Bestnya kalau dapat bercuti bersama Mr E time sekarang ni sebab Air Asia dan Malaysian Airlines tengah buat promosi tiket murah.Cuba korang bayangkan kalau pergi Langkawi dapat tiket return flight bawah RM50.Murah kan jika dibandingkan pergi dengan kereta atau bas.Baik kita pilih yang jimat dan murah.Tak payah la kena menghadap traffic jam atas jalan raya tu.
Transport nak ke airport pun kena kira jugak kan? Nak ke KLIA tu makan masa juga kalau pergi bawa kereta sendiri.Jadi Eirna nak rekomankan 2 jenis transport yang boleh memudahkan korang ke sana.
1. KLIA Express
Eirna pilih KLIA Express ni sebab ianya berbaloi dan menjimatkan masa korang.Nak tahu kat mana boleh dapatkan KLIA Express ticket ni ? Aku suka beli tiket KLIA Express di website Traveloka
kerana ianya cepat dan sentiasa ada diskaun.Hehehehe.Mesti korang heran kan kenapa Eirna suka beli di Traveloka ni?Nanti Eirna ceritakan kenapa ya.Pasti korang pun akan terkejut macam Eirna masa mula-mula explore website Traveloka ni.
Tapi sebelum tu,Eirna nak kongsikan sedikit info kenapa korang perlu pilih perkhidmatan KLIA Express ni utk bawa korang ke KLIA 1 ATAU KLIA 2 atau sebaliknya. Ianya sesuai utk korang yang travel secara solo atau couple.KLIA Express merupakan pilihan yang tepat kerana :-
1. Masa perjalanan yg singkat ~ Perjalanan dari KL Sentral ke KLIA atau sebaliknya hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.Korang tak perlu risau tersangkut dengan traffic jam dan sebagainya.Tapi satu benda korang perlu ambil tahu iaitu masa boarding korang.Sekurang-kurangnya sejam sebelum boarding korang tu.
2. Harga tiket yg berbaloi ~ Hanya RM 48 sahaja dan kadang-kadang Traveloka ada buat juga promo 10% lagi. Lagipun waktu perjalanananya cepat dan selesa.Eirna pernah survey harga tiket dan tak silap Eirna harga tiket di Traveloka lagi murah berbanding beli di kaunter. Harga di kaunter dari RM50 ~ RM55 seorang.Boleh jimat dalam RM10 kat situ.Betul tak?
2. Private Car
Ni lagi satu trasport yang Eirna nak rekomenkan kat korang iaitu Private Car.Lebih kurang macam Grab atau Uber juga.Eirna pun gunakan Traveloka utk booking Private Car ke KLIA atau sebaliknya.Macam Eirna beritahu sebelum ni yang Traveloka adalah website yg Woww dan korang boleh jadikan ia macam airport coach korang. Selain boleh tempat tiket KLIA Express kat sini,korang boleh tempah private car mengikut kesesuaian masa korang. Siap boleh ambil korang "door to door" lagi tu. Private Car merupakan pilihan yang tepat di mana ia boleh digunakan pada masa-masa tertentu jika dibandingkan dengan KLIA Express.
1. Boleh naik dalam kumpulan ~ Sekiranya korang pergi travel secara berkumpulan dalam 3-6 orang,ini boleh membantu korang berjimat di mana korang boleh kongsi bayar utk satu kereta.Betul tak? Sebab harga kereta dari RM50 ~ RM200 bergantung kepada jarak,muatan dan jenis kenderaan.
2. Destinasi Jauh dari laluan KLIA Express ~ Jika jarah korang nak ke laluan KLIA Express tu terlalu jauh,lagi bagus korang pilih Private Car di mana ia boleh bawa korang direct terus ke airport atau sebaliknya.Tak payah la kena naik turun pengangkutan awam.Jimat masa korang.
3. Boarding Time ~ Kalau masa boarding korang atau masa korang sampai airport tu tengah malam atau korang tak nak tggu lama kat airport,Private Car adalah pilihan yang tepat sebab ia menawarkan servis 24jam dan korang boleh pilih ikut kesesuaian masa korang tu.
Menarik tak info yang Eirna kongsi ni?? Kedua-dua ni adalah pilihan yang terbaik selain korang drive kereta sendiri dan parking sana.Nak travel,mesti la nak hati rasa tenang.Tak payah fikir benda remeh macam ni.Jimatkan masa dan duit.Berbaloi korang menggunakan Traveloka sebagai medium utk merancang perjalanan korang.Selain airport transfer,korang boleh explore lagi perkhidmatan lain yang ditawarkan di situ. Ingat ya Traveloka membantu korang jimatkan masa dan duit.
memang suka guna klia ekspress tu time ke klia lebih mudah
ReplyDeletesangat memudahkan
ReplyDelete