Nov 14, 2016

Rahsia kulit cantik dan kekal harum dengan Enchanteur Paris....


Kalau sebut Enchanteur,mesti orang akan ingat iklannya yang selalu ada di kaca tv....Produk Enchanteur Paris terkenal sebagai produk wangian dan penjagaan diri mewah yang mengikut inspirasi Perancis..
   
Yang paling Eirna ingat ialah iklan di mana pelakon Sazzy Falak dan suaminya sebagai model...Romantik sangat..Eirna pun dah pernah cuba perfume rangkaian tu...Memang wangi sangat dan tahan lama.Harga pun berbaloi.

Kali ni Eirna nak review pula produk Enchanteur Paris yang terbaru iaitu Mon Amie,Bella Amour dan Adore.Sesuai untuk wanita yang menghabiskan masa di dalam pejabat atau bilik yang berhawa dingin.
Ia membuatkan kulit wanita merasa kering,kusam dan kasar akibat pendedahan udara sejuk dan kering.

Ketiganya mempunyai haruman yang sangat lembut dan menyegarkan serta fungsi yang berbeza..Didatangkan pula dengan warna produk yang sungguh lembut dan cantik.


ENCHANTEUR PARIS Mon Amie


Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.




ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 


Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour



ENCHANTEUR PARIS Adore



Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.

 
Parfum Deo Mist :  RM10.10 untuk 100ml sebotol

Deadoran Wangian : RM8.70 untuk 50ml sebotol

  
Losyen Wangian (botol) : RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml)
 

Losyen Wangian (Tiub) : RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) 



Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari

atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY