Jul 24, 2015

FeecaMella Raya 2015 Giveaway

FeecaMella Raya 2015 Giveaway

FeecaMella, satu nama yang unik seunik blog.  Yang pastinya FeecaMella bukanlah nama orang tetapi nama kepada jenama fesyen yang sedang meningkat naik di laman sosial.  Kali ini ini FeecaMella berkolaborasi dengan blogger Aynal Mansor menganjurkan giveaway bersempena dengan sambutan hari raya tahun 2015.  
Owhh... Raya Giveaway!.  Bestkan, bila dah masuk musim raya kita bersesak-sesak pula entri di blog dengan giveaway raya.  Tidak dapat join rumah terbuka raya kita join giveaway raya biar meriah sikit blog dengan entry hari raya ... yeayy!!
Jom kita tengok apa yang FeecaMella dan Aynal Mansor tawarkan untuk giveaway ini.
FeecaMella Raya Giveaway
FeecaMella Raya Giveaway
Kawan-kawan perlu jawab 1 soalan mudah dan berpeluang untuk menang giveaway awesome dari FeecaMella :)  
Boleh lah dapat duit raya dan bergaya dengan FeecaMella dalam bulan Raya ni.  Raya kan Sebulan. Sempat lagi nak bercantik-cantik :)

Giveaway bermula dari 23 Julai 2015 dan berakhir pada 31 Julai 2015

Pemenang akan diumumkan di 2 Ogos 2015 :)

Syarat-Syarat Wajib Penyertaan :
  1. Tulis entry yang bertajuk "FeecaMella Raya 2015 Giveaway" -----> (Copy & Paste kandungan entry ini)
  2. Follow blog ini, Aynal Mansor
  3. Follow Instagram @FeecaMella
  4. Like Facebook FeecaMella
Soalan :

Pada Tahun Bilakah FeecaMella Ditubuhkan? ----> Nak tahu Jawapan mudah ada di Entry Ini :)

*******
Letakkan link penyertaan & nama instagram kawan-kawan di ruangan komen seperti contoh dibawah ini. !! :)

CONTOH PENYERTAAN :

Shopping di Ensogo...Mudah dan Murah

Siapa suka shopping secara online? Angkat tangan !!!
Eirna pun suka juga shopping online ni.Senang dan cepat.Order ja boleh terus dapat.

Ensogo Malaysia ialah salah satu platform atau destinasi membeli belah secara atas talian (online ) seperti Lazada,Zalora dan sebagainya. Ia menyediakan pelbagai produk atau perkhidmatan dan salah satu darinya ialah alat permainan,pam menyusu,botol susu dan sebagainya.


Ia amat sesuai buat ibu bapa yang berkerjaya dimana ia tidak memerlukan mereka membeli terus di kedai atau butik kanak-kanak.Hanya daftar di laman web Ensogo,pilih dan bayar.Barangan tersebut akan dihantar terus ke rumah.Mudah kan?
Pelanggan yang mendaftar buat kali pertama akan mendapat baucer RM10 dan korang boleh guna terus untuk pembelian yang pertama.
Yang paling bestnya ialah penghantaran percuma 24jam.
Mana nak dapat kan servis macam tu?

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan ibu bapa boleh memilih mengikut bajet mereka.


Antara barangan untuk kanak-kanak dan bayi
 Khas buat ibu yang masih breasfeeding


Promosi untuk produk jenama Avent juga terdapat di laman web Ensogo.

Terdapat juga alat permainan buat kanak-kanak dan bayi.
 
Murah ni...Sesuai utk ibu yang suka sediakan makanan buat bayi mereka.

Selain itu,Ensogo telah memperkenal aplikasi Ensogo Android khas buat pengguna telefon pintar atau tablet.


Untuk keterangan lanjut,sila lawati laman web Ensogo Malaysia  


Jul 17, 2015

Salam Aidilfitri buat semua..


Sempena hari yang mulia ini,Eirna mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini.

Eirna menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika tersalah kata,terkasar bahasa.

Akhir kata,Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin..

P/s : Terima kasih buat NurHafizah sebab design kad ni...

Jul 9, 2015

Review: MyHarum Penyembur Haruman Hijab



Produk MyHarum ni Eirna beli semasa join Iftar Hijabey2015 di Penang baru-baru ni.Nampak menarik tu yang beli.Bekas MyHarum ni pun comel dan senang dibawa dalam beg tangan.Baunya pun boleh tahan juga sebab mengandungi pati haruman.Boleh tahan sampai 2@3 hari.


MyHarum ialah salah satu produk eksklusif dari Smart Synergy Ventures Sdn Bhd yang merupakan syarikat Bumiputera.MyHarum merupakan produk haruman eksklusif topi keledar halal pertama di dunia.Sesuai la untuk kita yang beragama Islam ni untuk pakai semasa solat.

MyHarum juga sesuai  untuk :-
  • Menghilangkan bau hapak.
  • Menghapuskan bakteria.
  • Mengekalkan keharuman berpanjangan.
  • Menyegar dan mengurangkan kegatalan kulit kepala.
MyHarum juga boleh disembur pada fabrik lain seperti telekung,sejadah,langsir,tilam,karpet selimut,kusyen dan kasut.

Harga seunit (Sem.) : RM12.90 dan (S/S) : RM15.90

Maklumat lanjut mengenai MyHarum,boleh cari di :-

Facebook : MyHarum scent @ hubungi En.Naza ( 0111-639639 / 018-6691169 )


Jul 8, 2015

Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services


Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Salam. Giveaway uzu kali ni dibawakan khas untuk Sufi Printing Servives . So sesiapa yang menang wang tunai RM1000 cash, bolehlah join GA uzu ni ye..

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang

Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015
Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)

Sufi Printing Services merupakan kedai cetak baju murah yang menawarkan perkhidmatan print baju murah yang mana telahpun beroperasi sejak tahun 2010 lagi.
Sufi Printing Services merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan universiti, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat cetak baju murah dengan harga yang MURAH, CEPAT dan BERKUALITI. Sufi Printing Services memberi maklumbalas yang yang cepat melalui email, SMS ataupun whatsapp.

Terdapat banyak kedai cetak baju murah di Malaysia tapi kena anda perlu cetak baju murah di Sufi Printing Services? Dengan pengalaman dalam bidang design and print cetak baju murah selama 5 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan sangat berpengalaman dalam bidang ini dan semestinya cetak baju murah di Sufi Printing Services adalah sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang cepat tapi berkualiti serta harga yang murah membuatkan cetak baju murah di Sufi Printing Services memikat hati pelanggan dan tidak lupa juga Sufi Printing Services mengutamakan misi dan visi agar kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

Sufi Printing Services adalah syarikat Bumiputra yang telah menjalankan perniagaan mencetak baju sejak tahun 2010. Sufi Printing Services juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0171741-M . Sufi Printing Services mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan di kedai kami beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.
[ Gambar Di Luar Kedai ]
[ Gambar Di Dalam Kedai ]

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di Sufi Printing Services :

Uniform F1

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Sufi Printing Services :

1. Mempunyai Premis Perniagaan.
Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order kami tawarkan melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu.. Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front. Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan.

2. Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah
Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat.

3. Penghantaran Yang Fleksible
Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan. Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan.

4. Tiada Design? Kami Boleh Designkan :)
Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50.

5. Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang 100% s
Semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami.
6. Harga Boleh Runding Sampai Jadi
Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati :) Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 011 3550 5319. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.


Review : LivYoung Noni Al Qurma sesuai di bulan Ramadan dan Hari Raya


Di bulan Ramadan ini,badan cepat letih dan tak bertenaga untuk melakukan kerja di pejabat dan rumah.Tambah pula dengan anak-anak yang semakin lasak ni..Pening kepala dibuatnya.Mujur la ada LivYoung Noni Al Qurma ni.


LivYoung Noni Al Qurma adalah campuran ekstrak dua jenis buah yang paling berkhasiat di dunia iaitu kurma dan noni (mengkudu).Ianya tidak mengandungi gula,pengawet atau perasa tambahan.Semuanya 100% asli dari buah kurma dan noni..






Kombinasi kedua-dua jenis pati buah-buahan ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri di mana ia amat terkenal pada zaman dahulu.

LivYoung Noni Al Qurma sangat baik untuk :-
  • ibu mengandung atau bersalin
  • mencegah gangguan usus dan sembelit
  • mengurangkan simptom keasidan badan seperti sakit sendi atau otot
  • pembinaan otot dan sistem saraf
  • meningkatkan sistem imunisasi
  • meningkatkan fungsi dan memori otak
  • meningkatkan tahap tenaga
  • peremajaan organ-organ utama
  • mengimbangkan hormon
  • pesakit kencing manis,darah tinggi,kolestrol tinggi

Cara Menggunakan LivYoung Noni Al Qurma

Mudah sahaja...Goncang terlebih dahulu.Ambil 2@3 sudu LivYoung Noni Al Qurma dan tuangkan ke dalam 200ml air sejuk,kacau dan terus minum.Rasanya pula masam dan baunya seperti buah kurma.Mr E pun kata sedap..Macam makan kurma dan oren..Masam-masam...


Harga untuk sebotol LivYoung Noni Al Qurma cuma RM159 sahaja.Boleh tahan dalam jangkamasa 1@2 bulan sebab ia adalah pati untuk dibancuh.

Yang bestnya korang boleh dapat baucer tunai RM50 dengan setiap pembelian LivYoung Noni Al Qurma apabila mendaftar di laman web LivYoung dan berpeluang memenangi pakej penginapan 2H1M di Hotel Hard Rock Penang.

 Free stay in Hard Rock Hotel Penang – Share & Win

Jul 3, 2015

Review : Ephyra Skin Bar

Sebut pasal Ephyra..Mesti ingat Memey Suhaiza,Duta Ephyra.Kali ni,Eirna akan review produk Ephyra iaitu Ephyra Skin Bar.

Ephyra Skin Bar diperbuat daripada 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia seperti :-
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract : Paling berkesan untuk mencerahkan kulit,membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bebas dari bintik-bintik hitam.
  • Glutathione : Melambatkan proses penuaan
  • Rice Bran Oil : Merawat penuaan serta menyuburkan kulit dari dalam.
  • Kolagen : Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit.
  • Carrot Extract : Memperbaiki tisu kulit serta melindungi kulit dari pancaran sinar matahari.
  • Seaweed : Agen anti keradangan kepada jerawat
  • Glyserin : Merawat kulit berminyak,eczema dan memberi kelembapan pada kulit.
  • Banana Enzyme : Bertindak sebagai agen anti penuaan.
Ianya selamat dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit,lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur.



Beberapa minggu yg lepas,Eirna ada join satu giveaway iaitu Ephyra Skin Bar Giveaway Bersama Blog Coklateyes.Eirna adalah salah seorang pemenang Ephyra Skin Bar tu.


Ephyra Skin Bar

Tak lama selepas tu,Eirna pun dapat la ESB untuk Eirna cuba.Eirna memang nak cuba ESB ni sebab banyak testimoni mengatakan ianya bagus untuk kulit sensitif seperti kulit Eirna.

Hasil Testimoni Sendiri

Seminggu Eirna cuba menggunakan ESB ni,dah mula rasa perubahan pada kulit Eirna.Sebelum ini,kulit muka Eirna berminyak,bintik-bintik hitam,mempunyai parut jerawat dan berjerawat terutama jerawat pasir.

Selepas Eirna menggunakan ESB,kulit muka Eirna dah mula kurang berminyak,jerawat mula hilang,parut jerawat dan bintik-bintik hitam mula pudar.Wah !!!! Suka sangat.. Yang paling Eirna suka,kulit muka mula rasa gebu.

Mr E pun dah mula perasan perubahan di muka Eirna.Dia tanya pakai produk apa?Hehehehe..Eirna kata Ephyra Skin Bar..Mr E kata sesuai dengan kulit Eirna sebab nampak perubahan.


 Testimoni Pengguna

 
Ephyra Contest Before & After Selfie

 
Jom join Ephyra Contest Before & After Selfie...Hadiahnya ialah Iphone 6..Lumayan kan?
 
Maklumat lanjut :
 
Instagram
 
@ephyra2u
@ephyraskin
 
Website
 
www.oceanlife2u.com 
Facebook
 

Segmen : Saya Nak Design Kad Raya

segmen-saya-nak-design-kad-raya 
Klik banner untuk join

Tempoh Segmen
2 Julai 2015 (09:30 pm)- 5 Julai 2015 (11:59pm)


Jul 1, 2015

Iftar Bersama HIJABEY2015 | SP Arena,Seberang Prai,Penang.


 Sabtu lepas,Eirna join iftar bersama anak-anak yatim dalam event Hijabey2015 di SP Arena,Seberang Prai,Penang sebagai media under KBBA.

Sampai ja di event,terus cari Kak Jue iaitu penganjur event Hijabey2015.Cantik orangnya.Sementara menunggu waktu berbuka,Eirna ronda dulu di booth yang terdapat dlm dewan.
Terdapat booth hijab yang terkenal iaitu Aidijuma dan Naelofar Hijab.Selain booth hijab,ada juga booth menjual pakaian,makanan dan produk kecantikan.

 



Banyak hijab dan pakaian yang cantik-cantik kat event ni.Rambang mata dibuatnya.

Selepas selesai iftar dengan anak-anak yatim,seisi penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim bermula.




Sebelum balik....posing dulu ala " red carpet ".



Hello July....

 
Cepat sungguh masa berlalu.Rupanya dah masuk 1/2 tahun .....Hari ni dah masuk bulan July..Bermakna umur Eirna pun dh bertambah 1 angka..

Diharap Eirna dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera..Semoga diberi kekuatan oleh ALLAH S.W.T untuk memperjuangkan agama,rumahtangga dan mendidik anak-anak yang semakin membesar.

Amin Ya Rabbal Alamin..