Jun 6, 2018

Restoran Asraar Hadramawt,Restoran Makanan Arab Best di Bertam,Penang

Kalau cakap pasal makan,memang kami satu family win bab ni.Terutama kami berdua ni...
Eirna dan Mr E suka jelajah ke setiap negeri atau tempat untuk rasa apa yang diaorang rekomen kat tempat tu.Kami akan buat research apa yang menarik di tempat tu dan terus terjah.

Kali ni, kami terjah restoran masakan Arab di Bertam pula iaitu Restoran Asraar Hadramawt.
Lokasi restoran Arab ni betul-betul di sebelah Mc Donalds,Bertam. Tak susah nak cari restoran ni.

Bahagian pintu depan restoran

Sekarang kita tengok apa menu yang menarik di Restoran Asraar Hadrawart ni.Sebenarnya sebelum ni Eirna pernah makan menu masakan Arab di sini dan memang sedap. Tapi kali ni owner restoran tukar chef yang lain pula.Mungkin rasanya lagi sedap dari chef yang lama.

Untuk menu pembuka selera,Eirna pilih Fried Lubnan Bread iaitu roti Lubnan yang dipotong kecil,ianya digoreng dan dihidangkan dengan mayonis.Rasanya boleh tahan.
Qayyum dan Qayyim suka sangat.Boleh la lapik perut sementara tunggu menu hidangan utama.

Fried Lubnan Bread
Untuk minuman pula, Eirna request Mango Lassi,Limun ( Arabic Lemon Juice ),Arabic Sunquick dan Sarbat.
Eirna gemar minum minuman Limun iaitu jus lemon Arab.Rasa lemon yang diblend dengan susu memang kena dengan tekak Eirna ni

Kiri : Manggo Lassi , Sarbat dan Limun

Utk minuman panas pula,Eirna cuba Teh Arab. Yang menariknya teh Arab ni ialah semestinya teh uncang dari Arab ditambah pula dengan rempah ratus seperti bunga cengkih,daun pudina dan kulit kayu manis.Korang boleh pilih samada nak dalam teko atau gelas.
Aroma teh + rempah ratus memang buat perut korang selesa walaupun korang makan banyak nanti. Yang ni memang Eirna sendiri alami selepas selesai makan nasi Arab dan menu lain.

Teh Arab

Untuk menu utama,Eirna pilih nasi Arab la..Hehehehehe...Eirna pilih 3 jenis nasi Arab yang popular di Restoran Asraar Hadrawart ni iaitu Set Ayam Mandee, Set Lamb Madghout dan Nasi Maqluba.


Kebiasaannya,nasi Ayam Mandee ni memang menu wajib di setiap restoran makanan Arab. Kelainan setiap nasi bergantung kepada chef yang memasaknya. Bagi Eirna , ia sesuai untuk semua golongan umur sebab ianya tidak pedas dan rasanya sedap.

Nasi Ayam Mandee

Set Nasi Madghout pula, warnanya berbeza sedikit. Ianya berempah dan pedas.Dihidang dengan daging kambing.Aromanya pun berbeza.

Nasi Madghout


Nasi Maqluba pula lebih dikenali sebagai nasi vegetarian
.Sebabnya? Nasi ni cuma dimasak bersama sayuran sahaja seperti kentang,terung dan cili hijau yang siap digoreng.Makanan ini amat popular di Jordon,Iraq,Syria,Palestin dan Lebanon.

Nasi Maqluba



Untuk pencuci mulut,Eirna request Roti Arab + Hummus. Mesti korang tertanya-tanya apa tu hummus kan? Eirna pernah dengar nama tapi tak tahu apa dia. Hummus ni sebenarnya ialah kacang kuda. Untuk menu ni,hummus dimakan dengan roti Arab.Hummus diblend sehingga jadi pes dan digaulkan bersama tahini,jus lemon,garam,bawang putih dan minyak zaitun. Ermm..boleh bayangkan tak apa rasanya? Sedap dan sesuai utk korang yang amal diet. Ada juga set ni ditambahkan bersama potongan ayam atau kambing.

Roti Arab + Hummus

Untuk pengetahuan korang,di sini ada juga menyediakan bilik khas untuk korang nak makan bersama family,reunion dan majlis-majlis formal. Korang boleh pergi ke tingkat atas restoran ni.
 Di situ korang boleh dapatkan privasi untuk majlis korang nak buat tu. Senang kan?


Bagi yang gemarkan konsep santai bersama kawan-kawan,boleh pilih lokasi di luar restoran dan view di luar pun menarik dan meriah.



Sempena Ramadhan ni,boleh la korang booking tempat utk mencuba masakan dari Arab ni..Mana tahu kena dengan tekak korang tu...Open table ramai-ramai dengan keluarga,sanak saudara serta sahabat korang....


 Hubungi HOTLINES: 019-4576 234 / 04-5750 126 untuk tempahan atau sebarang pertanyaan.
 atau 




 LOKASI RESTORAN ASRAAR HADRAMAWT BERTAM