Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Nov 10, 2014

Promosi Air Asia Free Seats

Photo: AirAsia FREE SEATS is back & we're NOW open for sale! Head on over to http://bit.ly/1w4Vg9d to grab your FREE SEATS!  #BiggerThanBIG

Share this NOW! 

Booking Period: 10 Nov - 16 Nov 2014
Travel Period: 10 June 2015 - 17 Jan 2016 

Booking Period : 10 Nov - 16 Nov 2014
Travel Period : 10 June 2015 - 17 January 2016
Kepada yang plan nak bercuti tahun depan,boleh la dapatkan tiket percuma ini sementara masih ada...
Bukan senang nak dapat peluang macam ni..


Oct 16, 2014

Hari Makanan Sedunia.....

Oct 14, 2014

Bulan Oktober bulan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Sedunia..



 Bulan Oktober ialah bulan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Sedunia.Warna pink dan lambang riben adalah simbol kempen tersebut.

  • Tahukah anda yang 45% penghidap kanser payudara tinggal di bandar yang maju?
  • Tahukah anda wanita yang berisiko tinggi mendapat kanser ini adalah berbangsa Cina (59.7 per 100,000) kemudian diikuti wanita berbangsa India ( 55.8 per 100,000) dan Melayu (33.9 per 100,000).
  • Tahukah anda bahawa 64% kes di Malaysia terjadi pada wanita dalam lingkungan umur 40 - 60 tahun.

Kaedah-kaedah  untuk mengesan Kanser Payudara  
  1. Pemerikasaan sendiri di rumah
  2. Pemerikasaan klinikal oleh doktor terlatih
  3. Pemeriksaan mammogram

Siapa yang perlu jalani ujian saringan ini ?
  1. Wanita berusia 18 tahun ke atas
  2. Wanita yang pernah mendapat kanser payudara atau ovari
  3. Wanita yang mempunyai sejarah ahli keluarga mengidap kanser 
  4. Wanita berusia 40 tahun ke atas 

Maklumat lanjut mengenai Kanser Payudara boleh didapati di laman web di bawah :





 



 
 


Oct 13, 2014

Malaysia memerlukan 900 lagi pakar psikiatri..

 

Sekarang,Malaysia hanya mempunyai seramai  300 pakar psikiatri di seluruh negara dimana 1 pakar psikiatri mewakili keperluan 150,000 penduduk.Keperluan nisbah dan standard kebangsaan ialah 1 pakar bersamaan 50,000 penduduk sahaja.Malaysia masih tidak dapat menampung jumlah yang diperlukan kerana tidak banyak yang berminat dalam bidang tersebut.Tambahan pula. sekarang pesakit mental mula bertambah.

Menurut kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2011 mendapati 1.8 peratus atau 340,000 penduduk dewasa mengalami kemurungan dan pelbagai masalah kesihatan mental.Semua individu berkenaan tidak pernah menerima rawatan kesihatan mental di hospital.

Kanak-kanak berusia 5 - 15 tahun juga dikesan terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan mental dimana 1 daripada 5 kanak-kanak mengalaminya.



Sep 30, 2014

Hari Kopi Sedunia : Percuma Pakej Wonda Coffee Jika Booking teksi guna MyTeksi

MyTeksi_Wonda_Coffee_Page 

29 September merupakan Hari Kopi Sedunia.Tahu pun masa otw ke opis..Dengar channel Hot FM..Kebetulan masa tu Irna dan Mr E memang teringin nak minum kopi..Plan nak cari koi yang sedap..

Irna suka beli kopi jenama Wonda kalau singgah 7Eleven atau mana2 tempat yang ada la kopi tu.Irna paling suka Mocha Wonda Coffce.Baunya yang harum semerbak...Tak tertahan bau kopinya..

Sempena Hari Kopi Sedunia ni,Wonda Coffee bergabung dengan My Teksi Sdn Bhd menawarkan WONDAful Coffee Package percuma untuk pelanggan My Teksi..Ianya dihantar sampai depan pintu rumah korang nanti..Event ni bermula pada 29 Sept hingga 03 Oct 2014

Teaser 

Caranya senang ja..

Firstly,kena ada la app MyTeksi tu dalam hp korang dulu..Heheheh


I want a WONDAful Coffee Package!

1) Open the MyTeksi application.

2) A special car type ‘#WONDAcoffee’ will appear in the MyTeksi app only on 29 September (Mon), 30 September (Tues), 01 October (Wed), 02 October (Thurs) and 03 (Fri) October 2014, between 10:00am – 5:00pm.

3) Select ‘#WONDAcoffee’.


Phones_Wonda_Mock2 

4) Insert the address where you want your WONDAful Coffee Package to be delivered in BOTH the pick-up and drop-off fields.

5) Once confirmed, your WONDAful Coffee Package will be on its way!

6) Tag us @myteksi on FB/Twitter/Instagram with a picture of your and your package and hashtag #WONDAcoffee


  • Only 400 delivers per day, strictly a first-come-first-serve basis.
  • Valid only for Klang Valley, Penang, Johor Bahru and Kuching city area.
  • Delivery is FREE, you do not have to pay anything to the taxi driver.
  • Please be ready to collect your Happy Package from the taxi driver at the drop-off location.
  • Allow up to 1 hour to receive your delivery.
  • Not applicable for Advance Booking.
  • For any issues, please call the MyTeksi hotline at 0320355858.

Klik link ni kalau nak tahu detail... 




Aug 13, 2014

Apa itu Virus Ebola?

Ebola merupakan penyakit maut yang menjangkiti manusia dan juga haiwan mamalia lain seperti monyet,gorila dan cimpanze.Ebola ialah satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus.Virus ini baru dikenalpasti sebagai satu virus yang paling berbahaya di dunia.Ebola mudah berjangkit dan boleh menyebabkan kematian.


Simptom dan Fakta Virus Ebola

  • Ia dijangkiti oleh sejenis virus bernama Ebola dan ianya dikesan pd tahun 1976.
  • Ebola boleh berjangkit melalui darah,menyentuh barangan yg dicemari dengan virus Ebola seperti jarum suntihan atau menyentuh atau memakan daging haiwan yang dijangkiti virus Ebola
  • Pesakit Ebola akan mengalami demam,sakit kepala,sakit sendi,sakit tekak dan disususli dengan muntah-muntah dan cirit birit.Pada peringkat akhir penyakit Ebola,pesakit akan mengalami ruam dan pendarahan dalaman serta luaran.
  •  Virus Ebola menyebabkan pesakit lemah,lesu,keliru dan kekurangan air dlm badan.
  • Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 hingga 16 hari disebabkan kejutan dan kehilangan darah yg teruk.

Vaksin & Rawatan

  • Tiada vaksin berlesen utk Ebola.Beberapa vaksin sedang dikaji.
  • Tiada rawatan khusus.
  • Pesakit memerlukan penjagaan sokongan yang intensif.Pesakit akan sering megalami dehidrasi  dan memerlukan dehidrasi oral yang mengandungi elektrolit atau cecair intravena.
  • Utk mengelak penularan virus ini ialah tidak berhubung dengan pesakit.Pihak perubatan akan memakai sut khas seperti sut angkasawan utk melindungi seluruh badan.

Di Malaysia,pihak Kesihatan Malaysia telah mempunyai keupayaan utk mengesan dan merawat penyakit maut tersebut. Kerajaan Malaysia kini dlm langkah berjaga-jaga bagi menangani virus Ebola ini.Sehingga kini,tiada lagi kes penularan virus ini di Malaysia.


 

Jul 22, 2014

Pray For Gaza : Doa Qunut Nazilah


Selain wang ringgit,kita juga hendaklah terus berdoa dengan doa Qunut Nazilah.ini


QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi ALLAH daripada bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu ( Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak ).Ia dibaca pada rakaat terakhirselepas bangn dari ruku' utk iktidal..Doa dibaca ketika berdiri utk iktidal.
Ada 3 cara utk membaca doa tersebut .Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut :
  1. Membaca doa qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca doa qunut Nazilah sahaja 
  3. Membaca doa qunut Subuh dan diikuti dengan doa qunut Nazilah
PERINGATAN
  • Jika para imam tidak menghafal Qunut Nazilah,boleh membaca doa qunut sepertimana dalam solat Subuh.Doa Qunut Nazilah boleh dibaca kemudian selepas solat.
  • Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka akan mengaminkan bersama doa tersebut.

Jul 10, 2014

Pray For Palestin





Israel melancarkan lagi serangan bertubi-tubi di bumi Palestin beberapa hari yg lalu...Ramai penduduk Palestin terkorban di bulan mulia ini..Dianggarkan 90 orang yang terkorban..Sementara kita di sini sibuk menonton Piala Dunia... Ya Allah...Ampunkanlah dosa-dosa kami...
Mangsa yang terkorban kebanyakannya kanak-kanak dan wanita..Sayu hati melihat foto kanak-kanak yg terbunuh..Apalah salah mereka...? Anak kecil yg tidak tahu apa-apa..Zalimnya mereka..
Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon doa kepada Allah agar mereka dilindungi dari sebarang bahaya...Insha.Allah...semuanya akan terbela...Walaupun dengan sekadar doa.
.
DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN

Jun 26, 2014

Bola Rasmi Piala Dunia 2014, Brazuca





Adidas Brazuca,bola rasmi Piala Dunia 2014


Bola rasmi Piala Dunia 2014, atau lebih dikenali sebagi ‘Brazuca’, adalah lebih stabil berbanding bola rasmi yang digunakan pada Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan.

The Washington Post melaporkan bahawa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) melakukan satu kajian dan berpendapat bahawa bola berkenaan dapat terbang dengan lebih stabil berbanding dengan bola ‘Jabulani’ yang digunakan pada tahun 2010 yang lebih cenderung untuk ke arah lain selepas disepak ke udara.

Ini membuatkan ramai penjaga gol tidak berpuas hati kerena mereka harus bekerja lebih keras berbanding pihak penyerang.

Menurut kajian NASA, sebuah bola biasanya mempunyai kelajuan spin 48.2 km/h. Bola 'Jabulani' mempunyai kelajuan spin 80.5 km/h dan pihak Adidas terus diminta untuk mewujudkan bola baharu untuk digunakan untuk Piala Dunia tahun ini.

Jahitan yang kemas pada bola 'Brazuca' akan memberikan kestabilan dan kelajuan spin dapat dikurangkan.

Bola berkenaan juga mempunyai enam panel, iaitu kurang dua daripada 'Jabulani'. Bola biasa mempunyai 32 panel. Ia direka dalam bentuk shiruken iaitu senjata ninja.

'Brazuca' telah diuji oleh 600 pemain dari 10 negara. Ia juga dibuat di Pakistan setelah pihak China tidak dapat memenuhi permintaan Adidas.

Ia juga diberikan secara percuma kepada semua bayi di Brazil yang lahir pada 3 Disember 2013, iaitu tarikh pelancaran bola  'Brazuca'.

Ia juga bola berwarna-warni pertama yang digunakan dalam Kejohanan Piala Dunia.


Sumber dari Astro Wani