Showing posts with label 2017. Show all posts
Showing posts with label 2017. Show all posts

Jul 17, 2017

Qayyum kena neb pula kali ni.....


Qayyum kena nebulizer? 
Mesti terkejut kan sebab apa? Sebenarnya benda ni jadi selepas seminggu Eirna dan Mr E puasa sunat selepas seminggu beraya...Asalnya Eirna yang tak sihat..Demam panas..Esoknya pula Qayyum pula yang demam...Mr E pun sama..Tak berapa sihat.....Malam sebelum tu,Mr E ada beritahu Eirna yang Qayyum bernafas macam orang ada asma..Masa tu Qayyum tengah tidur....Siap meracau lagi...
Dalam hati,takkan kot Qayyum ada asma?

Apa lagi,esoknya kami empat beranak buat lawatan ke klinik panel mencari ubat.....Tak mau tunggu lama-lama....Takut semakin Qayyum terpaksa "bercuti" pada hari tu....Tak dapat hadir sekolah..Ramai juga orang kat klinik masa tu.Musim orang kena demam selsema kot.Bila sampai giliran kami,doktor beritahu yang kahak penuh dalam dada Qayyum dan nafas Qayyum berbeza.Macam orang ada penyakit asma...Kami just inform yang cuma Mr E sahaja yang ada asma dari kecil...Tak ada lagi antara 3Q yang ada penyakit yang sama. Doktor beritahu yang Qayyum hampir-hampir nak kena asma..Jadi Qayyum kena neb dulu untuk hilangkan kahak tu.....

Artikel dr blog Dr Zubaidi
 

Kiranya kali ni Mr E ada teman untuk neb sama-sama....Faham-faham je la kalau nak tggu orang neb memang lama..Alhamdulilah,semuanya berjalan lancar tanpa tantrum dari Qayyum....Mungkin sebab saiz badan Qayyum yang sedikit berisi dan selera makan yang kuat,benda macam ni terjadi.Skrg pun Qayyum jarang buat aktiviti luar macam berbasikal disebabkan adik Qayyim sekolah seisi petang.

Kami terpaksa monitor lebih bab permakanan Qayyum kali ni...No "ice cream"....No air sejuk......Agak sukar sikit nak control bab ni...Tetapi alhmadulilah,Qayyum boleh ikut juga walaupun kadang-kadang skip ...Takut benda ni jadi balik....Kesian tengok bila jadi macam tu...Dia tak boleh nak "membuas" macam selalu....Cepat letih ....
Insha allah semuanya akan pulih....Nanti kita ajak abah buat aktiviti luar macam biasa balik ya.......

Jun 8, 2017

Althea's Raya Giveaway Festival

Psstt...korang mesti suka tengok drama Korea kan? Hero dan heroin Korea ni comel-comel.Betul tak?
Macam heroin dalam drama Love Rain ni....Yoona dari kumpulan SNSD..Cute orangnya..

Sumber : Google

Korang nak tak nampak comel macam Yoona ni? Jom shopping produk Korea di website Althea.
Takkan korang tak tahu pasal website Althea ni? Althea ialah satu platform online di mana korang boleh beli produk kecantikan Korea tanpa perlu ke negara Korea. Cuma pilih mana produk korang suka,bayar dan tunggu sahaja produk yang korang order tu sampai depan pintu.Produknya selamat digunakan tau.
Itu jaminan dari Althea Korea.


Setiap pembelian RM99 ke atas akan dapat penghantaran percuma dan setiap pendaftaran di Althea akan mendapat RM30 kredit. Rugi korang tak shopping kat Althea ni.

Berita baik untuk korang ni !!!!! 
Althea ada buat suprise untuk korang iaitu " Althea's Raya Giveaway Festival " sempena Aidilfitri tahun ini.

 Apa yang istimewa sangat dengan Althea Raya Giveaway Festival ni ?

Kalau korang shopping di Althea sepanjang bulan Ramadan ini,setiap pembelian yang orang order akan mendapat satu hadiah istimewa barangan mekap yang terpilih.Tak silap Eirna ada 11 jenis.
Jangan risau,yang ni tak perlu bayar.Percuma diberikan kepada korang ya.

Satu lagi yang bestnya shopping di Althea ni ialah box yang digunakan untuk letak produk yang korang order tu.Selalu tukar warna ikut musim.Macam sebelum ni warna pink sempena anniversary Althea yang pertama.Eirna simpan lagi tau box pink tu.Kiranya limited edition punya la.

Kali ni box bertukar ke warna hijau pula sempena Ramadhan.Kiranya korang order produk di Althea sekarang ni,nanti korang akan dapat Limited Edition Ramadhan Box macam kat bawah ni
Tunggu apa lagi.....Cepat la terjah website Althea untuk dapatkan box yang cantik ni..




Apr 17, 2017

Ajar 2'Q Semangat Cintakan Negara sambil Beriadah di Ekspresi Negaraku,Amanjaya Mall


Pada Sabtu yang lepas,Eirna dan Mr E bawa 2'Q ke event Ekspresi Negaraku yang diadakan di Perkarangan Amanjaya Mall,Sungai Petani.Kebetulan ternampak iklan Nabil mempromosikan event ni dalam televisyen,Eirna pun ajak Mr E untuk join Larian Bendera Negaraku.

Ala...Lari tak jauh mana pun.Setakat 3 km..Percuma pulak tu....
.Yes!!! Mr E setuju...Lagipun hari tu kami tak ada aktiviti lain,jadi apa salahnya bawa 2'Q join lari bersama kami berdua.Mesti best....
Sambil beriadah tu boleh ajar 2'Q semangat cintakan negara.....


 Awal pagi Sabtu kami turun ke padang..Dalam pukul 7 lebih untuk collect baju dan bib.Orang punya la ramai masa nak beratur tu.Dalam 3000 peserta untuk larian ni..


Dah collect baju dan bib,kena tunggu pula sebab masih ramai lagi yang masih tak dapat race kit.Kami pun mula cari tempat makan utk isi perut kat situ.Nasib la diaorang ada buat food truck di situ.Tak susah la peserta nak cari tempat makan jauh-jauh.Maklumla bawak hero-hero ni sama juga hari ni.


Yang paling nak jaga sangat,budak atas ni la.....Qayyum..Dia memang kena makan dulu.Tengok la plastik makanan dia tu..Macam-macam dimintanya.Kalau tak,nanti masa lari..mesti dia bebel nak minta makan minum.Macam2 la anak syurga Eirna ni...

Tadaaaa......Dah siap tukar baju dan letak bib...No bib lain dari register...Hahahaha..Boleh la dari tak ada langsung...Ready to run !!!!!
Selesai sahaja larian,terus kami rehat di khemah yang disediakan.Nasib la ada tempat yang selesa untuk rehatkan badan selepas lari tadi..Penat juga berlari dengan anak-anak ni.Jenuh layan perangai masing-masing.Janji kami semua berjaya tamatkan larian dengan sempurna.
Selain larian yang kami join ni,terdapat juga pameran booth dari NGO,Agensi Kerajaan dan juga Swasta.Yang tu memang Qayyim suka sebab dia suka membaca templete yang diberikan.
Habis semua dikutipnya sampai tak cukup tan gan la dibuatnya.Bukan senang nak dapat ilmu jika kita x mau bersusah dahulu.....Ni memang ikut perangai Eirna..Suka membaca walau di mana sahaja....

Alhamdulilah dan tahniah Qayyum dan Qayyim sebab sanggup ikut mak dan abah dia bersukan....
Semoga Qayyum dan Qayyim berbakti kepada agama,bangsa dan negara.
Amin....




Pameran Artifak Rasulullah S.A.W 2017 di Muzium Negeri Kedah


Syukur kepada Ilahi berpeluang melihat khazanah peninggalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat  R.A di Muzium Negeri Kedah.
27 artifak asli yang dipamerkan dibawa dari segenap pelusuk dunia ke Malaysia untuk dilihat,dinilai dan dihayati oleh masyarakat dengan perjuangan baginda dan para sahabatnya.Buat kali pertamanya,Muzium Negeri Kedah dipilih untuk menganjurkan Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan para Sahabat R.A.

Muzium Negeri Kedah

Pameran ini telah berlangsung dari 20 Mac 2017 sehingga 19 April 2017.
Antara artifak yang dipamerkan di situ ialah capal Rasulullah S.A.W,helaian rambut Rasulullah S.A.W,pedang Rasulullah S.AW. dan sebagainya.

 Pedang milik salah seorang para sahabat Rasulullah S.A.W


Serban Rasulullah S.A.W kerana Rasulullah gemar memakai penutup kepala.


Lebih senang dan mudah jika dibeli secara online.

 INFO PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH S.A.W DAN PARA SAHABAT R.A

Tarikh Pameran : 20 Mac 2017 - 19 April 2017
Lokasi : Muzium Negeri Kedah
Waktu Pameran : Isnin hingga Ahad ( 10 pagi - 10 malam )
Jumaat ( tutup jam 12 tengah hari - 3 petang )

Harga Tiket : 
Dewasa : RM 20.00/seorang
Pelajar : RM 10.00/seorang
Warga Emas : RM10.00/seorang
OKU : RM10.00/seorang
Kanak-kanak 6 tahun keatas : RM10.00/seorang
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Percuma 

Pembelian tiket adalah secara "online" dan klik link@banner di bawah untuk membeli tiket masuk.

http://www.tamadunislam.com/product/pameran-artifak-rasulullah-kedah/?v=0c23032714f8

Terdapat juga cabutan bertuah bagi setiap pengunjung yang terpilih iaitu :

* Setiap 1,000 : Sehelai T-shirt 
* Setiap 10,000 : Sehelai T-shirt dan Al-Quran Digital
*100,00 : Sehelai T-shirt + Al-Quran Digital + Pakej Umrah utk seorang

Lokasi Pameran

Apr 13, 2017

Comel Baby Dayyan pakai pants Edisi Doraemon dari Goo.n ni.....

Baru-baru ni Eirna terima produk barangan bayi dari Goo.n untuk review.Sampai kat office dengan kotak besar lagi tu.....Kali ni Eirna kena review pants dan wipe tissue.
Pernah dengar nama jenama ni tapi dah lama x beli pampers anak kecil....Almaklumla Eirna x ada baby dah sekarang.Kebetulan adik Eirna baru habis pantang,jadi Eirna pakaikan kat baby baru dia.....
  

Baby Dayyan ni memang jenis bersaiz besar walaupun baru umur 2 bulan.Minum susu ibu sahaja masa dalam pantang.Bila Eirna pakaikan pants dari Goo.n ni memang nampak comel dan padan dengan dia.Nasib la Eirna pilih saiz M utk dia.Teksturnya sangat lembut dan nyaman.
Potongannya yang selesa,sesuai dengan bentuk badan Baby Dayyan yang chubby ni dan tidak mudah bocor.


 Ni la pants yang Eirna katakan tu....Packaging pun cantik dan menarik.Warna-warni...... Yang bestnya ialah ia dikeluarkan dengan edisi Doraemon.Ala kartun yang famous di Jepun tu.
Diaper pants ni boleh didapati dari saiz M hingga XXL dan harga RRP ialah RM 36.00.
Harga berpatutan lagi tu.....
 
 Selain diaper pants yang comel sgt ni,Eirna dapat juga tisu basah sekali dengan box yang bentuk penguin ni.
Box bentuk penguin ni edisi terhad tau!!!
Kat bawah ni cara nak buka box ni utk ambil tisu basah.

Korang yang nak box comel ni, beli la diaper pants kata atas ni dulu...baru boleh dapat secara percuma.
 Kalau korang nak beli borong dengan harga yang murah....boleh la jenguk dalam website Lazada macam kat bawah ni....

Klik pic di bawah utk tahu lebih lanjut mengenai produk Goo.n
  http://ho.lazada.com.my/SHOXx2?sku=GO234TBAA9AINCANMY&redirect=http%3A%2F%2Fho.lazada.com.my%2FSH3xqZ%3Furl%3Dhttp%253A%252F%252Fwww.lazada.com.my%252Fgoon-friend-pants-super-jumbo-xl-size-42pcs-x3-goon-doraemon-edition-diapers-pampers-nappies-lampin-baby-product-15607272.html%253Foffer_id%253D%257Boffer_id%257D%2526affiliate_id%253D%257Baffiliate_id%257D%2526offer_name%253D%257Boffer_name%257D_%257Boffer_file_id%257D%2526affiliate_name%253D%257Baffiliate_name%257D%2526transaction_id%253D%257Btransaction_id%257D

Goo.N Friend Pants Super Jumbo [ XL Size 42pcs x3 ] (GooN Doraemon Edition Diapers Pampers Nappies Lampin Baby Product)

Tunggu apa lagi...

Thanks Goo.n untuk produk yang best ni....







Mar 17, 2017

Samsung Malaysia Electronics Lancar Kempen " March More " utk model Smart TV terpilih.


Televisyen adalah salah satu peralatan elektronik yang wajib ada di setiap rumah di dunia ini.Betul tak?
Walaupun sekarang ni zaman teknologi,di mana korang boleh tahu isu semasa dunia melalui handphone korang,televisyen adalah media yang paling lama bertapak di zaman serba moden ni.
Smart TVpaling digemari dan popular di kalangan pengguna Samsung.

Jadi,hari ini Samsung Malaysia Electronics telah melancarkan satu kempen terbaru iaitu Samsung 
 "March More" bagi  model Smart TV terpilih bermula dari 1 March hingga 30 April 2017.
Dimana ia menawarkan penjimatan sehingga RM3,000 bagi setiap pembelian.
Wow.....Bukan bagi diskaun sahaja tau...
Bagi setiap pembelian Smart TV 78 inci model KS9000 SUHD,korang akan dapat hadiah percuma iaitu 
HW-K950 Atmos soundbar yang bernilai RM5,999.  
Untungkan?
Selari dengan visi Samsung Malaysia Electronics yang ingin membawa inovasi yang memudahkan dan memberi nilai kepada pengguna kerana menyokong mereka selama ini.
 Kini,kualiti gambar bagi Samsung TV dari definisi ultra tinggi dengan keupayaan untuk menghasilkan 64x lebih warna dan 30% lebih cerah.Maknanya korang boleh merasai suasana sinematik di dalam rumah korang sendiri.


Korang boleh akses ke dunia hiburan tanpa had melalui Samsung Smart Hub. 


Model Samsung Smart TV
 
 


Senarai Harga Samsung Smart TV Terpilih


# Tertakluk kepada terma dan syarat

Tunggu apa lagi....Cepat sementara stok masih ada....Harga promosi termasuk GST 6%.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini,sila layari website Samsung 





Feb 15, 2017

Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition@ LIMA'17

Siapa pernah pergi ke Langkawi untuk tengok LIMA ?? Angkat tangan
Hah ? Tak tahu apa tu LIMA ?
 Ala...LIMA tu sebenarnya ialah Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi...
Memang ia selalu diadakan di Langkawi ,Kedah.Ini kira nama panjang utk LIMA la..Hehehehe..
Pameran LIMA adalah pameran terbesar di Rantau Asia Pasifik.

Buat pengetahuan korang,LIMA mula diperkenalkan pada tahun 1991 dimana cuma 100 syarikat menyertai pameran tersebut. 
  Kali terakhir ia diadakan ialah pada tahun 2015 dan kini akan mula beraksi pada 21 hingga 25 Mac tahun ini. 
Target penyertaan utk tahun ni ialah 550 syarikat dari 38 negara dan 40,000 pengunjung.

Bagi korang yang minat dengan maritim atau aero angkasa,jangan lupa ambil kesempatan ke pameran ni.
Banyak ilmu yang korang boleh dapat.Boleh tengok kapal besar,kapal selam,jet dan sebagainya.



Kebetulan tahun ini jatuh pada musim cuti sekolah.Confirm mesti ramai orang berada di sana.Bawa keluarga bercuti sambil tengok pameran.

Pendaftaran untuk pass secara talian pun dah dibuka sehingga 20 Februari ni.Pra pendaftaran di mana korang booking dulu dan pass akan korang collect di kaunter. Kan senang x payah la nak berebut dgn orang yang beli secara " walk in ".



Ni penaja yang terlibat untuk menjayakan pameran LIMA'17

Penaja Utama




Pass masuk untuk LIMA'17 ialah RM100/seorang di mana korang boleh pergi masuk keseluruhan pameran.Best kan?
Kalau korang nak dapatkan diskaun untuk pass LIMA'17 ni,korang boleh cari kupon diskaun di majalah rasmi LIMA atau dapatkan pass percuma dengan join contest di laman FB atau twitter LIMA'17
 Mana la tahu rezeki korang dapat pass percuma..

http://www.limaexhibition.com/visitors-trade-overview.php

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai pameran LIMA'17 ni,boleh cari di website dan lama sosial LIMA'17 yang kat bawah ni.

Website :  limaexhibiton.com

Facebook : https://www.facebook.com/lima.langkawi/

Instagram : lima_exhibition

Twitter : LimaExhibiton

Emel :   registration@limaexhibition.com

..................................................................................................................................................................

Ni info yang Eirna baru dapat dari FB LIMA'17 tadi.

MAKLUMAT UMUM LIMA’17

A) SEGMEN AEROANGKASA – DEWAN MAHSURI (MIEC)
21 - 23 Mac 2017 l Selasa – Khamis
Dibuka kepada delegasi dan pelawat perdagangan
Bayaran Masuk: RM100 seorang/5 hari
Masuk percuma untuk badan beruniform (tentera & polis)
Pelawat yang tidak berpakaian formal dan pelawat berumur di bawah 18 tahun tidak dibenarkan masuk semasa hari perdagangan
Waktu: 10.00 – 5.00 petang

24 - 25 Mac 2017 l Jumaat – Sabtu
Dibuka kepada pelawat awam
Bayaran Masuk: RM10 seorang/sehari
Masuk Percuma untuk pelawat berumur di bawah 18 tahun, warga emas dan OKU.
Waktu Pameran Statik Aeroangkasa: 9.00 – 4.00 petang
Waktu Dewan Mahsuri: 10.00 – 5.00 petang

B) SEGMEN MARITIM - RESORTS WORLD LANGKAWI
21 - 23 Mac 2017 l Selasa – Khamis
Dewan Pameran Maritim dibuka kepada pelawat perdagangan
Bayaran Masuk: RM100 seorang/5 hari
Masuk percuma untuk badan beruniform (tentera & polis)
Waktu Masuk Dewan Maritim: 10.00 – 5.30 petang
Waktu Pameran Statik Maritim & Kapal: 8.00 – 6.30 petang

24 - 25 Mac 2017 l Jumaat – Sabtu
Dewan Pameran Maritim dibuka kepada pelawat awam
Bayaran Masuk: RM10 seorang/sehari
Masuk Percuma untuk pelawat berumur di bawah 18 tahun, warga emas dan OKU.

22 – 25 Mac 2017 l Rabu – Sabtu
Dewan Pameran TLDM, Pameran Statik Maritim & Kapal Perang dibuka kepada pelawat awam.
Masuk Percuma

JADUAL PERTUNJUKAN HARIAN
21 - 23 Mac 2017 l Selasa – Khamis
0800 – 1830 Ships Display
1200 – 1430 Aerial Display
1530 – 1615 Maritime VIP Demo (hari pertama sahaja)
1700 - 1830 Fleet Review (hari ketiga sahaja)

Nota: Satu (1) sesi pertunjukan pada hari pelawat perdagangan

24 - 25 Mac 2017 l Jumaat – Sabtu
0800 – 1830 Ships Display
0900 – 1600 Aircraft Static
1000 – 1200 Aerial Display (I)
1430 – 1630 Aerial Display (II)
1000 – 1200 Boat Demo
1630 – 1730 Maritime Demo

Nota: Dua (2) sesi pertunjukan pada hari pelawat awam

TIKET PAMERAN
1. Tiket masuk boleh dibeli di setiap pintu masuk pameran segmen aeroangkasa (Dewan Mahsuri (MIEC) & segmen maritim (Resorts World Langkawi) mulai 21 Mac 2017.
2. Tiket juga boleh ditempah awal melalui pendaftaran secara online di laman web LIMA. Cetak email pengesahan tempahan dan bawa semasa mendaftar di kaunter.
3. Caj bayaran tiket bergantung kepada tarikh masuk ke tempat pameran.


Maklumat lanjut:
layari laman web www.limaexhibition.com
atau hubungi 03 2011 7233 (waktu pejabat)

Feb 2, 2017

Filem Pendek Sempena Tahun Baru Cina 2017@Tahun Ayam dari Tenaga Nasional Berhad.

Hai korang...

Sempena tahun Baru Cina tahun ini,Eirna ucapkan Gong Xi Fatt Chai buat silent readers Eirna yang berbangsa Cina.Semoga tahun ini @ tahun ayam  memberi banyak keuntugan kepada korang...

Korang nak tahu tak apa yang paling best bila musim perayaan mcm ni? Mesti la filem pendek dalam televisyen....Betul tak?....Korang dah tengok filem pendek dari TNB? 

Jom kita tengok apa yang menariknya filem pendek dari TNB ni..



Dah tengok kan? Penuh maksud yang tersirat dan tersurat kan?

Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan kekeluargaan sesama ahli keluarga.Mahu yang jauh atau dekat.

Tradisi makan besar memang sinonim bagi kaum Cina kerana ahli keluarga yang hadir untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa yang terhidang di atas meja.Bukan senang untuk berkumpul sesama keluarga serta saudara mara bagi merayakan hari perayaan begini.

Dalam filem pendek ini,korang boleh tengok setiap menantu yang ingin menambat hati ibu mertua dengan masakan mereka dan masing-masing menunjukkan kehebatan masing-masing di mana ia menjadi punca pertelingkahan di musim perayaan.Terutama dalam keluarga yang ramai.
Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis,saiz,rasa dan rupa,begitulah juga ahli keluarga kita.

Bak kata pepatah Melayu............Bersatu kita teguh,Bercerai kita roboh.

Kebahagian tercipta apabila kita bersatu hati dan mesra antara satu sama lain.Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.

Table Of Harmony

Sekarang kita main satu permainan pula...iaitu "Table Of Harmony" di mana korang akan mendapat "Mystery Dish"
Jom tengok apa hidangan misteri korang....Ikut arahan di bawah ya....


2. Klik " Unveil Mystery Dishes "


3. Klik " Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table "


 4. Korang pilih mana satu yang korang rasa bersesuaian..
Lepas klik,jawapan yang korang nantikan akan muncul...


Yang ini Eirna punya result....
 Tofu by woman with freckles 
**Lembut tapi tegas dlm buat keputusan..Ya ka? 


Jangan lupa tau join permainan Table Of Harmony ni utk dapatkan Mystery Dishes korang...
Filem tu pun jgn lupa tgk tau...Penuh makna....
Ajak kawan-kawan korang join sekali dan share dlm fb.....



Jan 10, 2017

DRB-HICOM Auto Fest 2017



Bagi korang  yang merancang nak beli kereta atau motosikal baru sempena tahun 2017 ni, jangan lupa singgah di DRB-HICOM Auto Fest 2017 tau..............

Event ni memang diadakan setiap tahun...Kiranya event tahunan DRB-HICOM la....
Selain itu,terdapat juga acara lain seperti penampilan artis,lelongan kereta,trak makanan dan sebagainya...
Cabutan bertuah pun ada tau....Mana la tahu korang bertuah pada hari tu utk dapat sebuah kereta atau motosikal...Kan dah untung....Hehehehe...


11 jenama di bawah kumpulan DRB-HICOM mengambil bahagian seperti Proton,Modenas,Honda,Mitsubishi,Jeep,Audi,Volkswagen,Lotus,TATA,Isuzu dan KYMCO.


DRB-HICOM Auto Fest 2017

Lokasi : 
Kompleks EON,Persiaran Kerjaya,Taman Perindustrian Glenmarie,Seksyen U1,Shah Alam

Tarikh :
14 & 15 Januari 2017

Waktu : 
10 pagi - 6 petang

** Kemudahan pengangkutan dari stesen LRT Glenmarie disediakan.