Apr 17, 2017

Betul ka no aku yang diaorang panggil ni?


Betul ka no aku yang diaorang panggil ni ?
Hahahahaha....Sebelum ni Eirna ada story yang kami anak beranak join Larian Bendera Negaraku kan?
Utk larian tu memang x ada finisher medal tapi ada cabutan bertuah sebanyak 150 dan 10 hadiah utama barangan elektrik.

Untuk runner sahaja tau cabutan bertuah tu...Asalnya nak balik la sebab no bib kami berdua tak ada dlm list utk menang hamper.Jadi Eirna tanya Mr E samada nak tunggu atau balik.Mr E suruh stay dulu sebab balik nanti tak ada benda apa nak buat.Sambil bergurau dengan Eirna kot boleh menang hadiah utama satu...

Best masa pengacara cabut no bertuah sebab banyak no bib yang naik tapi tuan punya bib dh balik...Kami semua pakat sorak suruh cabut lain...Masa tu Eirna target nak peti sejuk jenama Samsung.Alamak dapat kat orang lain la....
Cuma tinggal 2 sahaja hadiah utama yang masih ada untuk pemenang yg bertuah..TV jenama Samsung 40" dan 50"......Kiranya hadiah tempat ke-2 dan pertama la....
Dalam hati dok kata kalau la TV ni aku yang punya....
Tiba-tiba dengar no yang dipanggil...Aik? Bukan no bib aku ka?
Ya la...Memang no bib Eirna yang dipanggil....
Alhamdulilah...rezeki anak-anak hari tu....Dapat TV 40"

 Ni la hadiah yang Eirna katakan tu..2023

Ajar 2'Q Semangat Cintakan Negara sambil Beriadah di Ekspresi Negaraku,Amanjaya Mall


Pada Sabtu yang lepas,Eirna dan Mr E bawa 2'Q ke event Ekspresi Negaraku yang diadakan di Perkarangan Amanjaya Mall,Sungai Petani.Kebetulan ternampak iklan Nabil mempromosikan event ni dalam televisyen,Eirna pun ajak Mr E untuk join Larian Bendera Negaraku.

Ala...Lari tak jauh mana pun.Setakat 3 km..Percuma pulak tu....
.Yes!!! Mr E setuju...Lagipun hari tu kami tak ada aktiviti lain,jadi apa salahnya bawa 2'Q join lari bersama kami berdua.Mesti best....
Sambil beriadah tu boleh ajar 2'Q semangat cintakan negara.....


 Awal pagi Sabtu kami turun ke padang..Dalam pukul 7 lebih untuk collect baju dan bib.Orang punya la ramai masa nak beratur tu.Dalam 3000 peserta untuk larian ni..


Dah collect baju dan bib,kena tunggu pula sebab masih ramai lagi yang masih tak dapat race kit.Kami pun mula cari tempat makan utk isi perut kat situ.Nasib la diaorang ada buat food truck di situ.Tak susah la peserta nak cari tempat makan jauh-jauh.Maklumla bawak hero-hero ni sama juga hari ni.


Yang paling nak jaga sangat,budak atas ni la.....Qayyum..Dia memang kena makan dulu.Tengok la plastik makanan dia tu..Macam-macam dimintanya.Kalau tak,nanti masa lari..mesti dia bebel nak minta makan minum.Macam2 la anak syurga Eirna ni...

Tadaaaa......Dah siap tukar baju dan letak bib...No bib lain dari register...Hahahaha..Boleh la dari tak ada langsung...Ready to run !!!!!
Selesai sahaja larian,terus kami rehat di khemah yang disediakan.Nasib la ada tempat yang selesa untuk rehatkan badan selepas lari tadi..Penat juga berlari dengan anak-anak ni.Jenuh layan perangai masing-masing.Janji kami semua berjaya tamatkan larian dengan sempurna.
Selain larian yang kami join ni,terdapat juga pameran booth dari NGO,Agensi Kerajaan dan juga Swasta.Yang tu memang Qayyim suka sebab dia suka membaca templete yang diberikan.
Habis semua dikutipnya sampai tak cukup tan gan la dibuatnya.Bukan senang nak dapat ilmu jika kita x mau bersusah dahulu.....Ni memang ikut perangai Eirna..Suka membaca walau di mana sahaja....

Alhamdulilah dan tahniah Qayyum dan Qayyim sebab sanggup ikut mak dan abah dia bersukan....
Semoga Qayyum dan Qayyim berbakti kepada agama,bangsa dan negara.
Amin....




Pameran Artifak Rasulullah S.A.W 2017 di Muzium Negeri Kedah


Syukur kepada Ilahi berpeluang melihat khazanah peninggalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat  R.A di Muzium Negeri Kedah.
27 artifak asli yang dipamerkan dibawa dari segenap pelusuk dunia ke Malaysia untuk dilihat,dinilai dan dihayati oleh masyarakat dengan perjuangan baginda dan para sahabatnya.Buat kali pertamanya,Muzium Negeri Kedah dipilih untuk menganjurkan Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan para Sahabat R.A.

Muzium Negeri Kedah

Pameran ini telah berlangsung dari 20 Mac 2017 sehingga 19 April 2017.
Antara artifak yang dipamerkan di situ ialah capal Rasulullah S.A.W,helaian rambut Rasulullah S.A.W,pedang Rasulullah S.AW. dan sebagainya.

 Pedang milik salah seorang para sahabat Rasulullah S.A.W


Serban Rasulullah S.A.W kerana Rasulullah gemar memakai penutup kepala.


Lebih senang dan mudah jika dibeli secara online.

 INFO PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH S.A.W DAN PARA SAHABAT R.A

Tarikh Pameran : 20 Mac 2017 - 19 April 2017
Lokasi : Muzium Negeri Kedah
Waktu Pameran : Isnin hingga Ahad ( 10 pagi - 10 malam )
Jumaat ( tutup jam 12 tengah hari - 3 petang )

Harga Tiket : 
Dewasa : RM 20.00/seorang
Pelajar : RM 10.00/seorang
Warga Emas : RM10.00/seorang
OKU : RM10.00/seorang
Kanak-kanak 6 tahun keatas : RM10.00/seorang
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Percuma 

Pembelian tiket adalah secara "online" dan klik link@banner di bawah untuk membeli tiket masuk.

http://www.tamadunislam.com/product/pameran-artifak-rasulullah-kedah/?v=0c23032714f8

Terdapat juga cabutan bertuah bagi setiap pengunjung yang terpilih iaitu :

* Setiap 1,000 : Sehelai T-shirt 
* Setiap 10,000 : Sehelai T-shirt dan Al-Quran Digital
*100,00 : Sehelai T-shirt + Al-Quran Digital + Pakej Umrah utk seorang

Lokasi Pameran