Apr 17, 2017

Ajar 2'Q Semangat Cintakan Negara sambil Beriadah di Ekspresi Negaraku,Amanjaya Mall


Pada Sabtu yang lepas,Eirna dan Mr E bawa 2'Q ke event Ekspresi Negaraku yang diadakan di Perkarangan Amanjaya Mall,Sungai Petani.Kebetulan ternampak iklan Nabil mempromosikan event ni dalam televisyen,Eirna pun ajak Mr E untuk join Larian Bendera Negaraku.

Ala...Lari tak jauh mana pun.Setakat 3 km..Percuma pulak tu....
.Yes!!! Mr E setuju...Lagipun hari tu kami tak ada aktiviti lain,jadi apa salahnya bawa 2'Q join lari bersama kami berdua.Mesti best....
Sambil beriadah tu boleh ajar 2'Q semangat cintakan negara.....


 Awal pagi Sabtu kami turun ke padang..Dalam pukul 7 lebih untuk collect baju dan bib.Orang punya la ramai masa nak beratur tu.Dalam 3000 peserta untuk larian ni..


Dah collect baju dan bib,kena tunggu pula sebab masih ramai lagi yang masih tak dapat race kit.Kami pun mula cari tempat makan utk isi perut kat situ.Nasib la diaorang ada buat food truck di situ.Tak susah la peserta nak cari tempat makan jauh-jauh.Maklumla bawak hero-hero ni sama juga hari ni.


Yang paling nak jaga sangat,budak atas ni la.....Qayyum..Dia memang kena makan dulu.Tengok la plastik makanan dia tu..Macam-macam dimintanya.Kalau tak,nanti masa lari..mesti dia bebel nak minta makan minum.Macam2 la anak syurga Eirna ni...

Tadaaaa......Dah siap tukar baju dan letak bib...No bib lain dari register...Hahahaha..Boleh la dari tak ada langsung...Ready to run !!!!!
Selesai sahaja larian,terus kami rehat di khemah yang disediakan.Nasib la ada tempat yang selesa untuk rehatkan badan selepas lari tadi..Penat juga berlari dengan anak-anak ni.Jenuh layan perangai masing-masing.Janji kami semua berjaya tamatkan larian dengan sempurna.
Selain larian yang kami join ni,terdapat juga pameran booth dari NGO,Agensi Kerajaan dan juga Swasta.Yang tu memang Qayyim suka sebab dia suka membaca templete yang diberikan.
Habis semua dikutipnya sampai tak cukup tan gan la dibuatnya.Bukan senang nak dapat ilmu jika kita x mau bersusah dahulu.....Ni memang ikut perangai Eirna..Suka membaca walau di mana sahaja....

Alhamdulilah dan tahniah Qayyum dan Qayyim sebab sanggup ikut mak dan abah dia bersukan....
Semoga Qayyum dan Qayyim berbakti kepada agama,bangsa dan negara.
Amin....




No comments:

Post a Comment

Thanks a lot for your comment..