Adidas Brazuca,bola rasmi Piala Dunia 2014
Bola rasmi Piala Dunia 2014, atau lebih dikenali sebagi ‘Brazuca’, adalah
lebih stabil berbanding bola rasmi yang digunakan pada Piala Dunia 2010
yang diadakan di Afrika Selatan.
The Washington Post melaporkan bahawa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) melakukan satu kajian dan berpendapat bahawa bola berkenaan dapat terbang dengan lebih stabil berbanding dengan bola ‘Jabulani’ yang digunakan pada tahun 2010 yang lebih cenderung untuk ke arah lain selepas disepak ke udara.
Ini membuatkan ramai penjaga gol tidak berpuas hati kerena mereka harus bekerja lebih keras berbanding pihak penyerang.
Menurut kajian NASA, sebuah bola biasanya mempunyai kelajuan spin 48.2 km/h. Bola 'Jabulani' mempunyai kelajuan spin 80.5 km/h dan pihak Adidas terus diminta untuk mewujudkan bola baharu untuk digunakan untuk Piala Dunia tahun ini.
Jahitan yang kemas pada bola 'Brazuca' akan memberikan kestabilan dan kelajuan spin dapat dikurangkan.
Bola berkenaan juga mempunyai enam panel, iaitu kurang dua daripada 'Jabulani'. Bola biasa mempunyai 32 panel. Ia direka dalam bentuk shiruken iaitu senjata ninja.
'Brazuca' telah diuji oleh 600 pemain dari 10 negara. Ia juga dibuat di Pakistan setelah pihak China tidak dapat memenuhi permintaan Adidas.
Ia juga diberikan secara percuma kepada semua bayi di Brazil yang lahir pada 3 Disember 2013, iaitu tarikh pelancaran bola 'Brazuca'.

Ia juga bola berwarna-warni pertama yang digunakan dalam Kejohanan Piala Dunia.
Sumber dari Astro Wani
Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari senarai peserta Segmen Jom Blogwalking # 1 By diarymissnick.blogspot.com..done follow sini.. Salam ramadhan, salam ceria dari MyCherita
ReplyDelete