Showing posts with label halal product. Show all posts
Showing posts with label halal product. Show all posts

Sep 14, 2019

Bagus ka produk Himalaya Women dan Bowel Wellness ni??

Produk kesihatan dah semakin banyak di pasaran sekarang mcm cendawan.Takut jgk nak ambil disebabkan takut ada kesan sampingan yg blh efek pd badan Eirna.Bab Halal pun perlu didtitikberatkan juga.Betul tak? Bab supplemen dan produk kecantikan mmg Eirna ambil berat sangat sbb badan sensitif dgn baham kimia ni.Jadi Eirna cuba cari dua produk supplemen kesihatan yang kawan2 syorkan pada Eirna sejak akhir ni iaitu Women Wellness dan Bowel Wellness dari Himalaya.


Tak susah nak dapatkan supplemen ni tau...Boleh dapatkan di outlet Himalaya dan farmasi Watsons berdekatan korang.Harga?? Tak mahal pun.Cuma RM46.50 shj kalau korang beli di farmasi Watsons.Kalau ada kad ahli Watsons blh dpt lg murah.
Eirna beli kt farmasi Watsons ja.Yg tu sahaja yg ada di Sg.Petani ni.
Jom tengok apa yang bestnya produk dari Himalaya ni.

Women Wellness

Women Wellness ni dapat membantu mengatasi keletihan badan,membantu menyeimbangkan hormon wanita,membantu memulihkan tubuh badan ibu yg baru bersalin serta ibu yg menyusukan anak.
Cara pengambilan : 1@2 tablet 2x sehari
Eirna amalkan supplemen ni utk membantu memulihkan badan Eirna yg kerap sgt letih akhir2 ni.Penat sangat sampai tugas di rumah tergendala.Selain dari itu,Eirna amalkan utk masalah kitaran haid yg tidak menentu..Alhamdulilah,masalah ini semakin berkurangan walaupun x banyak.Badan pun dh x rasa letih mcm dulu.Bab malasah kitaran haid tu kena tggu la ya..Lgpun kena amalkan berterusan.Baru ada kesan yg memuaskan.Betul tak??



Ni supplemen ke-dua Eirna ambil iaitu Bowel Wellness di mana ia membantu menyelesaikan masalah sembelit,membantu aliran usus normal dan menyokong detoksifikasi yang normal kepada usus.
Cara pengambilan: 1@2 tablet 2x sehari.
 Eirna pilih Bowel Wellness ni utk masalah sembelit dan perut yg kerap kembung@sebu disebabkan gaya pemakanan yg kurang sihat.Hahahhaha...Semua benda pakat bedal ja..Tambah plak Mr E selalu ajak cari port makan baru..Sorry ya Mr E..
Alhamdulilah,masalah sembelit dh kurang dan perut pun dh tak kembung mcm selalu.Kalau tak,asyik merungut ja malam2 masa nk tidur tu..Merungut tak sedap perut.

Utk pengetahuan korang,produk dari Himalaya Wellness ni adalah produk Halal dan diperbuat daripada sumber tumbuhan.Tidak mengandungi bahan pengawet dan sumber dari haiwan.
Untuk maklumat lebih lanjut :-

Website Himalaya : Himalaya
Instagram: @HimalayaMalaysia








Jan 23, 2019

Ekspo Halal Malaysia 2019 ( MHE 2019 )


Bab HALAL ni memang aspek yang paling penting kita jaga bagi orang yang beragama ISLAM.Bukan bab makanan sahaja yang perlu kita jaga tapi perkhidmatan,produk kecantikan dan seangkatan pun sama. Kena kaji dan selidik dahulu asal usulnya sebelum membeli.Baru kita sebagai pengguna tak berasa was-was untuk membeli produk atau perkhidmatan tersebut.


 



Baru-baru ni,Eirna dapat info yang Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama SME Corporation Malaysia@SME Corp. akan menganjurkan satu event tahunan iaitu Ekspo Halal Malaysia 2019 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 10 pagi pada 24 hingga 26 Januari 2019.

MASUK ADALAH PERCUMA


Buat pengetahuan korang ,satu Majlis Pra Pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019 telah diadakan pada 08 Januari 2019 dan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof selaku Menteri Pembangunan Usahawan bagi tujuan promosi dan hebahan kepada masyarakat mengenai penganjuran Ekspo Halal Malaysia 2019
( MHE 2019 ) yang akan datang ni.


RAKAN STRATEGI & JEMPUTAN

Rakan strategi yang terlibat ialah JAKIM,Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM). Manakala barisan Jemputan terdiri daripada Menteri,Timbalan Perdana Menteri,Perwakilan Asing,Menteri Besar,Ketua Setiusaha Negara (KSN),Ketua Setiusaha,Ketua Jabatan & agensi serta sektor swasta.


OBJEKTIF PENGANJURAN MHE 2019

Selaras dengan Memorandum Kerjasama (MoC) dalam Bidang Halal antara Kerjaan Malaysia dan Kerajaan Jepun yang telah ditandatangani pada 26 November 2018

Mempromosikan produk dan perkhidmatan halal sebagai insiatif kepada pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara sempena Sukan Olimpik Jepun 2020 nanti.

MHE 2019 terbahagi kepada empat (4) komponen utama iaitu Pameran,Perkongsian Ilmu 
( Knowledge Sharing ),Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award dan Sesi Bussiness Matching.


PAMERAN

Sebanyak 320 booth pameran yang terlibat sepanjang ekspo diadakan di mana ia mempromosikan produk dan perkhidmatan halal oleh usahawan mempunyai produk dan perkhidmatan siap untuk dieksport.


ANTARA PRODUK & PERKHIDMATAN HALAL YG TERLIBAT

 
Kosmetik 
Bioteknologi
Makanan dan Minuman (F&B)
Logistik
Penjagaan Kesihatan & Farmaseutikal
Bahan Ramuan

PERKONGSIAN ILMU ( KNOWLEDGE SHARING )

Selain pameran booth, terdapat juga 3 sesi perkongsian ilmu iaitu sesi Pocket Talk,Sesi Forum dan Sesi Singgah Santai Selebriti.

Untuk maklumat lanjut mengenai aturcara  dan aktiviti sepanjang ekspo berlangsung
,korang klik di SINI


MAJLIS PENGANUGERAHAN ISLAMIC INNOVATION CHALLENGE (IIC) AWARD

Merupakan program tahunan antara SME Corp Malaysia, Agensi Inovasi Malaysia, Platcom Ventures Sdn Bhd, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Industry Development Corporation
( HDC ).

Diadakan bagi memberi penghargaan kepada PKS yang berinovasi dalam industri Halal.



SESI BUSSINESS MATCHING

Utk sesi "bussiness matching", sekurang-kurangnya 10 buah syarikat daripada negara Jepun yang akan terlibat.


Ekspo Halal Malaysia 2019 ini dijangka menarik seramai lebih kurang 10,000 orang pengunjung yang terdiri daripada komuniti perniagaan dan orang ramai.
Manakala sasaran potensi jualan produk dan perkhidmatan sebanyak RM50 juta dan sebanyak 300 sesi padanan perniagaan dengan 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari negara Malaysia dan Jepun.

Korang tunggu apa lagi !!! Sama-sama kita sokong industri Halal negara kita ke peringkat antarabangsa.Rugi korang tak datang ekspo ni..Mana la tahu korang boleh dapat idea untuk berjinak dalan industri ni satu hari ni..Banyak info korang boleh dapat bila ke sana.




INFO LANJUT TENTANG EVENT


Laman Web

http://halal-expo.my/