Showing posts with label product review. Show all posts
Showing posts with label product review. Show all posts

Oct 25, 2020

Bawa Pulang Kebaikan Apotec Ke Kampung Untuk IbuBapa Tersayang.


 Balik ke kampung adalah aktiviti yang paling dinanti oleh Eirna dan anak-anak.Di kampung la tempat yang sesuai sekali untuk rehatkan minda dari hiruk pikuk hidup di bandar.Tambahan pula,dikelilingi tumbuhan hijau dan bunyi cengkerik.Alangkah indahnya rasa hati...

Setiap kali balik kampung,memang wajib kami sekeluarga bawa pulang buah tangan untuk mertua dan anak dara kami.Selalunya makanan tapi kali ni Eirna bawa pulang beberapa produk supplemen daripada Apotec iaitu Apotec Omega-3 Fish Oil, Apotec Curmex Turmeric dan Apotec Apple Cider Vinegar With Honey.


Dua produk iaitu Omega-3 Fish Oil dan Curmax Turmeric tu khas buat mertua Eirna.Bagus untuk golongan yang berumur untuk amalkan manakala ACV pula untuk Eirna dan Mr E semasa berada di kampung nanti.

Jom Eirna kongsikan kebaikan 3 produk dari Apotec Malaysia ni.


APOTEC OMEGA-3 FISH OIL


Apotec Omega-3 Fish Oil ini mengandungi EPA 650mg dan DHA 260mg bagi setiap kapsul.Ianya cukup untuk tubuh badan orang dewasa.Ianya mengandungi kapsul lutsinar yang lembut dan senang ditelan.

Kebaikan Omega-3 Fish Oil : -
1. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan sendi.
3. Membantu megawal kadar tekanan darah.
4. Mengandungi kandungan Omega-3 yang tinggi dan 3x ganda khasiatnya berbanding minyak ikan yang lain.
5. Sesuai untuk individu yang mementingkan kesihatan tubuh badan yang optimum.

Cara Pengambilan : - 1-2 biji sehari diambil selepas makan atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor. 


APOTEC CURMAX TURMERIC


Kunyit sememangnya bagus untuk kesihatan terutama sekali kepada golongan wanita.Khasiatnya yang sangat baik sejak dari zaman nenek moyang kita.

Kebaikan Apotec Curmax Tumeric : -
1. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan hipertensi.
2.Membantu mengawal kadar kolestrol dalam darah.
3. Meningkatkan kesihatan sendi.
4. Membantu mengurangkan kesakitan berkaitan dengan keradangan.
5. Meningkatkan aliran darah dan mencegah penyakit kardiovaskular.
6. Antioksidan kuat yang meyokong dan menjaga kesihatan sel.

Cara pengambilan : - 2 biji sehari diambil selepas makan.

APOTEC APPLE CIDER VINEGAR WITH HONEY 


Apotec Apple Cider Vinegar with Honey memang produk kesukaan kami berdua terutama Mr E. Terjebak selepas Eirna bancuhkan setiap kali makan masakan berat.

Banyak kebaikan ACV ni kalau korang nak tahu.Mesti korang suka selepas tahu kebaikannya.

Kebaikan Apotec ACV with Honey : -

1. 100% asli tanpa bahan pengawet,gula tambahan,bahan pewarna tiruan.
2. Meningkatkan penyerapan zat besi.
3. Mempunyai rasa yang sedap,menyegarkan dan menyihatkan badan
4. Dapat mengurangkan berat badan.
5. Berkesan - Membekal nutrien yang komprehensif dan membawa manfaat kesihatan kepada pengguna.
6. Tinggi dengan serat dan cepat rasa kenyang.
7. Melegakan sembelit.
8. Membantu mengeluarkan zat besi daripada makanan yang dimakan sehingga dapat digunakan ke seluruh badan.

Cara pengambilan : - Campurkan 2 sudu atau 30ml ACV dengan 180ml air suam.Kacau rata dan minum selepas makan.

Untuk pengetahuan korang,semua produk dari Apotec ni boleh didapati di semua cawangan Farmasi Constant berdekatan atau boleh beli secara online di website Constant.

Maklumat lanjut tentang produk Apotec boleh didapati di media sosial Apotec seperti di bawah:-

Official Facebook : https://www.facebook.com/ApotecMY/

Official Instagram : ApotecNushine

Website Constant : https://www.constant.com.my/


Sep 3, 2020

Review : Bahan Semulajadi dari Koolit Mampu Membantu Masalah Kulit Kering & Sensitif



Bila cakap bab produk penjagaan kulit atau diri ni, memang satu topik yang paling " panas " untuk orang yang mempunyai kulit sensitif atau kering.Besar risikonya kalau tersalah pilih produk yang tak bersesuaian dengan kulit kita tau!! Boleh jadi mimpi ngeri....Heheheheh...

Contohnya,macam Eirna sendiri yang mempunyai kulit sensitif dan mengalami masalah untuk memakai sebarang produk kulit yang semakin banyak di pasaran. Kena buat " research " dulu setiap isi kandungan produk baru boleh beli dan cuba pakai. Dari produk biasa hingga la produk yang mahal atau berjenama ( mahal level low class ja ). Mana boleh tangkap muat ja tau!

Kalau korang nak tahu, masalah kulit Eirna ni, lagi teruk bila musim panas.Memang boleh gatal satu badan sampai luka dibuatnya kalau digaru.Ruam-ruam atau bintik merah akan merebak kalau tak disapu krim khas.Tambahan pula, Eirna selalu ada kerja luar dan kerap berjemur di bawah panas matahari.Memang menitik air mata dibuatnya.


Jadi Eirna nak perkenalkan kepada korang set penjagaan kulit dari Koolit TM di mana ia merupakan satu produk berasaskan bahan semulajadi iaitu ekstrak akar Manis yang mana ianya bertindak sebagai Anti-Radang, memberikan 40x anti oksidan serta mampu mencerahkan kulit.
Kelebihan produk Koolit TM adalah ianya mampu menyerap lebih pantas ke dalam kulit di mana ia akan melambatkan proses kehilangan air epidermis ( TEWL) 20% dalam masa 24 jam.


Produk Koolit merupakan 100% produk buatan Malaysia dan ianya diperakui Halal. Siap ada pensijilan GMP lagi.Jadi korang tak perlu risau atau was-was isi kandungan produk Koolit ni.
Yang paling penting ianya sangat sesuai untuk kulit sensitif dan kulit biasa.Bayi pun boleh guna produk ni.Satu badan boleh guna ~ muka hingga kaki.

Harga?? Mesti la berpatutan dan mampu milik. Bab kualiti tak perli risau dan ianya selamat digunakan.


3 PRODUK KOOLIT TM

Set Koolit ini mempunyai 3 produk utama iaitu Koolit Gentle Body Wash,Koolit Soothing Lotion dan Koolit Calming Cream.


Sep 14, 2019

Bagus ka produk Himalaya Women dan Bowel Wellness ni??

Produk kesihatan dah semakin banyak di pasaran sekarang mcm cendawan.Takut jgk nak ambil disebabkan takut ada kesan sampingan yg blh efek pd badan Eirna.Bab Halal pun perlu didtitikberatkan juga.Betul tak? Bab supplemen dan produk kecantikan mmg Eirna ambil berat sangat sbb badan sensitif dgn baham kimia ni.Jadi Eirna cuba cari dua produk supplemen kesihatan yang kawan2 syorkan pada Eirna sejak akhir ni iaitu Women Wellness dan Bowel Wellness dari Himalaya.


Tak susah nak dapatkan supplemen ni tau...Boleh dapatkan di outlet Himalaya dan farmasi Watsons berdekatan korang.Harga?? Tak mahal pun.Cuma RM46.50 shj kalau korang beli di farmasi Watsons.Kalau ada kad ahli Watsons blh dpt lg murah.
Eirna beli kt farmasi Watsons ja.Yg tu sahaja yg ada di Sg.Petani ni.
Jom tengok apa yang bestnya produk dari Himalaya ni.

Women Wellness

Women Wellness ni dapat membantu mengatasi keletihan badan,membantu menyeimbangkan hormon wanita,membantu memulihkan tubuh badan ibu yg baru bersalin serta ibu yg menyusukan anak.
Cara pengambilan : 1@2 tablet 2x sehari
Eirna amalkan supplemen ni utk membantu memulihkan badan Eirna yg kerap sgt letih akhir2 ni.Penat sangat sampai tugas di rumah tergendala.Selain dari itu,Eirna amalkan utk masalah kitaran haid yg tidak menentu..Alhamdulilah,masalah ini semakin berkurangan walaupun x banyak.Badan pun dh x rasa letih mcm dulu.Bab malasah kitaran haid tu kena tggu la ya..Lgpun kena amalkan berterusan.Baru ada kesan yg memuaskan.Betul tak??



Ni supplemen ke-dua Eirna ambil iaitu Bowel Wellness di mana ia membantu menyelesaikan masalah sembelit,membantu aliran usus normal dan menyokong detoksifikasi yang normal kepada usus.
Cara pengambilan: 1@2 tablet 2x sehari.
 Eirna pilih Bowel Wellness ni utk masalah sembelit dan perut yg kerap kembung@sebu disebabkan gaya pemakanan yg kurang sihat.Hahahhaha...Semua benda pakat bedal ja..Tambah plak Mr E selalu ajak cari port makan baru..Sorry ya Mr E..
Alhamdulilah,masalah sembelit dh kurang dan perut pun dh tak kembung mcm selalu.Kalau tak,asyik merungut ja malam2 masa nk tidur tu..Merungut tak sedap perut.

Utk pengetahuan korang,produk dari Himalaya Wellness ni adalah produk Halal dan diperbuat daripada sumber tumbuhan.Tidak mengandungi bahan pengawet dan sumber dari haiwan.
Untuk maklumat lebih lanjut :-

Website Himalaya : Himalaya
Instagram: @HimalayaMalaysia