Jan 20, 2016

Movie Review : Mat Moto : Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit


Filem ini mengisahkan tentang perjalanan mat moto dalam berkongsi minat sukan permotoran yang sering disalah tafsir oleh masyarakat zaman sekarang. Ia juga memaparkan pengembaraan mat moto di seluruh pelusuk Malaysia dalam mencari erti persahabatan dan keseronokan berkongsi minat yang sama.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2016
Genre: Aksi / Drama
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: SKOP PRODUCTION
Pelakon: Pekin Ibrahim, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Cat Farish
Pengarah: Pekin Ibrahim
Format: 2D


Hari Isnin lepas,saja ja ajak Mr E dating..Tengok wayang...Macam muda-muda dulu...Dah lama tak tengok wayang sejak ada anak ni.
So lokasi yang dipilih untuk tengok wayang kali ni ialah MBO Central Square,Sg.Petani.Saja merasa panggung baru..Mr E yang pilih kali ni..Filem Mat Moto : Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit.

Disebabkan kami berdua kerja kat kilang buat motor,memang sesuai la kami pilih filem ni..Boleh macam tu?Hehehe...

Review : 
Filem ni mengisahkan tentang Al (Pekin) ,seorang mat moto yang ada bengkel moto sendiri yang mencari helmet "rare" demi memenuhi impian kawan baiknya ( Zul Huzaimi ) yang mati akibat dipukul oleh orang ramai akibat salahfahaman.
Al mengembara ke empat buah negeri demi misi tersebut dengan ditemani seorang gadis (x ingat nama apa) sebagai PA dia sepanjang pemgembaraan.
Al bukan sahaja mencari helmet "rare" malah dia ingin memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa mat moto bukan seperti mat rempit zaman sekarang.Al juga turut mencari orang yang menyebabkannya kehilangan sahabat baiknya itu.
Filem ni ada unsur-unsur keagamaan dan komedi .Tak seperti filem-filem sebelum ni yang banyak unsur-unsur keganasan.
Yang bestnya dalam filem ni ialah penampilan pelakon-pelakon lama seperti Rosyam Nor dan Faizal Hussin.
Taiko lama tu..

Nak tahu lagi pasal filem ni,kena la korang tengok sendiri ya...
Eirna bagi 4 bintang untuk filem ni.......

Ni trailer untuk filem Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit