Aug 15, 2014

Kucing Bengal

 

 
 
Pernah dengar tak Kucing Bengal? Sejak kebelakangan ni banyak permintaan untuk kucing spesis Bengal ni..Irna tengok pun geram..Comel..

ASAL USUL KUCING BENGAL

Kucing Bengal adalah breed kucing domestik bertompok yang amat istimewa. Breed ni terhasil daripada kacukan silang breed lain seperti Abyssinian,American Shorthair,Burma atau Egyptian Mau dan Asian Leopard Cat.

Kucing Bengal adalah kucing yang penyayang,sangat mengasihi dan suka berkawan di samping mengekalkan ciri unik keluarga liarnya.Kucing Bengal ini bersaiz sederhana dan besar berbanding kucing shorthair yang lain.Kucing Bengal juga mempunyai tubuh berotot dan susuk tubuh yang panjang yang menampakkan tubuh badannya lebih besar.Ianya sangat aktif dan sentiasa bersedia untuk main.Kucing Bengal juga amat sukakan air...

Kucing Bengal terkenal dan dikenali melalui bulunya yang pendek dan mempunyai corak yang unik.Bengal terdiri daripada 2 corak bulu iaitu berbintik-bintik atau bertompok dan corak seperti corak batu marmar.


 

 
Corak Bertompok



 
 
 Corak Marble

 Kucing Bengal mempunyai nilai harga yang tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.Banyak pencinta kucing sanggup membelinya dengan harga yang tinggi kerana bulunya yang unik dan besar.
 

Website : TimeOut Penang,The Insider Guide to Penang

 
 
 

Website TimeOut Penang adalah panduan lengkap yang sesuai utk mereka yang ingin bercuti di Pulau Mutiara ini.

Ianya lengkap dengan berbagai maklumat yang anda perlu iaitu hotel,tempat menarik,hiburan,makanan,tempat membeli-belah,spa dan sebagainya.Ia juga mempunyai aplikasi utk telefon bimbit anda.


 
Assam Laksa
Nasi Kandar Beratur

Tap the humid weather with a refreshing Ais Tingkap
Ais Tingkap

Get up close to the Peranakan culture through delicious Nyonya food 
Masakan Peranakan Baba Nyonya
 

 Bukit Bendera

 
Batu Feringghi

Terdapat pelbagai maklumat mengenai tempat penginapan samada hotel,homestay,dorm dan sebagainya.
 
Photo by Queen's Hostel
Queen's Hostel ni khas utk perempuan sahaja.

 
Pedal Inn ni khas utk pelancong berbasikal atau bermotor..Keistimewaan tempat ni ialah ada tempat khas untuk menyimpan basikal atau motosikal,pusat servis basikal,kedai aksesori basikal..

Klik link di bawah utk tahu apa lagi yang menarik