Sep 27, 2014

Unity Sports Fiesta anjuran Dyslexia Association of Malaysia.


 

Sesiapa yang berada berdekatan,boleh la singgah di sini dulu.Belajar mengenali apa itu Disleksia.Bawa keluarga anda bersama membantu mereka yang istimewa.

Review Produk : Proton Iriz


Semalam saja ja ronda di Village Mall,Sg.Petani selepas bawak 2 Q makan.Kebetulan Proton Edar ada buat showroom kereta model baru iaitu Proton Iriz di ground floor Village Mall..Singgah kejap tengok secara dekat la..Hehehe..Apa lagi Irna dan Mr E pakat belek la Proton Iriz tu..Sebelum ni Irna ada post entry mengenai Proton Iriz ni..

Ni entry tu PROTON IRIZ

Ramai jugak orang datang tengok Proton Iriz ni secara dekat model ni...Jom kita layan pic yang Irna sempat ambik..Yang ada kat situ cuma Proton Iriz Standard 1.3cc ja.Harga dalam lebih kurang RM42k.

Pendapat Irna mengenai Proton Iriz ni ia model yang nampak elegen.
 1. Macam model Perodua Myvi.Tapi versi Proton la.
2. Ruang dalaman nampak selesa cuma tempat duduk belakang nampak sempit sikit.
3. Bonet luas juga.
4. Warna pun menarik tapi Irna lagi suka warna hijau pucuk pisang tu.
5. Mampu milik.
6. Sesuai untuk orang muda zaman sekarang.
7. Menepati citarasa dengan harga yang berpatutan.

Sori yerk..Pic tak cantik sebab pakai kamera My Tab ja..Cap Itik..

 Dari depan memang nampak cantik.High class...

Design lampu depan nampak sporty.




Mesin Deposit Syiling


Bank Negara memperkenalkan Mesin Deposit Syiling di seluruh negara iaitu bank-bank tempatan,pasaraya dan cawangan Tabung Haji.Pengguna boleh mendepositkan syiling terus masuk ke akaun menggunakan mesin yang sama.Senang kan?


Bawah ni contoh mesin deposit syiling dari CIMB.

 
1. Sebelum tu pastikan anda ada akaun bank CIMB ya..
Masukkan duit syiling anda ke dalam tempat khas yang disediakan untuk dikira jumlahnya.
 
 
2. Satu paparan jumlah keseluruhan syiling akan keluar di skrin.

http://3.bp.blogspot.com/-s1Pb2OLAVq8/VCPTYcu0olI/AAAAAAAAQmo/6CY5jKIq5y4/s1600/IMG_18470012028323.jpeg 
 3. Resit akan dikeluarkan untuk rujukan anda.Jumlah keseluruhan syiling terus dikreditkan ke akaun simpanan anda.


Senang kan?Mudah dan cepat..Tak payah beratur di kaunter.

# Nak tahu bank tempatan lain yang menyediakan kemudahan ini,klik link di bawah.