Sep 3, 2020

Review : Bahan Semulajadi dari Koolit Mampu Membantu Masalah Kulit Kering & Sensitif



Bila cakap bab produk penjagaan kulit atau diri ni, memang satu topik yang paling " panas " untuk orang yang mempunyai kulit sensitif atau kering.Besar risikonya kalau tersalah pilih produk yang tak bersesuaian dengan kulit kita tau!! Boleh jadi mimpi ngeri....Heheheheh...

Contohnya,macam Eirna sendiri yang mempunyai kulit sensitif dan mengalami masalah untuk memakai sebarang produk kulit yang semakin banyak di pasaran. Kena buat " research " dulu setiap isi kandungan produk baru boleh beli dan cuba pakai. Dari produk biasa hingga la produk yang mahal atau berjenama ( mahal level low class ja ). Mana boleh tangkap muat ja tau!

Kalau korang nak tahu, masalah kulit Eirna ni, lagi teruk bila musim panas.Memang boleh gatal satu badan sampai luka dibuatnya kalau digaru.Ruam-ruam atau bintik merah akan merebak kalau tak disapu krim khas.Tambahan pula, Eirna selalu ada kerja luar dan kerap berjemur di bawah panas matahari.Memang menitik air mata dibuatnya.


Jadi Eirna nak perkenalkan kepada korang set penjagaan kulit dari Koolit TM di mana ia merupakan satu produk berasaskan bahan semulajadi iaitu ekstrak akar Manis yang mana ianya bertindak sebagai Anti-Radang, memberikan 40x anti oksidan serta mampu mencerahkan kulit.
Kelebihan produk Koolit TM adalah ianya mampu menyerap lebih pantas ke dalam kulit di mana ia akan melambatkan proses kehilangan air epidermis ( TEWL) 20% dalam masa 24 jam.


Produk Koolit merupakan 100% produk buatan Malaysia dan ianya diperakui Halal. Siap ada pensijilan GMP lagi.Jadi korang tak perlu risau atau was-was isi kandungan produk Koolit ni.
Yang paling penting ianya sangat sesuai untuk kulit sensitif dan kulit biasa.Bayi pun boleh guna produk ni.Satu badan boleh guna ~ muka hingga kaki.

Harga?? Mesti la berpatutan dan mampu milik. Bab kualiti tak perli risau dan ianya selamat digunakan.


3 PRODUK KOOLIT TM

Set Koolit ini mempunyai 3 produk utama iaitu Koolit Gentle Body Wash,Koolit Soothing Lotion dan Koolit Calming Cream.


Kempen Jualan 9.9 PG Mall bakal tiba buat Pembeli Online Tegar

 

Assalamualaikum buat semua silent reader Eirna untuk hari ni.

Topik hari ni Eirna nak war-warkan ialah Kempen Jualan 9.9 dari PG Mall yang akan datang tak lama lagi.Mesti korang tak sabar kan nak shopping online pada tarikh tu.Heheheheh.....

Sebelum tu,Eirna nak explain dulu mengenai PG Mall ni dulu kat korang. PG Mall ni sebenarnya ialah platform e-dagang yang pertama di Malaysia sejak dari tahun 2017.Ia juga merupakan platform tempatan yang pertama di Malaysia.Bukan calang-calang juga PG Mall ni tau !

PG Mall menduduki tempat ke-3 bagi platform e-dagang dalam insight iPrice  https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ )

Dengan PG Mall,korang boleh membayar setiap pesanan mengguna e-wallet seperti Touch n Go e-wallet, GrabPay,Boost dan Maybank QRPay.

Selain pembayaran menggunakan e-wallet,korang juga boleh menggunakan payment gateway seperti di bawah ni.Tak perlu bayar tunai.Semuanya hanya di hujung jari.Mudah kan?


Dah tahu kan pasal PG Mall secara ringkas,jadi jom Eirna explain pula kempen yang dikatakan tu.


KEMPEN  JUALAN 9.9 PG MALL


Kempen 9.9 PG Mall ni akan berlansung hanya sehari sahaja iaitu pada 09 September 2020. Korang akan mendapat potongan diskaun 9% bagi pembelian minimum RM50 dimana terhad kepada RM99 sahaja.

Korang juga boleh membeli-belah di PG Mall dalam masa 24 jam flash sale dengan harga yang memang murah gila iaitu serendah RM0.99. Bukan itu ja yang korang boleh dapat. Penghantaran Percuma untuk pembelian minimum RM31 terhad kepada RM4 diaorang bagi..

.Mana nak cari tu korang.Macam-macam diskaun korang boleh dapat di PG Mall ni.

Klik link ni untuk tahu apa yang menarik sempena Kempen 9.9 ni https://pgmall.my/9.9-mega-sale

Eirna pun tak sabar nak shopping perkakas dapur baru untuk dapur kecil Eirna ni.Maklum la skrg ni Eirna dah ada bisnes kecil-kecilan di rumah.Kena tambah la gajet dapur baru untuk mudahkan kerja.

Jangan lupa ya korang untuk grab dan shopping apa yang korang dah idamkan sebelum ni...Selamat Membeli-Belah ya...