Qayyum kena nebulizer?
Mesti terkejut kan sebab apa? Sebenarnya benda ni jadi selepas seminggu Eirna dan Mr E puasa sunat selepas seminggu beraya...Asalnya Eirna yang tak sihat..Demam panas..Esoknya pula Qayyum pula yang demam...Mr E pun sama..Tak berapa sihat.....Malam sebelum tu,Mr E ada beritahu Eirna yang Qayyum bernafas macam orang ada asma..Masa tu Qayyum tengah tidur....Siap meracau lagi...
Dalam hati,takkan kot Qayyum ada asma?
Apa lagi,esoknya kami empat beranak buat lawatan ke klinik panel mencari ubat.....Tak mau tunggu lama-lama....Takut semakin Qayyum terpaksa "bercuti" pada hari tu....Tak dapat hadir sekolah..Ramai juga orang kat klinik masa tu.Musim orang kena demam selsema kot.Bila sampai giliran kami,doktor beritahu yang kahak penuh dalam dada Qayyum dan nafas Qayyum berbeza.Macam orang ada penyakit asma...Kami just inform yang cuma Mr E sahaja yang ada asma dari kecil...Tak ada lagi antara 3Q yang ada penyakit yang sama. Doktor beritahu yang Qayyum hampir-hampir nak kena asma..Jadi Qayyum kena neb dulu untuk hilangkan kahak tu.....
Artikel dr blog Dr Zubaidi
Kiranya kali ni Mr E ada teman untuk neb sama-sama....Faham-faham je la kalau nak tggu orang neb memang lama..Alhamdulilah,semuanya berjalan lancar tanpa tantrum dari Qayyum....Mungkin sebab saiz badan Qayyum yang sedikit berisi dan selera makan yang kuat,benda macam ni terjadi.Skrg pun Qayyum jarang buat aktiviti luar macam berbasikal disebabkan adik Qayyim sekolah seisi petang.
Kami terpaksa monitor lebih bab permakanan Qayyum kali ni...No "ice cream"....No air sejuk......Agak sukar sikit nak control bab ni...Tetapi alhmadulilah,Qayyum boleh ikut juga walaupun kadang-kadang skip ...Takut benda ni jadi balik....Kesian tengok bila jadi macam tu...Dia tak boleh nak "membuas" macam selalu....Cepat letih ....
Insha allah semuanya akan pulih....Nanti kita ajak abah buat aktiviti luar macam biasa balik ya.......