Nov 22, 2019

McDonald's sumbang lebih RM569,000 untuk bantu golongan memerlukan di Kedah.


SUNGAI PETANI, 18 November 2019 – Lebih RM560,000 disampaikan oleh McDonald’s Malaysia
melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah. Ini
adalah inisiatif oleh syarikat khidmat segera terkemuka tersebut bagi memberi manfaat kepada
golongan kurang berkemampuan di seluruh negara.
Penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah kali ini diadakan di restoran
terbaharu McDonald’s di negeri ini, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya di Sungai Petani, Kedah.
 
Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan termasuklah pembayaran zakat perniagaan
McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN
McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari
keluarga berpendapatan rendah. 

Membantu golongan masyarakat yang memerlukan merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia.
Program Komuniti McDonald’s mengetengahkan komitmen kami dalam melaksanakan aktiviti-aktivitikemasyarakatan di seluruh negara di bawah tanggungjawab sosial korporat syarikat” kata AzmirJaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.Dengan pembukaan restoran terbaharu kami di Kedah ini, kami dapat terus menyumbang kepada
ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan dan pembangunan bakat. Pada masa sama ia
membolehkan syarikat mendekati dan membantu lebih ramai golongan masyarakat yang memerlukan
melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan yang dianjurkan di sekitar lokasi restoran, tambah Azmir
yang juga Presiden RMHC Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan
McDonald’s Malaysia. 





 YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis hari ini.
“Melalui Bajet Kedah 2020, kerajaan negeri Kedah menitikberatkan nasib golongan kurang bernasib
baik di negeri ini dengan peruntukan lebih RM4 juta yang melibatkan pelbagai usaha membasmi
kemiskinan dan projek pembangunan sosial,” kata Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz, Menteri Besar Kedah.
“Saya melihat setiap usaha yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia di negeri ini sebagai
komitmen yang mantap kearah meningkatkan sosio-ekonomi negeri Kedah. Program Komuniti yang
dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji, demi manfaat masyarakat secara menyeluruh,”
tambah YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir.


Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia


 
McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Kedah untuk tahun 2019 dengan
bayaran zakat berjumlah RM101,000. McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat
Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti
perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

" Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama
untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat
yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn
Pte. Ltd. iaitu sebuah syarikat di bawah Reza Group dari Arab Saudi, "kata Azmir.
 

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s


  
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan
industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 
30 peratus kelas teori di bilik darjah.
Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD),
Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan
piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda
negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Kedah untuk menyertai program latihan
kami ini. Diharap melalui program ini, individu terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan
untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan
status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.
Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada
golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program
ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan
insurans, serta makanan percuma sepanjang mengikuti latihan.
 

 Program “Kembali ke Sekolah”



1,680 kanak-kanak dari 56 sekolah di seluruh negeri Kedah menerima pek “Kembali ke Sekolah”
tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's
Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober
lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi
membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan
miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.
 
Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah,
sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.
 
 
Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke
Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula
menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan
sebanyak RM1.2 juta.

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat
membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysiadi talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.


...............................................................................................................................................................


Latarbelakang McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan
restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang
37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta
pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia
mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan
mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat
lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.
Latarbelakang RMHC

RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan
keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang
mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.
RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan
Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Giftof Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. 

Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan jugatajaan serta sumbangan dari rakan korporat. 
Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari
https://rmhc-malaysia.my/

Nov 18, 2019

Zakat@FAMILY khas buat keluarga Muslim di Selangor dari Lembaga Zakat Selangor

Assalamualaikum semua.Lama Eirna tak bercelotoh dlm blog ni.Kali ni Eirna nak kongsi satu info terbaru dari Lembaga Zakat Selangor berkenaan dengan Zakat@FAMILY.

Korang mesti dah sinonim dengan bab zakat ni kan terutama zakat pendapatan dan zakat fitrah.Itu yg selalu kita dah amalkan.Sekarang Eirna nak terangkan serba sedikit Zakat@FAMILY.

PENGENALAN KEMPEN ZAKAT@FAMILY

Zakat@FAMILY merupakan satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawab dlm sesebuah keluarga.Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga,penjaga atau wali utk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sesebuah institusi kekeluarga Muslim di Selangor.

TUJUAN KEMPEN ZAKAT@FAMILY

  1. Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.
  2. Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya.
  3. LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.
  4. Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.

OBJEKTIF KEMPEN ZAKAT@FAMILY

  1. Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka.
  2. Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.
  3. Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).

KAEDAH DAN TANGGUNGJAWAB

Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :
  • Diri Sendiri
  • Pasangan
  • Tanggungan 
  • Individu di bawah jagaan
Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.

           

          


KLIK SINI utk pengiraan kalkulator zakat 

Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.

Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :

Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :



FAX PELAKSANAAN TAKSIRAN DAN BAYARAN ZAKAT@FAMILY
_______________________________________

SOALAN 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan “Zakat@FAMILY” ?

JAWAPAN : Zakat@FAMILY adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih dibawah tanggungan atau di bawah jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di negeri Selangor.


SOALAN 2 : Apakah dalil yang menerangkan keperluan pelaksanaan “Zakat@FAMILY” ?

JAWAPAN : Firman Allah SWT, 
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا
 مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang kasar, bengis (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap (setia) melaksanakan segala yang diperintahkan.
(Surah al-Tahrim: 6)


SOALAN 3 : Apakah hukum melaksanakan tuntutan “Zakat@FAMILY” ?

JAWAPAN :Hukum melunaskan zakat adalah wajib bagi individu yang mempunyai lebihan harta mengikut syarat dan kadar yang tertentu. Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab dan amanah terhadap ketua sesebuah keluarga dalam memastikan pelaksanaan zakat dilaksanakan tanpa terkecuali bersesuaian dengan firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Tahrim ayat 6, yang menerangkan tentang peringatan kepada ketua keluarga agar memelihara diri dan keluarga dari menjadi bahan bakar api neraka.

SOALAN 4 : Bagaimanakan kaedah kiraan zakat melalui taksiran “Zakat@FAMILY” ?

JAWAPAN : Kaedah kiraan dan taksiran Zakat@FAMILY adalah seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor melalui penggunaan  “Borang Taksiran Zakat Harta Individu” dengan tambahan butiran jumlah harta tanggungan masing-masing (pasangan, ibu, bapa & anak-anak) seperti berikut :

(upload borang i-TAZ terkini dengan tambahan ruang bagi taksiran Zakat@FAMILY disini)



SOALAN 5 : Saya menjaga adik saya berumur 35 tahun yang mempunyai masalah kesihatan (down syndrom). Adik saya mewarisi duit sebanyak RM20 ribu daripada arwah bapa saya. Adakah adik saya wajib membayar zakat dan bagaimanakah urusan pembayarannya ?

JAWAPAN :Zakat diwajibkan ke atas adiknya kerana dia adalah pemilik sempurna bagi harta tersebut. Walaubagaimanapun, sebagai dakwah dan memenuhi tuntutan berzakat, menjadi tanggungjawab abang sebagai penjaga untuk membuat taksiran dan pembayaran zakat mewakili adiknya melalui kaedah Zakat@FAMILY. 
______________________________________

Tak susah pun nak faham mengenai kempen Zakat@FAMILY ni.Kena rajin membaca dan buat kajian sikit utk tahu lebih lanjut.Semoga dengan pelaksanaan kempen dan promosi yang dirancang dan dijalankan nanti akan dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor. 

Melalui pendekatan ini juga diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. In shaa Allah.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Zakat@FAMILY ini,korang boleh layari laman web dan media sosial Lembaga Zakat Selangor

Laman Web :
 LEMBAGA ZAKAT SELANGOR


Instagram
@zakatselangor

Oct 22, 2019

#SUNWAYFORGOOD Program Deepavali Cheer Menceriakan 900 pelajar kurang berkemampuan di Lost World Tambun,Perak.

Baru-baru ini,Sunway Group melancarkan Program Deepavali Cheer untuk memberikan keseronokan kepada 900 pelajar sekolah di Perak yang kurang berkemampuan
di Lost World Tambun sempena perayaan Deepavali yang akan datang.
 Selalunya, dalam perayaan, ramai yang meraikan festival ini dengan penuh
kegembiraan, makanan yang sedap dan berkumpul ahli keluarga. Namun
suasana ini kadangkala tidak dirasai oleh masyarakat yang kurang 
berkemampuan terutama yang ada di masyarakat B40. Oleh sebab tu, Sunway 
group membuat program ini supaya dapat memberikan senyuman kepada mereka
 yang memerlukan. 
 

Selain membawa senyuman kepada kanak-kanak yg kurang berkemampuan ini, program ini juga 
bertujuan untuk memastikan masa depan jangka panjang kanak-kanak melalui pendidikan.Program #sunwayforgood Deepavali
Cheer juga turut membuat lawatan pendidikan di Lost World of Tambun,pengedaran bekalan sekolah, 
menaiktaraf perpustakaan sekolah dan induksi program Bantuan Literasi ICT. 
  
Program #sunwayforgood Deepavali Cheer yang disokong oleh EXCO Perak
Pejabat Ahli, Jabatan Pelajaran Perak, dan rakan seangkatannya
direka sebagai tindak balas segera terhadap kajian yang menunjukkan walaupun ada
penurunan kadar keciciran dari 0.35% pada 2016 kepada 0.29% pada tahun 2017, penurunan tertinggi
kadarnya terdiri daripada kanak-kanak dari kumpulan B40 kerana ketidakupayaan ibu bapa mereka untuk membayar
perbelanjaan sekolah.
  
 Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Perak, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Negara 
dan Sumber Manusia dan Adun Sungkai YB Sivanesan
Achalingam yang hadir di majlis itu turut memuji inisiatif Sunway Group untuk membantu golongan 
B40 di negeri Perak.
"Kerajaan Perak telah mengambil beberapa langkah positif seperti pengenalan
Kad Prihatin Perak, pengembangan projek pertanian masyarakat,
rebat pada bil elektrik, air percuma dan sesi latihan untuk usahawan industri kecil dan sederhana untuk membantu
 kumpulan B40 mengurangkan beban mereka. Inisiatif Sunway Group sangat penting kerana ia dapat membantu anak-anak dan keluarga 
mereka memecahkan kitaran kemiskinan dengan memastikan anak-anak mereka menerima pendidikan yang selayaknya.  
Pengarah Eksekutif Sunway City Ipoh, Wong Wan Wooi berkata keseluruhan inisiatif itu
diselaraskan oleh Sunway Group kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang bertujuan untuk pembangunan yang saksama tanpa
meninggalkan sesiapa sahaja di belakang.
 
 Pengasas dan pengerusi  Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah percaya bahawa pendidikan menawarkan
laluan terbaik dari kemiskinan. Kami berharap dengan bantuan kepada pelajar dari kumpulan B40 dengan menyediakan 
keperluan sekolah mereka,para pelajar akan bersemangat untuk meneruskan pendidikan untuk masa depan semakin cerah. 
Inisiatif Program #Sunwayforgood  telah mencecah 40,000 penerima, dan berharap dapat
menjangkau 50,000 penerima pada penghujung tahun ini. "
 
Pendidikan Perlancongan di Lost World Tambun
 
Program ini dilancarkan pada 13 Oktober di mana 160 kanak-kanak sekolah dari
pelbagai sekolah termasuk SJK (T) Klebang, SJK (T) Ladang Chemor, SJK (T) Kg
Simee, dan SJK (T) Ladang Strathisla telah dijemput untuk lawatan pendidikan di Lost
World Tambun untuk belajar tentang pelbagai haiwan di dalam zoo serta bagaimana untuk
membina terrariums.
 
 
  
 
 
 
Selain peluang belajar, para pelajar juga dijamukan dengan hidangan tengahari mewah  di Hotel Lost World. 
Semasa majlis makan tengah hari berlangsung, pelajar menerima bekalan sekolah termasuk beg sekolah, alat tulis, 
bekas makanan dan minuman,multivitamin, ubat gigi,cecair kumur  dan sabun mesra alam oleh Sunway Hotels & Resorts dari 
Wong Wan Wooi dan YB Sivanesan Achalingam. 
  
  
 
 
Inisiatif Kembali ke Sekolah
 
Sunway Group akan meneruskan program #sunwayforgood Deepavali Cheer dengan
pengagihan bekalan sekolah pada 14 Oktober kepada 740 pelajar lain di SJK (T)
Klebang, SJK (T) Ladang Chemor dan SJK (T) Kg Simee.
Sumbangan adalah sama dengan sumbangan sehari sebelum ini. Ia termasuk sekolah
beg, alat tulis, bekas air dan makanan, multivitamin, ubatgigi, cecair kumur
dan sabun mesra alam dari sumbangan Soapful oleh
Hotel Sunway & Resorts. 
  
 
 
 
 
Soapful adalah inisiatif lestari Sunway Hotels & Resorts yang menumbuhkan bar suntikan yang digunakan dari hotelnya. Bar sabun yang dikitar semula kemudiannya diagihkan kepada benefisiari terpilih untuk kegunaan peribadi mereka dan juga dijual sebagai sebahagian daripada program perusahaan sosial mereka di jualan amal, pasaran komuniti dan platform sosial yang lain. Projek yang dilancarkan secara rasmi pada 5 Disember 2018 adalah kerjasama dengan pelbagai rakan kongsi projek - Ecolab Sdn Bhd, Kinder Soaps Sdn Bhd dan Komuniti Belia Selangor (SAY).
 
R.E.A.D. Program

Kumpulan Sunway akan memulakan Sunway R.E.A.D (Reading Enhances
Program Aspiration and Drive) di mana perpustakaan sekolah SJK (T) Klebang akan 
diperbaharui. Selain daripada pengubahsuaian, Sunway Group juga turut
melengkapi perpustakaan dengan buku-buku yang diperlukan untuk tujuan pendidikan.
Kumpulan Sunway melancarkan kempen sumbangan buku mereka bulan lepas dengan Friends of
Manusia. Buku dikumpulkan di premis Sunway terpilih di seluruh negara dan
buku akan diberikan kepada perpustakaan sekolah.
 
Program Bantuan Literasi ICT
 
Sebagai sebahagian daripada #sunwayforgood inisiatif jangka panjang untuk menjadikan pendidikan dapat 
diakses pelajar yang layak di negara ini, akan memulakan program Bantuan Literasi ICT di Malaysia
tahun 2020. Program ini akan memberi tumpuan kepada pembelajaran digital, di mana pelajar diajar
asas teknologi maklumat dan kemahiran pengaturcaraan.

Video Deepavali
 
Untuk menyebarkan keseronokan perayaan Deepavali, Kumpulan Sunway telah mengeluarkan satu
Video Deepavali. Di negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, setiap perayaan disambut oleh
semua rakyat Malaysia. Video ini memaparkan kepentingan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, dan
bagaimana kita dapat menghargai dan merangkul keunikan dan perbezaan budaya kita.
 
 Jom rebut peluang untuk memenangi paket Deepavali dengan menonton video dan menjawab
soalan dalam pautan di bawah:
https://www.facebook.com/166738750044444/posts/2772232512828375/ 
 
## Tahniah buat Sunway Group atas kempen yang dilakukan dan semoga ia akan diteruskan lagi di masa hadapan.
 
 

Sep 23, 2019

Mudahnya nak ke KLIA dengan perkhidmatan KLIA Express dan Private Car.



Bestnya kalau dapat bercuti bersama Mr E time sekarang ni sebab Air Asia dan Malaysian Airlines tengah buat promosi tiket murah.Cuba korang bayangkan kalau pergi Langkawi dapat tiket return flight bawah RM50.Murah kan jika dibandingkan pergi dengan kereta atau bas.Baik kita pilih yang jimat dan murah.Tak payah la kena menghadap traffic jam atas jalan raya tu.
Transport nak ke airport pun kena kira jugak kan? Nak ke KLIA tu makan masa juga kalau pergi bawa kereta sendiri.Jadi Eirna nak rekomankan 2 jenis transport yang boleh memudahkan korang ke sana.


1. KLIA Express

Eirna pilih KLIA Express ni sebab ianya berbaloi dan menjimatkan masa korang.Nak tahu kat mana boleh dapatkan KLIA Express ticket ni ? Aku suka beli tiket KLIA Express di website Traveloka
kerana ianya cepat dan sentiasa ada diskaun.Hehehehe.Mesti korang heran kan kenapa Eirna suka beli di Traveloka ni?Nanti Eirna ceritakan kenapa ya.Pasti korang pun akan terkejut macam Eirna masa mula-mula explore website Traveloka ni.


Tapi sebelum tu,Eirna nak kongsikan sedikit info kenapa korang perlu pilih perkhidmatan KLIA Express ni utk bawa korang ke KLIA 1 ATAU KLIA 2 atau sebaliknya. Ianya sesuai utk korang yang travel secara solo atau couple.KLIA Express merupakan pilihan yang tepat kerana :-

1. Masa perjalanan yg singkat ~ Perjalanan dari KL Sentral ke KLIA atau sebaliknya hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.Korang tak perlu risau tersangkut dengan traffic jam dan sebagainya.Tapi satu benda korang perlu ambil tahu iaitu masa boarding korang.Sekurang-kurangnya sejam sebelum boarding korang tu.

2. Harga tiket yg berbaloi ~ Hanya RM 48 sahaja dan kadang-kadang Traveloka ada buat juga promo 10% lagi. Lagipun waktu perjalanananya cepat dan selesa.Eirna pernah survey harga tiket dan tak silap Eirna  harga tiket di Traveloka lagi murah berbanding beli di kaunter. Harga di kaunter dari RM50 ~ RM55 seorang.Boleh jimat dalam RM10 kat situ.Betul tak?


2. Private Car

Ni lagi satu trasport yang Eirna nak rekomenkan kat korang iaitu Private Car.Lebih kurang macam Grab atau Uber juga.Eirna pun gunakan Traveloka utk booking Private Car ke KLIA atau sebaliknya.Macam Eirna beritahu sebelum ni yang Traveloka adalah website yg Woww dan korang boleh jadikan ia macam airport coach korang. Selain boleh tempat tiket KLIA Express kat sini,korang boleh tempah private car mengikut kesesuaian masa korang. Siap boleh ambil korang "door to door" lagi tu. Private Car merupakan pilihan yang tepat di mana ia boleh digunakan pada masa-masa tertentu jika dibandingkan dengan KLIA Express.


1. Boleh naik dalam kumpulan ~ Sekiranya korang pergi travel secara berkumpulan dalam 3-6 orang,ini boleh membantu korang berjimat di mana korang boleh kongsi bayar utk satu kereta.Betul tak? Sebab harga kereta dari RM50 ~ RM200 bergantung kepada jarak,muatan dan jenis kenderaan.

2. Destinasi Jauh dari laluan KLIA Express ~ Jika jarah korang nak ke laluan KLIA Express tu terlalu jauh,lagi bagus korang pilih Private Car di mana ia boleh bawa korang direct terus ke airport atau sebaliknya.Tak payah la kena naik turun pengangkutan awam.Jimat masa korang.

3. Boarding Time ~ Kalau masa boarding korang atau masa korang sampai airport tu tengah malam atau korang tak nak tggu lama kat airport,Private Car adalah pilihan yang tepat sebab ia menawarkan servis 24jam dan korang boleh pilih ikut kesesuaian masa korang tu.


Menarik tak info yang Eirna kongsi ni?? Kedua-dua ni adalah pilihan yang terbaik selain korang drive kereta sendiri dan parking sana.Nak travel,mesti la nak hati rasa tenang.Tak payah fikir benda remeh macam ni.Jimatkan masa dan duit.Berbaloi korang menggunakan Traveloka sebagai medium utk merancang perjalanan korang.Selain airport transfer,korang boleh explore lagi perkhidmatan lain yang ditawarkan di situ. Ingat ya Traveloka membantu korang jimatkan masa dan duit.


Sep 14, 2019

Bagus ka produk Himalaya Women dan Bowel Wellness ni??

Produk kesihatan dah semakin banyak di pasaran sekarang mcm cendawan.Takut jgk nak ambil disebabkan takut ada kesan sampingan yg blh efek pd badan Eirna.Bab Halal pun perlu didtitikberatkan juga.Betul tak? Bab supplemen dan produk kecantikan mmg Eirna ambil berat sangat sbb badan sensitif dgn baham kimia ni.Jadi Eirna cuba cari dua produk supplemen kesihatan yang kawan2 syorkan pada Eirna sejak akhir ni iaitu Women Wellness dan Bowel Wellness dari Himalaya.


Tak susah nak dapatkan supplemen ni tau...Boleh dapatkan di outlet Himalaya dan farmasi Watsons berdekatan korang.Harga?? Tak mahal pun.Cuma RM46.50 shj kalau korang beli di farmasi Watsons.Kalau ada kad ahli Watsons blh dpt lg murah.
Eirna beli kt farmasi Watsons ja.Yg tu sahaja yg ada di Sg.Petani ni.
Jom tengok apa yang bestnya produk dari Himalaya ni.

Women Wellness

Women Wellness ni dapat membantu mengatasi keletihan badan,membantu menyeimbangkan hormon wanita,membantu memulihkan tubuh badan ibu yg baru bersalin serta ibu yg menyusukan anak.
Cara pengambilan : 1@2 tablet 2x sehari
Eirna amalkan supplemen ni utk membantu memulihkan badan Eirna yg kerap sgt letih akhir2 ni.Penat sangat sampai tugas di rumah tergendala.Selain dari itu,Eirna amalkan utk masalah kitaran haid yg tidak menentu..Alhamdulilah,masalah ini semakin berkurangan walaupun x banyak.Badan pun dh x rasa letih mcm dulu.Bab malasah kitaran haid tu kena tggu la ya..Lgpun kena amalkan berterusan.Baru ada kesan yg memuaskan.Betul tak??



Ni supplemen ke-dua Eirna ambil iaitu Bowel Wellness di mana ia membantu menyelesaikan masalah sembelit,membantu aliran usus normal dan menyokong detoksifikasi yang normal kepada usus.
Cara pengambilan: 1@2 tablet 2x sehari.
 Eirna pilih Bowel Wellness ni utk masalah sembelit dan perut yg kerap kembung@sebu disebabkan gaya pemakanan yg kurang sihat.Hahahhaha...Semua benda pakat bedal ja..Tambah plak Mr E selalu ajak cari port makan baru..Sorry ya Mr E..
Alhamdulilah,masalah sembelit dh kurang dan perut pun dh tak kembung mcm selalu.Kalau tak,asyik merungut ja malam2 masa nk tidur tu..Merungut tak sedap perut.

Utk pengetahuan korang,produk dari Himalaya Wellness ni adalah produk Halal dan diperbuat daripada sumber tumbuhan.Tidak mengandungi bahan pengawet dan sumber dari haiwan.
Untuk maklumat lebih lanjut :-

Website Himalaya : Himalaya
Instagram: @HimalayaMalaysia








Jul 12, 2019

Perut Kenyang dengan Surya S Great Grain.


Habis sahaja Ramadhan,tiba la pula hari Raya Aidilfitri.Macam-macam menu Raya terhidang dan dijamah oleh Eirna sepanjang raya ni.Dikatakan setiap rumah saudara-mara yang Eirna kunjung,mesti nak rasa juga hidangan diaorang hidang..Pelik juga raya kali ni...Hahahahaha....

Baru setengah bulan Syawal,hati dah rasa tak senang sebab tengok diri sendiri depan cermin "ajaib" kat rumah..Terkejut tengok perut sendiri dah naik berisi balik macam dulu gara-gara tak pantang makan masa raya baru ni.Padan muka aku !!!! Membebal la depan cermin tu sambil pegang perut tu....Dalam hati dok bisik..."Nak kena kurangkan makan ni nampak gayanya...."

Makan plak tak boleh skip sebab ada gastrik.Tak sanggup nak tahan bab sakit gastrik ni.Fikir punya fikir sambil pegang kepala sendiri,tiba-tiba terpandang  pek Surya S Great Grain atas laci dapur.Mungkin minuman multi-bijirin ni boleh tolong sebab ada semua bahan istimewa yang bagus utk badan dan sesuai utk diet.


5 jenis bahan istimewa yg Eirna katakan tu ialah Buah Zaitun,Madu,Buah Ara,Buah Delima dan Habbatus Sauda.Berkhasiat tau semua bahan istimewa ni.Ia mempunyai kandungan protein yang tinggi dan sumber serabut diet.

Eirna cuba bawa 2@3 paket Surya S Great Grain ke office utk "spare food" jika Eirna sibuk dan x sempat makan di office.


Satu mug Surya S Great Grain ni kalau dibancuh,baunya betul menyusuk hidung dan mampu membuat korang kenyang perut bila menikmatinya. Yang paling penting,ianya dijamin HALAL dan tiada bahan pengawet.Jadi korang boleh guna tanpa rasa was-was.
Kalau nak tahu betul ka tak apa yang Eirna membebel ni,korang kena beli dan cuba.Baru tahu ianya berkesan atau tidak.
Korang boleh dapatkan produk ni di semua cawangan Watsons,Butik Himalaya,farmasi terpilih atau Shopee.

Nak tahu lebih lanjut mengenai produk ni,korang leh cari di link di bawah ni.



Jun 14, 2019

Surya S Great Grain : Minuman Multi-Bijirin Sihat utk Semua Golongan Umur


 Untuk kekal sihat dan bertenaga,kita mestilah amalkan cara pemakanan yang sihat dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan bebas dari sebarang bahan kimia.Tambahan pula semasa bulan Ramadhan dengan keadaan cuaca yg tak menentu sekarang ni.
Sejak akhir-akhir ni,Eirna pula kerap tak sihat.Selalu sangat demam panas.Naik takut jugak dibuatnya.Maklum la dah makin "tua".Badan dah naik lemau. Tak ada tenaga nak uruskan aktiviti harian di rumah dan kt tempat kerja.

Kebetulan Eirna ada terpandang gambar produk terbaru dari instagram Surya Malaysia.Lagipun sebelum ni Eirna memang selalu beli produk-produk dari Surya Malaysia.Contohnya Apple Cider Vinegar dan Lychee Clorophyl..Bagus jgk produk ni sebab Mr E dan anak-anak suka gunakannya.
Tapi kali ni produk baru tu lain sikit.Bagus utk seisi keluarga dan ianya mempunyai kandungan protein yang tinggi dan sumber serabut diet.Sesuai sgt la utk korang yang nak diet bulan Ramadhan ni..Nak pakai baju yg cutting baik punya.Hahahahahaha.Yang paling penting,minuman ni boleh tolong bekalkan tenaga utk badan kita.
Surya Malaysia mengeluarkan satu produk minuman mulit-bijirin yang bagus untuk kesihatan iaitu Surya S Great Grain dimana ianya mengandungi 18 jenis multi bijirin [ beras merah,kacang merah,kacang hijau,benih coix,biji bunga teratai,biji rami,beras perang,jagung,sekoi,kacang soya,gandum,bijan hitam,kacang walnut,kernel aprikot,kacang hitam,benih chia dan beras pulut ] + 5 makanan sunnah [ Habbatus sauda,Zaitun,Delima,Buah Tin dan Madu ].


 Tambahan pula makanan sunnah ni susah nak cari di kedai biasa.Hanya kedai tertentu sahaja yg jual dan harganya pun boleh tahan juga mahalnya.Tapi dengan adanya produk Surya S Great Grain ni,korang tak perlu risau la.

Untuk pengetahuan korang ,Surya S Great Grain ada 15 pek kecil (30gm)  dimana korang boleh la bawa ke mana sahaja dalam beg tangan korang tu.Mana la tahu sibuk dengan kerja dan tak sempat nak makan.Boleh la lapik perut dengan minuman bijirin ni.


Mesti terpikir kan pasal rasa Surya S Great Grain ni?? Kalau tanya Eirna bab rasa ni,rasa dia macam minum air kanji@beras dan bau dia pun sama la.Warnanya pula kaler pink tau!!!! Jangan terkejut pulak nanti.Nasib la tekak Eirna ni boleh terima minuman ni.
 
 
Bagi korang yg nak cuba produk ni,ianya ada dijual di semua cawangan Watsons,butik Himalaya,farmasi terpilih dan juga Shopee. Harga pun berpatutan,cuma RM39.90 shj.Segala info lanjut mengenai produk Surya Malaysia ni,boleh refer link kt bawah ni ya!!

Facebook : https://www.facebook.com/Surya.malaysia
Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia
Shopee : http://bit.ly/SGGShopee







Apr 15, 2019

Liang Pori Dah Mengecil dengan Annona Vitamin C Serum.

Masalah liang pori terbuka merupakan masalah yang selalu dialami oleh kita semua terutama kaum perempuan.Pantang nampak ja masalah ni terus cari cara macamana nak atasi masalah ni daripada berulang..Nampak buruk tau bila tengok balik dalam cermin linag pori kita ni terbuka luas.Macam kawah gunung berapi.


Dalam banyak produk yang Eirna cuba,Annona Vitamin C Serum yang boleh tolong Eirna atasi masalah ni..Best sebab ianya 10x ganda Vitamin C dan tak melekit bila sapu pada kulit muka kita.
Serum dari Annona ni banyak membantu dalam memperbaiki struktur kulit muka dengan lebih cepat terutama kulit muka Eirna yang ada anak 3 ni.


Ia juga membantu menanggalkan kulit atau sel mati dan menyihatkan kulit supaya sentiasa sihat bermaya dan tak kusam terutama masalah jeragat atau sun burn.


Nak pakai pun x susah. Guna 2 kali sehari iatu setiap pagi selepas mandi dan malam sebelum tidur.Kena amalkan dengan konsisten untuk dapatkan hasil yang kita mahu.
Nak tahu tak lama mana serum ni korang boleh pakai????
Tahan 2 bulan  untuk satu botol....Untungkan kan?


 

Jom kita tengok video cara pengunaan Annona Vitamin C Serum ni.

 


Untuk maklumat lanjut :



 



Feb 28, 2019

REVIEW : Annona Vitamin C Serum.

 

Ingat tak sebelum ni Eirna ada up entry pasal Vitamin C ? Yang guna Flvattes tu..Eirna memang amalkan pengambilan Flavettes tu sampai sekarang sbb ada kesannya.Hehehehehe...Tak sia-sia cuba jenama tu..Tapi kali ni bukan nak cerita pasal Flavettes tau tapi produk lain...Masih sangkut juga dengan Vitamin C ni.

Produk yang Eirna nak promote kali ni ialah Vitamin C Serum dari Annona.Sebenarnya produk dari Annona ni dah lama dalam pasaran Malaysia ni..Kebetulan pula ada billboard besar pasal produk ni area Sg.Petani.Lagi sahih la apa yang Eirna tahu sebelum ni.

Sebelum nak cerita lebih lanjut pasal produk Annona ni,Eirna nak beritahu korang yang sebenarnya Vitamin C penting sangat utk tubuh badan kita.Merangkap dari hujung kepala hingga ke hujung jari la..Terutama kulit wajah kita ni.


Bukan senang nak merawat kulit muka yang terdedah dengan pelbagai radiasi ni.Sebab itu serum dicipta untuk membantu masalah ini.Nak tahu apa bestnya Annona Vitamin C Serum ni ?
 

 
Kelebihan Annona Vitamin C Serum ni ialah ia mempunyai 10x ganda Vitamin C dan ia akan memberikan kesan yang lebih pantas berbanding biasa. Cuma guna beberapa titis sahaja.
Ia tiada campuran alkohol,pewarna dan pewangi tiruan dan tanpa Paraben.
Serum ni juga mendapat kelulusan dari KKM tau!!


Ia diperbuat daripada air dan tidak melekit jika digunakan pada kulit wajah korang.
Yang paling best,serum ni boleh tahan sampai 2 bulan tau..JIMAT duit kan????
    

Vitamin C
  • Mencegah dan memperbaikin sel kulit yang rosak akibat jerawat,sinaran matahari dan kosmetik beracun.
  • Memberikan kesan cerah yang sekata.
  • Mengurangkan tompok hitam pada kulit.
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Meransang penghasilan kolagen secara semulajadi.

Asid Hyaluronik
  •  Memelihara kelembapan kulit
  • Mmebuat kulit lebih licin,halus dan anjal.

Ekstrak Akar Pokok Peony
  • Bersifat anti radang dan membantu mengurangkan sensitiviti pada kulit.
  • Menaikkan seri wajah. 

Glutathione
  • Digelar"Mother of AntiOxidant" kerana kuasa anti oksidannya yang sangat kuat dan mampu mencerahkan kulit kusam.
  • Memudarkan parut.
  • Menghaluskan dan mengecilkan liang pori
  • Mengawal masalah kulit yang berjerawat.

Ekstrak Daun Saxifraga
  • Mmepunyai kesan pencerahan pada kulit.
  • Bersifat astringent iaitu mengetatkan liang pori yang besar.

Ekstrak Akar Pokok Skullcap
  • Melembapkan kulit.
  • Melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV.
  • Membantu meredakan kulit yang sensitif.

Ekstrak Buah Delima
  • Melawan penuaan dan sebagai anti kedut.

Harga - RM39/5ML & RM90/15ml





HOTLINE : 010-8424243