Disebabkan cuti sekolah dah nak habis,terpaksa la Eirna hantar balik anak dara yg sorang ni balik kampung.Selalunya kami naik kereta tapi kali ni naik pengangkutan awam pula iaitu Komuter.Sebenarnya trip kali ni cuma kami berempat ja yang balik.Mr E outstatio...Kena pergi Tangkak,Johor.Ada Cuprix....
Almaklumlah sekarang ni dah ada komuter macam kat KL.Senang la sikit berbanding naik bas.Kena plak 2x kali naik.Payah sikit nak bawak anak-anak.Naik komuter senang sebab tak ada traffic jam.Sampai on time...Betul tak?
Saja ja Eirna pilih komuter utk transport kami nak balik Perlis.Eirna nak ajar anak-anak betapa susahnya orang yg x mampu beli kereta akibat kepayahan hidup.Eirna dulu masa kecil pun bukan orang senang.Dah biasa naik bas atau train.Jadi apa salahnya Eirna pula ajar anak-anak berdikari atau rasa susah tunggu bas tengah panas.
Alhamdulilah,anak-anak suka dan enjoy dgn trip kali ni.Best diaorang kata...
Siap kata nak naik lagi lepas ni.