyai tarikan yang menarik utk kanak-kanak iaitu Built-A-Raft River dan Joker Soaker.
"Built-A-Raft River adalah konsep dimana kanak-kanak boleh membina rakit sendiri menggunakan kepingan Lego lembut dan "Joker Soaker" pula ialah platform kolam cetek  dimana kanak-kanak boleh bermain merian air sambil dihiburkan oleh model pelawak Lego dan 77 liter air dicurahkan keatas mereka.
Taman tema air ini juga turut menyediakan restoran,pondok kabana untuk disewa dan kedai runcit.
Sebarang pertanyaan dan harga tiket,sila layari halaman web http://www.legoland.com.my/

Oct 18, 2013

Batu Karang

Foto
Batu karang yang ditemui alam buah pinggang pesakit

 
Buah pinggang berperanan sebagai alat penapisan bahan toksik. Mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan.

Apabila tubuh seseorang kekurangan air, bahan ini boleh membentuk kristal dan seterusnya menjadi batu karang.

“Biasanya, batu karang terbentuk di ginjal, tetapi kadangkala ia boleh beralih atau jatuh dan tersangkut di dalam saluran buah pinggang (ureter) dan ini akan menyebabkan buah pinggang tersumbat dan rosak,” katanya.

Menurutnya, batu karang juga adalah unsur kuman yang boleh menyebabkan masalah kencing kotor serta pendarahan dalam kencing.


Biasanya seseorang rasa sakit disebabkan:
• Batu karang besar yang menyumbatkan buah pinggang

• Buah pinggang tersumbat disebabkan batu yang tersangkut di saluran buah pinggang

• Kencing kotor yang bertukar menjadi nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang yang tersumbat.


Jenis batu karang
• kalsium
• asid urik
• struvite (batu magnesium ammonium fosfat)
• cystine

Batu karang yang boleh dikesan sinaran X ialah batu kalsium fosfat, batu kalsium oxalate dan batu struvite. Ada batu karang yang tidak dapat dikesan dengan sinaran X tetapi biasanya dapat dikesan dengan ultrasound atau CT scan, misalnya batu asid urik dan batu cystine.

“Batu yang membesar dalam ginjal mungkin mengambil masa lama untuk terbentuk, dari beberapa tahun hingga berpuluh-puluh tahun.“Kadar pembentukan batu tidak sama, ada individu mendapat batu karang yang saiznya masih sama biarpun selepas 10 tahun,” katanya.

Satu daripada 20 orang dijangka menghidap penyakit batu karang. Lelaki lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding wanita dengan nisbah 3:1. Ini disebabkan hormon lelaki boleh meningkatkan bahan mineral yang membentuk batu.

Kejadian batu karang kerap terjadi pada individu berusia antara 20 hingga 50 tahun dan penyakit ini biasanya berulang. Ia kerap berlaku kepada orang putih dan Asia kerana genetik dan jarang berlaku dalam kalangan orang Afrika.


Faktor risiko

• 25% daripada pesakit mempunyai sejarah keluarga yang juga menghidap penyakit batu karang

• kerap berlaku di negara bercuaca panas

• gaya hidup yang kurang aktif

• dehidrasi (minum air kurang 1,200 mililiter sehari)

• pemakanan tinggi protein haiwan, tinggi sodium/garam, dos vitamin C dan D yang tinggi

• jangkitan kuman saluran kencing yang berulang. Bakteria yang menghasilkan urease (enzim yang memangkinkan hidrolisis urea kepada amonia dan karbon diaoksida) membuatkan seseorang cenderung kepada pembentukan batu karang


Ketidakseimbangan tahap kalsium dalam badan boleh menyebabkan pembentukan batu. Selain itu, lebihan asid urik pada tahap tinggi boleh menyebabkan batu karang.

Pembentukan batu karang boleh dicegah dengan banyakkan minum air serta kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang.


Gejala

• kencing berdarah
• sakit belakang/kawasan pundi kencing
• wujud butiran pasir di dalam air kencing
• jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)
• demam dan badan menggigil
• kencing kotor


Rawatan

Jika wujud gejala batu karang, segera berjumpa doktor. Doktor akan menjalankan ujian darah dan air kencing, sinaran X, ultrasound dan CT scan.

Pesakit yang mempunyai batu karang kecil digalakkan supaya meminum banyak air. Ubat tahan sakit juga akan diberi sekiranya pesakit mengalami kesakitan.

Doktor juga mungkin memberi ubat yang membantu merapuh dan meleburkan batu karang yang akhirnya akan keluar melalui air kencing.

Ada juga ubat membantu mengeluarkan batu karang dalam saluran buah pinggang dengan lebih cepat. Ubat sebegini melonggarkan saluran ureter dan menyebabkan batu karang jatuh ke pundi kencing, seterusnya keluar bersama air kencing.


Kaedah memecahkan batu karang di buah pinggang, saluran buah pinggang dan pundi kencing:

1) Extracorporeal Kejutan Gelombang Lithotripsy (ESWL)


• kaedah pemecahan batu karang terbentuk dalam buah pinggang dan saluran buah pinggang tanpa membabitkan pembedahan

• membabitkan tembakan gelombang yang menghancurkan batu karang

• kaedah ini memakan masa kira-kira satu jam dan batu karang yang hancur keluar menerusi air kencing

• sesuai untuk batu karang kecil yang boleh dikesan sinaran X

• pesakit tidak perlu dibius seluruh atau separuh badan

• rawatan pesakit luar


2) Nefrolitotomi Perkutaneus (PCNL)

• pembedahan untuk membuang batu karang besar di buah pinggang

• tebukan menembusi buah pinggang dan batu karang akan dipecahkan menggunakan tenaga ultrasound


3) Litotripsi Ureteroskopi (URS)

• pembedahan untuk membuang batu karang di saluran buah pinggang

• kaedah ini menggunakan skop yang dimasukkan melalui saluran kencing dan naik ke saluran buah pinggang

• batu karang tersangkut di saluran buah pinggang akan dipecahkan menggunakan cara pneumatik atau laser melalui skop


4) Vesikolitotripsi

• ini pembedahan untuk memecahkan batu di pundi kencing

• kaedah ini membabitkan skop yang membawa punca tenaga yang boleh memecahkan batu


Pencegahan/panduan

• banyakkan minum air

• kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang

• elakkan mengambil vitamin C melebihi empat gram (g) sehari kerana ia membawa risiko pembentukan batu karang

• protein haiwan tidak patut dimakan secara berlebihan kerana protein ini banyak menyebabkan kejadian batu karang. Jumlah maksimum protein haiwan yang disyorkan untuk pemakanan kira-kira 150g/sehari

Oct 11, 2013

Nk cantik punya pasal..

Beijing: Seorang wanita yang cuba mendapatkan suntikan untuk menggebukan pipinya di pusat rawatan haram selepas diberitahu majikannya yang mukanya cengkung kini mengalami kecacatan.
Xiao Lian dari Gansu, China hanya berusia 17 tahun apabila dia mendapatkan suntikan menggebukan pipinya.

Pada mulanya Xiao gembira dengan keputusan suntikan itu tetapi lima tahun kemudian, dia mula menghadapi masalah. Kini mukanya yang bengkak menyebabkan dia kelihatan lebih tua berbanding usia sebenarnya iaitu 28 tahun.
Xiao sentiasa bencikan mukanya yang cengkung dan komen majikannya di kedai tempat dia bekerja sambilan menjadi pendorong untuk dia mengubah penampilannya.

“Muka kamu sangat cengkung dan kamu nampak macam orang miskin. Wajah kamu ini menyebabkan golongan kaya tidak mahu ke kedai ini,” kata majikannya sebagaimana dipetik daripada Guilin Life News.

Xiao kemudian memutuskan untuk mendapatkan prosedur untuk menggebukan pipinya.
FotoWAJAH Xiao yang bengkak (kanan).

Namun ketika dia bertanya di klinik pembedahan plastik, kos prosedur itu terlalu mahal dan dia tidak mampu untuk melakukannya.

Ekoran kekecewaannya, rakan Xiao membawanya ke sebuah klinik lain yang berjanji akan menawarkan prosedur sama dengan harga lebih murah.
Kali ini dia mampu untuk melakukan prosedur itu. Doktor yang menjalankan rawatan itu kelihatan mahir walaupun klinik terbabit tidak mempunyai lesen beroperasi yang sah.

Doktor terbabit menyuntik muka Xiao sebanyak 10 kali dalam tempoh sebulan. Pada awalnya, suntikan itu benar-benar menggebukan pipinya dan dia amat gembira dengan keputusan yang diperoleh itu. Bagaimanapun, pada 2009 ketika dia berusia 24 tahun, mukanya mulai bengkak. Hidung, mata dan bentuk wajahnya juga mula berubah. Pada awal tahun ini, muka Xiao betul-betul bengkak, matanya melendut dan rambutnya juga mulai gugur.

Dia pergi mendapatkan nasihat doktor di hospital dan turut menjalani ujian yang menunjukkan selama ini dia diberi suntikan gel hydrophilic polyacrylamide. Bahan itu sebelum ini digunakan untuk membesarkan payudara, tetapi kini diharamkan di China untuk penggunaan pembedahan kosmetik selepas didapati bertoksik.

Xiao benar-benar trauma dengan apa yang berlaku hingga dia pernah terfikir untuk membunuh diri.

Kini, dia menjalani pembedahan memperbaiki wajahnya di pusat pembedahan kosmetik di Guangzhou.

Doktor memberitahunya disebabkan bahan bertoksik itu masih ada dalam tubuhnya untuk tempoh lama, maka sukar untuk memulihkan prosedur asal itu. - Agensi

Oct 10, 2013

Hipertensi atau Darah Tinggi




Apa itu Hipertensi?
Hipertensi atau darah tinggi adalah penyakit kelainan jantung dan pembuluh darah yang ditandai dengan peningkatan tekanan darah. Hipertensi kini dikaitkan sebagai penyebab utama stroke dan jantung.

Bagaimana mengetahui terjadinya peningkatan tekanan darah?
Satu-satunya cara yakni dengan memeriksa tekanan darah. Tekanan darah dibagi menjadi dua, yaitu sistolik dan diastolik. Sistolik adalah tekanan dalam arteri yang terjadi saat dipompanya darah dari jantung ke seluruh tubuh. Adapun diastolik yaitu sisa tekanan dalam arteri saat jantung beristirahat. Tekanan ini dinyatakan dalam bentuk angka pecahan. Tekanan sistolik ditulis di atas, sedangkan diastolik di bawah. Jika hasil pengukuran tensi 120/80 mmHg, ertinya sistolik Anda 120 dan diastolik 80.

Samsung Note III


 Samsung dh keluarkan mode baru lg.Samsung Note III..Harganya mencecah RM2400.Alahai mahalnya..x mampu beli ni.kena kumpul duit byk tahun jgk ni.Hehehe..Aku ni memang peminat setia gadget keluaran SAMSUNG.
 
 
 
Action Memo : Activate your memos instantly
Scrapbook : Organise important pieces of your life
S Finder : Search from your entire phone to the web
Pen Window : Draw to perform another simple task
Screen Write : Enjoy annotating on captured images

OS

  • Android 4.3 support

Memory

  • 32GB Memory

Physical Specifications

  • 151.2 x 79.2 x 8.3mm Dimension (H x W x D)
  • 168g Weight

Battery

  • 3,200mAh Standard Battery

Audio and Video

  • Video Format: MP4, M4V, 3GP, WMV, ASF, AVI, FLV, MKV, WEBMVideo Codec : MPEG4, H.263, H.264, VC-1, VP8, WMV7/8, MP43, Sorenson Spark, HEVC
  • UHD Video Playback available
  • Recording up to 60fps (only smooth mode)
  • MP3, AAC, AAC+, eAAC+, AMR-WB, AMR-NB, Vorbis, FLAC, WMA, WAV

Chipset

  • Quad available
  • 2.3GHz Quad GHz CPU Speed

Connectors

  • USB 2.0, USB 3.0 (MTP only)
  • 3.5mm Stereo Earjack
  • MicroSD External Memory Slot (up to 64GB)
  • Micro SIM (3FF) support
  • Micro USB 3.0 (5.3V, 2A) Connector
  • MHL available

Display

  • Full HD super AMOLED Technology
  • 16M Colour Depth
  • 5.7" Size
  • 1920 x 1080 Resolution
  • S Pen

Camera

  • CMOS, 2MP Megapixels Camera Resolution (Front)
  • CMOS, 13MP Megapixels Camera Resolution (Rear)
  • Power HCRI LED (1EA) Flash
  • Auto Focus available

Colour

  • Jet Black , Classic White

Location

  • Assisted GPS, GLONASS available