Apr 26, 2017

Review : Vaseline Intensive Care Jelly


Benda penting yang wajib ada dalam beg atau handbag Eirna sekarang...Vaseline Intensive Care Jelly.
Nak tahu sebab apa? Mari Eirna ceritakan kisah di sebalik ni...
Baru-baru ni kan Eirna pernah update pic Eirna di IG yang bibir bengkak macam bibir Angeline Jolie gara-gara suhu dalam badan terlalu panas..Itu salah satu kesan sampingan yang wajib Eirna dapat bila demam panas..
Eirna jadi macam ni disebabkan kurang air serta vitamin dalam badan.Eirna ni susah sikit nak minum air kosong..Gemar minum air sejuk...


Bila jadi macam ni,kebiasaanya Eirna akan ke klinik ja tapi makan masa nak sembuh..Kadang-kadang sampai berbulan lamanya.Kalau dh jadi macam ni...terpaksa la usaha cara lain disebabkan nak makan atau minum pun dah susah....Sakitnya Allah sahaja yang tahu..Berdenyut-denyut dibuatnya terutama bila berada di bawah terik cahaya matahari.
Jadi officemate banyak yang suggest guna produk Vaseline ni...Diaorang kata bagus untuk yg kulit bermasalah ni...Cepat sembuh katanya...
Eirna pun cari la Vaseline Jelly ni di Watsons dan terus guna..Ternyata betul la apa yang orang kata tu..Memang cepat sembuh dan mujarab..Sapu waktu pagi...Petang dah hilang bengkak kat bibir.Tak sempat la nak bengkak ala Angeline Jolie tu.....Eirna pakai yang Original tau...


  • 100% jeli tulen petroleum
  • Sesuai untuk kulit kering,kulit gatal,bibir pecah dan ruam lampin.
  • Mengurangkan penampilan garis-garis halus kering.
  • Membantu melindungi luka-luka kecil dan terbakar.
  • Melindungi kulit dari sinaran matahari.
  • Melegakan ketidakselesaan kulit dan kerengsaan.
  • Melembutkan kawansan kulit yang kasar seperti siku dan lutut.
  • Melegakan kerekahan pada bibir.

Tak silap Eirna sekarang ni Vaseline ada keluarkan produk terbaru iaitu Vaseline Lip Therapy Minis dan Tins.Senang dibawa di mana sahaja.Tapi produk terbaru ni tak ada dalam pasaran Malaysia lagi.Kalau korang nak cuba,boleh cari di Instagram atau Facebook.

http://www.vaseline.us/product/category/lip-balm.html

http://www.vaseline.us/product/category/lip-balm.html

Maklumat lanjut mengenai produk Vaseline Intensive Care Jelly ni,sila layari website




Apr 25, 2017

Adidas UEFA Champions League Arena Edition Giveaway


http://www.arepnakbebel.com/2017/04/adidas-uefa-champions-league-arena.html 
Nak join? Klik banner ni ya... 

Syarat Syarat Penyertaan (Blogpost)
  1. Buat entry berkenaan dengan Giveaway ini dan tajuk entry adalah seperti berikut
  2. "Adidas UEFA Champions League Arena Edition Giveaway" 
  3. Letakkan banner Giveaway ini di entry korang dan linkkan balik ke entry ini. 
  4. Follow blog www.arepnakbebel.com dan facebook fanpage arepnakbebel
  5. Pastikan korang komen dan letakkan link entry giveaway yang korang buat di mana mana entry blog arepnakbebel untuk maklum balas dari pihak admin. 
 
Syarat Syarat Penyertaan (Instagram)
  • Follow instagram lqmnzkria dan post banner giveaway ini di instagram korang dengan hashtag #Giveawaybyluqmanzakaria #EUFAChampionsLeague #adidasbodycaremy
Hadiah giveaway :-
(5x Eau De Toilette (EDT) & 5x Deo Body Spray)
2x Pemenang akan dipilih untuk penyertaan di Instagram
3x pemenang akan dipilih untuk penyertaan di blog


Apr 21, 2017

Darulaman Hobbies And Toys Fest 2017


Sesiapa yang memang collector Hot Wheels atau minat kereta macam ni,Eirna nak bagitau sikit kat korang ni. 
Darul Aman Toys Collectors ( DATC ) akan buat satu fest best lagi gempar iaitu 
 " Darulaman Hobbies And Toys Fest 2017".
29 April 2017 di The Carnivall Sungai Petani,Kedah

Event ni turut mendapat kerjasama dari Cinta Sayang Resort,Majlis Perbandaran Sungai Petani dan KumpulanNiaga Mahmud Taib Sdn Bhd.
 Masuk adalah PERCUMA ya....


Selain Hot Wheels,ada juga jenama yang lain seperti Majorette,Takara Tomy,LEGO,
BAN DAI,RMZCity,MatchBox dan lain-lain lagi.
So,korang boleh la pilih mana yang korang suka nanti.

 
Aktiviti yang akan diadakan ialah : -


HOT WHEELS
• Display / Show off
• Race
• Customize Competition
• Sale
• Gathering

TOMICA
• Display / Show off
• Race
• Sale
• Gathering

GSHOCK
• Display / Show off
• Demo customize
• Sale
• Gathering

Others Collectible / Hobbies / Toys dari pelbagai jenama dan skala.
  


Selain jualan toys,terdapat juga pameran yang berkaitan seperti SuperCar,SportCar,PerformanceCar dan Audio.Pelbagai jentera yang akan turut serta dari pelbagai model.
  • Lamborghini
  • Dodge
  • Nissan
  • Mitsubishi
  • Honda 
  • Jentera ModiFight
Konsep Fest ini adalah santai bersama keluarga sambil mengisi masa lapang dengan hobi dan menambah koleksi peribadi seperti mainan, jam dan lain-lain lagi.Selain korang boleh join fest ni,korang boleh la bawa anak-anak bermandi-manda di taman tema The Carnivall Sungai Petani  dengan harga tiket istimewa iaitu RM18 SAHAJA untuk semua kategori umur pada hari tersebut.Bukan senang nak dapat rate murah macam ni kan?

Bagi korang yang ingin merancang nak bercuti di situ, pihak Cinta Sayang Resort juga menyediakan bilik penginapan dengan flat rate dan harga paling istimewa sempena fest ini.

Tunggu apa lagi !!!!! Korang lock date tau utk hari tu...Mana tahu korang boleh jumpa koleksi yang korang cari2 tu.....Hehehehe...Jumpa korang kat sana ya nanti...........

Apr 17, 2017

Betul ka no aku yang diaorang panggil ni?


Betul ka no aku yang diaorang panggil ni ?
Hahahahaha....Sebelum ni Eirna ada story yang kami anak beranak join Larian Bendera Negaraku kan?
Utk larian tu memang x ada finisher medal tapi ada cabutan bertuah sebanyak 150 dan 10 hadiah utama barangan elektrik.

Untuk runner sahaja tau cabutan bertuah tu...Asalnya nak balik la sebab no bib kami berdua tak ada dlm list utk menang hamper.Jadi Eirna tanya Mr E samada nak tunggu atau balik.Mr E suruh stay dulu sebab balik nanti tak ada benda apa nak buat.Sambil bergurau dengan Eirna kot boleh menang hadiah utama satu...

Best masa pengacara cabut no bertuah sebab banyak no bib yang naik tapi tuan punya bib dh balik...Kami semua pakat sorak suruh cabut lain...Masa tu Eirna target nak peti sejuk jenama Samsung.Alamak dapat kat orang lain la....
Cuma tinggal 2 sahaja hadiah utama yang masih ada untuk pemenang yg bertuah..TV jenama Samsung 40" dan 50"......Kiranya hadiah tempat ke-2 dan pertama la....
Dalam hati dok kata kalau la TV ni aku yang punya....
Tiba-tiba dengar no yang dipanggil...Aik? Bukan no bib aku ka?
Ya la...Memang no bib Eirna yang dipanggil....
Alhamdulilah...rezeki anak-anak hari tu....Dapat TV 40"

 Ni la hadiah yang Eirna katakan tu..2023

Ajar 2'Q Semangat Cintakan Negara sambil Beriadah di Ekspresi Negaraku,Amanjaya Mall


Pada Sabtu yang lepas,Eirna dan Mr E bawa 2'Q ke event Ekspresi Negaraku yang diadakan di Perkarangan Amanjaya Mall,Sungai Petani.Kebetulan ternampak iklan Nabil mempromosikan event ni dalam televisyen,Eirna pun ajak Mr E untuk join Larian Bendera Negaraku.

Ala...Lari tak jauh mana pun.Setakat 3 km..Percuma pulak tu....
.Yes!!! Mr E setuju...Lagipun hari tu kami tak ada aktiviti lain,jadi apa salahnya bawa 2'Q join lari bersama kami berdua.Mesti best....
Sambil beriadah tu boleh ajar 2'Q semangat cintakan negara.....


 Awal pagi Sabtu kami turun ke padang..Dalam pukul 7 lebih untuk collect baju dan bib.Orang punya la ramai masa nak beratur tu.Dalam 3000 peserta untuk larian ni..


Dah collect baju dan bib,kena tunggu pula sebab masih ramai lagi yang masih tak dapat race kit.Kami pun mula cari tempat makan utk isi perut kat situ.Nasib la diaorang ada buat food truck di situ.Tak susah la peserta nak cari tempat makan jauh-jauh.Maklumla bawak hero-hero ni sama juga hari ni.


Yang paling nak jaga sangat,budak atas ni la.....Qayyum..Dia memang kena makan dulu.Tengok la plastik makanan dia tu..Macam-macam dimintanya.Kalau tak,nanti masa lari..mesti dia bebel nak minta makan minum.Macam2 la anak syurga Eirna ni...

Tadaaaa......Dah siap tukar baju dan letak bib...No bib lain dari register...Hahahaha..Boleh la dari tak ada langsung...Ready to run !!!!!
Selesai sahaja larian,terus kami rehat di khemah yang disediakan.Nasib la ada tempat yang selesa untuk rehatkan badan selepas lari tadi..Penat juga berlari dengan anak-anak ni.Jenuh layan perangai masing-masing.Janji kami semua berjaya tamatkan larian dengan sempurna.
Selain larian yang kami join ni,terdapat juga pameran booth dari NGO,Agensi Kerajaan dan juga Swasta.Yang tu memang Qayyim suka sebab dia suka membaca templete yang diberikan.
Habis semua dikutipnya sampai tak cukup tan gan la dibuatnya.Bukan senang nak dapat ilmu jika kita x mau bersusah dahulu.....Ni memang ikut perangai Eirna..Suka membaca walau di mana sahaja....

Alhamdulilah dan tahniah Qayyum dan Qayyim sebab sanggup ikut mak dan abah dia bersukan....
Semoga Qayyum dan Qayyim berbakti kepada agama,bangsa dan negara.
Amin....




Pameran Artifak Rasulullah S.A.W 2017 di Muzium Negeri Kedah


Syukur kepada Ilahi berpeluang melihat khazanah peninggalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat  R.A di Muzium Negeri Kedah.
27 artifak asli yang dipamerkan dibawa dari segenap pelusuk dunia ke Malaysia untuk dilihat,dinilai dan dihayati oleh masyarakat dengan perjuangan baginda dan para sahabatnya.Buat kali pertamanya,Muzium Negeri Kedah dipilih untuk menganjurkan Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan para Sahabat R.A.

Muzium Negeri Kedah

Pameran ini telah berlangsung dari 20 Mac 2017 sehingga 19 April 2017.
Antara artifak yang dipamerkan di situ ialah capal Rasulullah S.A.W,helaian rambut Rasulullah S.A.W,pedang Rasulullah S.AW. dan sebagainya.

 Pedang milik salah seorang para sahabat Rasulullah S.A.W


Serban Rasulullah S.A.W kerana Rasulullah gemar memakai penutup kepala.


Lebih senang dan mudah jika dibeli secara online.

 INFO PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH S.A.W DAN PARA SAHABAT R.A

Tarikh Pameran : 20 Mac 2017 - 19 April 2017
Lokasi : Muzium Negeri Kedah
Waktu Pameran : Isnin hingga Ahad ( 10 pagi - 10 malam )
Jumaat ( tutup jam 12 tengah hari - 3 petang )

Harga Tiket : 
Dewasa : RM 20.00/seorang
Pelajar : RM 10.00/seorang
Warga Emas : RM10.00/seorang
OKU : RM10.00/seorang
Kanak-kanak 6 tahun keatas : RM10.00/seorang
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Percuma 

Pembelian tiket adalah secara "online" dan klik link@banner di bawah untuk membeli tiket masuk.

http://www.tamadunislam.com/product/pameran-artifak-rasulullah-kedah/?v=0c23032714f8

Terdapat juga cabutan bertuah bagi setiap pengunjung yang terpilih iaitu :

* Setiap 1,000 : Sehelai T-shirt 
* Setiap 10,000 : Sehelai T-shirt dan Al-Quran Digital
*100,00 : Sehelai T-shirt + Al-Quran Digital + Pakej Umrah utk seorang

Lokasi Pameran

Apr 13, 2017

Comel Baby Dayyan pakai pants Edisi Doraemon dari Goo.n ni.....

Baru-baru ni Eirna terima produk barangan bayi dari Goo.n untuk review.Sampai kat office dengan kotak besar lagi tu.....Kali ni Eirna kena review pants dan wipe tissue.
Pernah dengar nama jenama ni tapi dah lama x beli pampers anak kecil....Almaklumla Eirna x ada baby dah sekarang.Kebetulan adik Eirna baru habis pantang,jadi Eirna pakaikan kat baby baru dia.....
  

Baby Dayyan ni memang jenis bersaiz besar walaupun baru umur 2 bulan.Minum susu ibu sahaja masa dalam pantang.Bila Eirna pakaikan pants dari Goo.n ni memang nampak comel dan padan dengan dia.Nasib la Eirna pilih saiz M utk dia.Teksturnya sangat lembut dan nyaman.
Potongannya yang selesa,sesuai dengan bentuk badan Baby Dayyan yang chubby ni dan tidak mudah bocor.


 Ni la pants yang Eirna katakan tu....Packaging pun cantik dan menarik.Warna-warni...... Yang bestnya ialah ia dikeluarkan dengan edisi Doraemon.Ala kartun yang famous di Jepun tu.
Diaper pants ni boleh didapati dari saiz M hingga XXL dan harga RRP ialah RM 36.00.
Harga berpatutan lagi tu.....
 
 Selain diaper pants yang comel sgt ni,Eirna dapat juga tisu basah sekali dengan box yang bentuk penguin ni.
Box bentuk penguin ni edisi terhad tau!!!
Kat bawah ni cara nak buka box ni utk ambil tisu basah.

Korang yang nak box comel ni, beli la diaper pants kata atas ni dulu...baru boleh dapat secara percuma.
 Kalau korang nak beli borong dengan harga yang murah....boleh la jenguk dalam website Lazada macam kat bawah ni....

Klik pic di bawah utk tahu lebih lanjut mengenai produk Goo.n
  http://ho.lazada.com.my/SHOXx2?sku=GO234TBAA9AINCANMY&redirect=http%3A%2F%2Fho.lazada.com.my%2FSH3xqZ%3Furl%3Dhttp%253A%252F%252Fwww.lazada.com.my%252Fgoon-friend-pants-super-jumbo-xl-size-42pcs-x3-goon-doraemon-edition-diapers-pampers-nappies-lampin-baby-product-15607272.html%253Foffer_id%253D%257Boffer_id%257D%2526affiliate_id%253D%257Baffiliate_id%257D%2526offer_name%253D%257Boffer_name%257D_%257Boffer_file_id%257D%2526affiliate_name%253D%257Baffiliate_name%257D%2526transaction_id%253D%257Btransaction_id%257D

Goo.N Friend Pants Super Jumbo [ XL Size 42pcs x3 ] (GooN Doraemon Edition Diapers Pampers Nappies Lampin Baby Product)

Tunggu apa lagi...

Thanks Goo.n untuk produk yang best ni....