Showing posts with label qayyum. Show all posts
Showing posts with label qayyum. Show all posts

Jul 17, 2017

Qayyum kena neb pula kali ni.....


Qayyum kena nebulizer? 
Mesti terkejut kan sebab apa? Sebenarnya benda ni jadi selepas seminggu Eirna dan Mr E puasa sunat selepas seminggu beraya...Asalnya Eirna yang tak sihat..Demam panas..Esoknya pula Qayyum pula yang demam...Mr E pun sama..Tak berapa sihat.....Malam sebelum tu,Mr E ada beritahu Eirna yang Qayyum bernafas macam orang ada asma..Masa tu Qayyum tengah tidur....Siap meracau lagi...
Dalam hati,takkan kot Qayyum ada asma?

Apa lagi,esoknya kami empat beranak buat lawatan ke klinik panel mencari ubat.....Tak mau tunggu lama-lama....Takut semakin Qayyum terpaksa "bercuti" pada hari tu....Tak dapat hadir sekolah..Ramai juga orang kat klinik masa tu.Musim orang kena demam selsema kot.Bila sampai giliran kami,doktor beritahu yang kahak penuh dalam dada Qayyum dan nafas Qayyum berbeza.Macam orang ada penyakit asma...Kami just inform yang cuma Mr E sahaja yang ada asma dari kecil...Tak ada lagi antara 3Q yang ada penyakit yang sama. Doktor beritahu yang Qayyum hampir-hampir nak kena asma..Jadi Qayyum kena neb dulu untuk hilangkan kahak tu.....

Artikel dr blog Dr Zubaidi
 

Kiranya kali ni Mr E ada teman untuk neb sama-sama....Faham-faham je la kalau nak tggu orang neb memang lama..Alhamdulilah,semuanya berjalan lancar tanpa tantrum dari Qayyum....Mungkin sebab saiz badan Qayyum yang sedikit berisi dan selera makan yang kuat,benda macam ni terjadi.Skrg pun Qayyum jarang buat aktiviti luar macam berbasikal disebabkan adik Qayyim sekolah seisi petang.

Kami terpaksa monitor lebih bab permakanan Qayyum kali ni...No "ice cream"....No air sejuk......Agak sukar sikit nak control bab ni...Tetapi alhmadulilah,Qayyum boleh ikut juga walaupun kadang-kadang skip ...Takut benda ni jadi balik....Kesian tengok bila jadi macam tu...Dia tak boleh nak "membuas" macam selalu....Cepat letih ....
Insha allah semuanya akan pulih....Nanti kita ajak abah buat aktiviti luar macam biasa balik ya.......

May 23, 2016

Qayyum punya angkara....


Habis la casing handphone ni.....Sedih lorr........Ni semua angkara si Qayyum..Gara-gara nak layan Youtube "tutorial main bowling".....Habis patah dibuatnya....

Pandai pulak boh masking tape untuk sambung balik.Konon tak nak bagi mak dia perasan la tu......
Eirna yang sedap lena atas katil terkejut sebab tiba-tiba si Qayyum hulur handphone sekali dengan casing yang dah patah ni...

Aduhai anak..Tanya macam mana boleh tercabut ni....Dia kata terjatuh masa nak ambil atas meja komputer.
Dia tahu mak dia tak bagi main handphone..Dia ambil secara senyap-senyap....

Dalam marah-marah tu....Nak tergelak juga sebab si Qayyum usaha untuk betulkan balik casing yang patah tu dengan balut dgn masking tape Mr E.....

Sempat lagi si Qayyum ni fikir cara nak selesaikan masalah yang dia buat ni...Almaklum la mak dia ni garang macam singa....

Sabar ja la.....

Aug 9, 2015

Qayyum tidur di nurseri bunga.???


Disebabkan hari ni hari minggu,Eirna dan Mr E jalan-jalan cari pasu..Untuk pokok kat rumah.Kali ni cuma ada Qayyum ja sebab Qayyim kena ganti sekolah sempena raya.

Sampai saja kat nurseri,terus kami berdua cari benda yang dicari sambil kawal Qayyum.Bukan apa,takut dia lari keluar.Sambil cari barang,sambil cakap dengan Qayyum supaya dia tak bosan.

Tiba-tiba beralih muka nak tengok Qayyum buat apa.Rupa-rupanya Qayyum baring atas kerusi batu dalam nurseri...Dia kata sejuk tidur sini.
Alahai Qayyum...Buat macam rumah sendiri pulak..

Nasib la tauke nurseri ni sporting...Tak pa la..Janji tak merayau keluar.

May 22, 2015

Autism Awareness Day di Gurney Plaza,Penang


Pernah dengar tak apa itu Autisme? Mesti ada yang pernah dengar kan?Autisme ialah satu sindrom di mana otak kanak-kanak atau bayi mengalami kerosakan dan meyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah dalam komunikasi,pembelajaran dan sebagainya.Kanak-kanak autisme sering hidup dalam dunianya yang tersendiri iaitu dunia fantasi.

Irna sendiri pun anak yang mempunyai Autisme.Qayyum adalah kanak-kanak autisme kategori Mild Autisme.

Baru-baru ni,Eirna ada terbaca mengenai event ini di telegram group Autisme Utara .Jadi Eirna pun ajak Mr E untuk join event ni di Groud Floor Gurney Plaza,Penang.Terdapat beberapa aktiviti yang diadakan di situ.

Seisi sensori untuk kaki


Seisi sensori untuk tangan


Event ini dianjurkan oleh Prospect Rainbow iaitu salah satu pusat khas untuk kanak-kanak yang memerlukan penjagaan khas seperti masalah pembelajaran,masalah komunikasi dan tingkahlaku.Sesiapa yang memiliki anak istimewa dan mencari pusat yang menyediakan penjagaan khas,boleh menghubungi Prospect Rainbow Centre di talian 604-890 0870
atau layari website : www.prospectrainbow.com

Apr 8, 2015

Bila Qayyum Qayyim Cuti....

 
Selalunya bila hari cuti atau hari minggu, salah satu aktiviti luar 2Q ialah berbasikal.Nampak ja hari dah petang, bising satu rumah beritahu nak main basikal. Selagi tak buka grill tu, tak habis pot pet la minta nak keluar.

Kali ni, Mr E bawa 2Q berbasikal di tempat lapang berdekatan dengan rumah. Dalam ladang sawit. Qayyum dan Qayyim sukakan berbasikal secara "off-road". Ala-ala BMX rider... 



Apr 2, 2015

02 April Hari Autisme Sedunia..









Jan 16, 2015

Ya Allah,tabahkan hatiku demi anakku,Qayyum...



 Permulaan bagi tahun ini  penuh dengan dugaan...
 Cuba cari kekuatan untuk menempuhi segalan ujian dari-Nya

Demi Qayyum..hero kecil Irna.

 Tahun ini,Qayyum cuma sempat ke tadika selama 2 hari..Atas alasan cikgu tak boleh nak control Qayyum dlm kelas..Hyperaktif....Dah 2 tadika reject Qayyum...

Tinggal Qayyim ja dalam tadika tu..Qayyum terpaksa bercuti..Segala urusan perlu dilakukan secepat mungkin utk Qayyum ke tadika yang dikhas untuknya...

Ya..Qayyum..Anak istimewa Irna dan Mr E...Qayyum ada Mild Autisme..Qayyum budak yang bijak tetapi mempunyai masalah tumpuan dalam pembelajaran..Dikesan ketika Qayyum berusia 3 tahun..Tidak bercakap seperti kanak-kanak normal..

Disebabkan itu,Qayyum tidak diterima oleh tadika biasa...
Walaupun Qayyum kanak-kanak istimewa,Irna dan Mr E tetap mendidiknya seperti biasa..Alhamdulilah,banyak perubahan pada Qayyum..
Sudah boleh bercakap..mengenal huruf dan abjad,menghafal surah pendek dan boleh bergaul dengan rakan sebaya..

Doakan kejayaan Irna ya...Semoga Qayyum mendapat ilmu yang sempurna...

Aamin ya rabbal alamin....




 

Jan 12, 2015

3Q dah mula bersekolah...


Minggu ni, 3 Q mula bersekolah..setelah lama bercuti....

Hari ni hari pertama Qurratul mula sekolah....Penampilan baru sebagai pengawas sekolah..Dah 10 tahun umurnya..Kejap ja dah besar anak dara Irna ni..Sama besar Irna dah ni...


Hari ni hari ke-2 buat Qayyum dan Qayyim masuk tadika...Irna pilih Tadika Perpaduan kali ni utk my little Upin Ipin ni....Qayyum 6 thn dan Qayyim 5 tahun...

First tadika utk my baby Qayyim dan Second tadika utk my handsome boy...

Alhamdulilah,tak ada masalah kali ni buat Qayyum..
Kali ni,Qayyum ada kawan yang boleh tolong dia di tadika...iaitu Qayyim.Hehhee..
 Harap sangat dia boleh tlg abang dia...
 


 Sunyi la Irna tahun ni..sebab semua dah bersekolah...Ada Mr E ja...

Belajar rajin-rajin ya anak-anakku..Jangan nakal !!


Dec 17, 2014

Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun Sesuai untuk Anak-anak..

 
 Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Ini salah satu kaedah yang Irna pratikkan pada anak-anak Irna terutama Qayyum dan Qayyim yang memang tak reti duduk diam terutama dalam kereta.

Alhamdulilah,tak sampai 15 minit Qayyum dan Qayyim dah boleh hafal zikir terapi diri ni..Diaorang pun dah boleh duduk diam sambil hafal zikir terapi ni.

 Sunyi sepi ja bila dengar zikir terapi Hafiz Hamidun.Susunan lagu mudah dan senang diikuti oleh kana-kanak..Irna sendiri pun suka...

Boleh juga pasang CD Hafazan Al-Quran,Insha allah..Anak anda akan pandai menghafal..Lagi bagus anak kita didengarkan zikir dan alunan ayat Al-Quran daripada muzik zaman sekarang.

Mana tahu satu hari nanti anak anda akan menjadi Qari atau Qariah..

Kaedah ini memang berkesan kepada anak-anak Irna..


Nov 18, 2014

Kena Jadi BodyGuard Qayyum..

Tengok tittle entry Irna mesti heran kan?Hahaha...Kena jadi bodyguard untuk anak sendiri..Pasal pa erk?

Sebenarnya tadika Qayyum ada buat lawatan melawat tempat-tempat di sekitar Sungai Petani..Jadi disebabkan Qayyum ni special sikit,Irna kena ikut sekali semasa lawatan tu..Kena jadi bodyguard Qayyum untuk control dia sepanjang lawatan tadika dia...Cikgu tadika Qayyum pula bukan muda..Dah baya mak2 kita ja..Nak jaga anak murid ramai lak..Mudahkan tugas cikgu ja...

Irna nak juga Qayyum terlibat dengan aktiviti luar..Tengok interaksi dia dengan rakan sebaya.Irna cuma tengok dari jauh ja..Alhamdulilah,Qayyum boleh berkomunikasi dengan rakan sekelasnya.Cuma arahan cikgu tu kadang2 ikut...kadang2 x ikut...

First tempat yang dituju ialah Muzium Arkeleogi Lembah Bujang,Merbok.Selepas tu ronda sekitar Sungai Petani..Last singgah di Taman Jubli untuk makan dan main di situ...

Semua berjalan lancar sepanjang lawatan.Qayyum okay dan tak ada tantrum..Irna pula,dapat gelaran cikgu masa lawatan...Mungkin budak2 tu ingat Irna ni cikgu baru kot...Hahaha...Bukan senang nak handle budak2 ni...Merayau merata.....

 

 * Qayyum yang pakai uniform biru tu..Maknya silap info..Sepatutnya kena pakai baju sukan...




Apr 2, 2014

Hari Autism Sedunia 2014

2 April setiap tahun


Apr 22, 2013

Qayyum,Anak Istimewa Kami

Qayyum Absyar..(Kekal Bergembira)..seperti orangnya.Apa pun orang kata tetap tersenyum....Hheheheh..Skrg ni dia dah banyak perubahan berbanding tahun lps.Dulu x ckp sepatah pun...Sekarang siap boleh nyanyi lagi...Dia banyak belajar daripada Qayyim(his little brother) megenai banyak benda.Walaupun adik rajin mengusik abg,Qayyum tetap pertahankan adik dia time kena rotan..Kita lak yg dimarahnya...

Bab mengira,Qayyum dah boleh.Siap tunjuk ngan jari lg.Klau bg keyboard,cakap ja nombor mana,semuanya betul.Bab gadget,lagi Qayyum minat.Dia dah ada his own Tablet.Kalah mak dia...Nasib la kakak ngan adik x mengamuk nk jgk...

Nama sendiri pun dia dh tahu...Aku dok ajar hari2 x kira dimana pn...Aku pun ajar umur dia berapa.Skrg nie,ayat yg dikatakan pun dah panjang.Cuma Qayyum suka ckp terbalik..Cth: Nasi nak! ( Sebenarnya nak nasi! ).Kami la yang rajin perbetul ayat dia tu.....

Ari2 mesti kena tgk movie dlm PC abah dia...Antaranya Car2,Upin Ipin dan Alvin And Chipmunk.Tumpang sekaki join,Qayyim la...Tp Qayyum ni jenis suka tgk sekerat ja lps tu tukar movie lain lak...Pastu tgk balik movie td lak...Naik pening kami dibuatnya....


Semua ujian utk Qayyum,kami dah pegi.Audio test dah lepas.X da masalah about his ear.Speech therapy,so far okay ikut age dia.Tp still x dpt diagnosis samada Autisme atau tidak.Yg tu bt kami kecewa skit.Still pegi speech therapy lg bln 7 ni....   


Apr 2, 2013

Ohh No..."Chicken Pox"

Abis muka kena chicken pox

Sempat lg sengih walaupun sakit.